Saturday, October 12, 2013

Airiel dan Wawa nikah 2 kali

SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam.Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.

"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama. Kami dinasihatkan berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang- undang.

"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya.Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

0 comments:

Post a Comment