Saturday, August 9, 2014

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

[LATEST] MB Selangor dipecat

Monday, July 7, 2014

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai "Johan Raja Lawak" dan isterinya.Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah 5% kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah 5% bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.
"Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon," katanya.Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.

Pada 7 Januari lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif. Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai "Halim".Johan, yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh.–  Bernama, 7 Julai, 2014.

[LATEST] Johan menang kes saman

Sunday, July 6, 2014

KUALA LUMPUR - Malaysia menghantar lebih banyak aset ke Selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di lokasi baharu lautan itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang mampu membuat pencarian dengan menggunakan peralatan 'multi beam echo sounder', akan menyertai pasukan mencari dengan memberi bantuan dalam proses batimetrik.
   
"Kapal ini akan memulakan pelayarannya pada 4 Ogos," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Foto MH370 di sini hari ini.
   
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahaya.
   
Mengenai aset komersial, Hishammuddin berkata Petronas serta DEFTECH and Phoenix International akan segera menghantar sebuah kemudahan dikenali sebagai Prosas Side Scan Sonar (Towed Synthetic Aperture Sonar) untuk dipasang pada kapal induk, yang akan dikenal pasti kelak.

Sumber : sinar harian

[LATEST] Malaysia akan tambah lagi batuan mencari MH370

Antara permintaan terakhir binuanita negara allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terlaksana semalam apabila anaknya Aliff Omar Ali sendiri mengimamkan solat jenazah beliau.
Selain itu, beliau juga meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.
Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu.
Aliff mengimamkan solat jenazah Sharifah Aini di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.
Selepas selesai solat, beliau meminta semua pihak menghalalkan kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk allahyarham.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian, hari ini.
Aliff berkata, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi terlalu peribadi untuk dikongsi.
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau kebetulan berada di tanah air kerana sedang bercuti tiga bulan.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat Fibrosis paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu. – 6 Julai, 2014.

Permintaan terakhir Biduanita Syarifah Aini

Saturday, July 5, 2014

Malaysia oh malaysia ku oh ahli politik oh oh oh, dua tiga hari lepas aku dengar pasal orang nak bagi makanan dekat orang gelandangan pun menjadi satu kesalahan. Wow sungguh keras bunyinya. Jangan macam tu tuan, sungguh pun mereka bergelandangan tetapi mereka masih lagi rakyat malaysia (owh ada lagi rakyat kita bergelandangan)????? SEPATUTNYA itu yang harus menjadi tanda tanya kepada tuan pentadbir yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk bekerja menyelesaikan masalah ini. Kalau di nak tarik pelancong bukan begitu caranya tuan.

Saya pun tidaklah pandai mana, hanya belajar takat spm jer, tapi kalo ikutkan tindakan seperti ini kan nampak tidak molek. Lakukan kajian dulu, saya ni hari hari duk lalu masuk Kuala Lumpur tu,  tetap sama aktiviti mereka. Dulu kini dan selamanya. Kenapa mereka masih lagi menghuni disana? Apa punca mereka disana? Tidak ada keluarga? Itu tugasan pihak tuan perlu utamakan.

Saya amat menyokong tindakan saudara KJ mengenai perkara ini, tahniah kepada beliau kerana berani bersuara. U got the ball bro. Hihihihi

Petikan dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook."NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain."Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.Beliau seterusnya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus bekerjasama untuk membantu usaha NGO berkenaan."Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk meneruskan kerja amal mereka.

Petikan dari Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong.""Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya.

[LATEST] Isu Kuala Lumpur kotor KJ vs Ku Nan

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan memberi bonus raya kepada penjawat awam disambut baik oleh pelbagai pihak.

Namun wujud pertanyaan atau permintaan yang mahu kerajaan tidak mengetepikan keperluan insentif kepada pekerja di sektor swasta.

Biro Pekerja Muda tampil dengan cadangan supaya kerajaan menukar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Duit Raya 1Malaysia (DR1M) yang diberikan pada musim perayaan.

Pengerusinya, Dazma Shah Daud berpendapat pemberian insentif ketika musim perayaan mampu meringankan beban golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam membuat persiapan untuk keluarga mereka.

“Mungkin kerajaan boleh mengkaji cadangan agar insentif BR1M ditukar menjadi DR1M bagi mengimbangi keperluan perbelanjaan persiapan hari raya untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam kalangan pekerja sektor swasta.

“Dalam masa sama kerajaan masih boleh meneruskan bonus raya khas untuk penjawat awam seperti sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman kerajaan yang memberikan bonus raya RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 bermula 15 Julai ini.

Menurut Dazma, pemberian DR1M ini juga mampu menjana ekonomi negara apabila penerimanya akan membelanjakan bantuan itu untuk membeli persiapan hari raya.

“Saya percaya setiap ringgit yang diberikan kerajaan kepada golongan pekerja swasta akan dibelanjakan untuk beli baju, kasut atau kelengkapan menyambut raya, jadi wang itu akan mengalir dalam pasaran negara dan seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau juga percaya, pemberian insentif perayaan kepada pekerja swasta akan menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan kononnya menggadaikan golongan bekerja sebagai kumpulan pembayar cukai.

“Sesetengah pihak terutamanya pembangkang sentiasa mencari peluang dalam memanipulasi apa pun usaha kerajaan membantu rakyat.

“Jadi dengan pemberian DR1M ini akan menunjukkan kerajaan prihatin kerana bantuan diberikan sama rata seperti BR1M,” katanya.

[LATEST] Duit raya pekerja swasta