Tuesday, November 5, 2013

Lagak rakan pembunuh pegawai ambank

Benarkah negara kita aman dan selamat ? Kebimbangan masyarakat terhadap penjenayah berlesen kian ketara, ia susulan dari kejadian rompak dan bunuh yang dilakukan oleh pengawal keselamatan keatas pegawai bank beberapa hari lalu.Untuk makluman, ketika meninjau latarbelakang dan sikap rakan-rakan sejawatan suspek menerusi aktiviti dilaman Facebook, didapati kebanyakkan dari mereka mempunyai banyak persamaan dengan suspek, baik dari segi mentaliti dan juga tingkah laku.

Oleh demikian sebagai mengambil langkah berhati-hati, diharapkan pihak yang bertanggungjawab  memberi perhatian khusus supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.Setakat ini lebih 8 buah syarikat yang menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan sedang diteliti, namun nama-nama syarikat akan didedahkan setelah maklumat lengkap diperolehi bagi memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.Syarikat kawalan keselamatan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan keuntungan semata-mata, soal keselamatan perlu diambil kira, lesen yang diluluskan oleh KDN bertujuan 'kawalan keselamatan' bukannya membekal penjenayah warga asing untuk merompak dan membunuh rakyat tempatan.

Apa yang dilihat berlaku hari ini adalah syarikat kawalan keselamatan seolah-olah memberi lesen, latihan dan senjata api kepada penjenayah. Lihat gambar diatas menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang membiasakan dirinya memegang senjata api dan mengacukan tepat kearah muka rakannya. Lokasi tersebut di TNB Pelabuhan Klang.

Cerita penuh di gelombang kick

0 comments:

Post a Comment