Friday, October 4, 2013

Guan Eng akan beri RM100 kepada setiap suri rumah sepenuh masa

Setiap suri rumah sepenuh masa berusia di bawah 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sekarang akan menerima sumbangan emas berjumlah RM100 tiap-tiap tahun bermula tahun depan.Itu antara pengumuman Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali pertama, petang semalam."Sumbangan ini sebagai menghagai peranan yang dimainkan oleh wanita termasuk suri rumah sepenuh masa (dalam) melakukan perubahan di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Semua suri rumah sepenuh masa di bawah umur 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri layak menerima sumbangan emas RM100 tiap-tiap tahun."Kita tak beri RM100 kepada suri rumah berusia 60 tahun (dan) ke atas kerana Kerajaan Negeri sudah memberi RM100 di bawah Program Sumbangan Warga Emas," ujar Guan Eng dalam majlis jamuan tengah hari Kerajaan Negeri di Komtar, di sini, semalam.Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Exco-Exco Kerajaan Negeri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pulau Pinang serta Ketua-Ketua Jabatan dalam Kerajaan Negeri turut hadir pada majlis keraian rasmi itu.

Guan Eng berkata, program sumbangan emas lain yang membabitkan warga emas, ibu tunggal, pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas akan diteruskan dalam penggal pentadbiran kali ini.Dalam perkembangan lain, katanya, satu lagi pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai 'Bridged Wanita' akan ditubuhkan ekoran rekod kejayaan Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada sesi pentadbiran Kerajaan Negeri lepas.Beliau, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan."Bridged ini akan diletakkan secara khusus di bawah (pejabat) Ketua Menteri," ujar beliau.

0 comments:

Post a Comment