Thursday, December 19, 2013

Fast and Furious 7: watak Paul Walker diganti adiknya

Aktor yang terbunuh dalam kemalangan tragik pada 30 November lalu itu sebenarnya berehat seketika sebelum menyambung semula penggambaran yang dijadualkan bermula beberapa hari sebelum kejadian.

Cody, 25, yang bekerja sebagai pelakon lagak ngeri diminta membantu menamatkan penggambaran filem arahan James Wan itu sebagai tanda penghormatan produksi terhadap abangnya.“Pihak penerbitan membincangkan hal tawaran ini ketika mesyuarat panjang selepas kematian Paul.

Mereka sedar, seseorang perlu menghabiskan pembikinan filem ini dan individu paling tepat ialah saudara terdekatnya yang mempunyai wajah seiras.“Mereka mengambil gambar dari belakang pada jarak jauh. Andai mereka memerlukan wajah Paul, teknik CGI boleh digunakan kemudian.

Bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diperhalusi sebelum hasrat ini direalisasikan,” kata sumber.Universal Pictures selaku penerbit menghentikan penggambaran yang bermula September lalu sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit, namun kemudian mengolah semula skrip terutama bahagian membabitkan watak Walker, Brian O’Conner

0 comments:

Post a Comment