Saturday, December 21, 2013

Filem terakhir Jackie Chan?

PEMILIK nama Chan Kong San atau lebih dikenali dengan Jackie Chan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri perfileman.Pelakon berusia 59 itu bukan sahaja terkenal di China dan Hong Kong, bahkan di peringkat antarabangsa kerana lakonan mantapnya.

Memulakan kerjaya dalam lakonan seawal usia lima tahun apabila diberikan peluang untuk muncul sebagai watak sampingan.Pada usia lapan tahun, sekali lagi dia ditawarkan untuk membintangi filem Big and Little Wong Tin Bar (1962), kemudian diikuti dengan filem The Love Eterne (1963) dan Come Drink With Me (1966).Selepas muncul sebagai watak tambahan dalam filem seni mempertahankan diri Kung fu, A Touch of Zen (1971), Jackie mula menerima tawaran untuk berlakon bagi watak yang lebih matang.Selepas itu, dia bekerja sebagai pelagak ngeri bersama Bruce Lee dalam filem Fist of Fury dan Enter The Dragon menggunakan nama pentas, Chan Yuen Lung.Setahun kemudian, Jackie menerima tawaran lakon pertama dan filem Little Tiger of Canton (1973) namun hanya disiarkan di Hong Kong dengan terhad.Disebabkan kegagalan itu, namanya agak tenggelam dan kurang dikenali ramai sehingga dia sukar mendapat tawaran kerja bagi aksi lasak.

Bermula 1975, Jackie membintangi filem dewasa komedi iaitu All In The Family yang mana ia merupakan satu-satunya filem tanpa babak lawan atau aksi.Penangan kung fuZaman kegemilangan Jackie bermula setelah membintangi filem yang berjaya menaikkan namanya, Snake In The Eagle’s Shadow (1978), yang mana dia diberi kebebasan untuk melakonkan sendiri aksi lasak yang berkait rapat dengan seni mempertahankan diri, iaitu kung fu.Rentetan penerimaan yang menggalakkan filem aksi, dia muncul dengan filem Drunken Master yang mempopularkan namanya di peringkat antarabangsa.Tidak lama kemudian, Jackie mencuba nasib di Hollywood dalam filem The Cannonball Run (1981) namun dia terpaksa melupakan hasratnya untuk menembusi pasaran barat apabila filem keduanya, The Protector (1985) gagal meraih perhatian.

Sekembalinya ke Hong Kong, Jackie memulakan strategi baru supaya filemnya ditayangkan di Asia Timur seperti The Young Master (1980) dan Dragon Lord (1982).Ternyata filem itu berjaya menambat hati menonton sehingga menempatkan namanya antara pelakon hebat ketika itu.Tidak cukup dengan itu, dia bergabung dengan dua sahabat baiknya iaitu Sammo Hung dan Yuen Biao dalam Project A (1983) yang memperkenalkan aksi lagak ngeri berbahaya dalam seni bela diri sehingga memenangi Best Action Design Award di Hong Kong Film Awards.Pada 1985, dia berlakon dalam filem pertama Police Story yang memerlukannya untuk melakukan sendiri lagak ngeri sehingga ia berjaya memenangi Filem Terbaik dalam majlis yang sama.Namun filem Armour of God (1987) merupakan antara filem yang mendapat kutipan tertinggi sebanyak HK$35 million (RM150 juta).Hampir 40 tahun berada dalam dunia lakonan, dia membintangi 40 lebih buah filem sama ada dalam negara atau antarabangsa.Antara filem yang berjaya sepanjang kerjayanya termasuklah, Police Story 2, Armour of God II: Operation Condor, Rush Hour, I Am Jackie Chan, Shanghai Noon, New Police Story, The Myth, Rob-B-Hood dan banyak lagi.Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, hampir 100 peratus lakonannya di selit dengan aksi lagak ngeri.Pernah meluahkan perasaan untuk berhenti berlakon, Jackie berkata, dia mahu menumpukan kepada filem yang lebih santai seperti percintaan atau kekeluargaan yang tidak melibatkan sebarang aksi.

Police Story 2013
Setahun lalu, Jackie pernah berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan filem baharunya ketika itu yang bertajuk CZ12.Sekali lagi, dia hadir ke negara ini bagi menghadiri malam gala tayangan perdana filem Police Story 2013 pada 18 Disember lalu.Police Story 2013 yang turut sama dibintangi oleh Liu Ye, Huang Bo dan Jing Tian dan diarahkan oleh Sheng Ding bakal ditayangkan secara rasmi di seluruh pawagam tempatan bermula 24 Disember ini.Malah suatu ketika dulu, dia pernah melakukan penggambaran filem francais Police Story (1991) bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad , Kuala Lumpur.Mengulas mengenai filem terbaharunya itu, Jackie, berkata, Police Story 2013 turut memuatkan aksi yang dilakonkannya sendiri.  "Berlakon filem yang melibatkan seni mempertahankan bukannya sesuatu yang mudah. Sebenarnya saya dah penat berlakon filem seperti ini dan teringin juga nak cari kelainan dengan membintangi filem cinta tetapi sehingga sekarang saya masih belummenerima tawaran untuk genre sebegini," katanya.Dalam masa sama, Jackie turut meluahkan perasaan terkilan dengan sikap penerbit filem aksi kerana banyak  menggunakan teknologi teknik pengimejan berkomputer (CGI)."Jika kita lihat, filem yang gunakan teknik CGI dalam babak aksi akan kelihatan palsu."Biarpun setinggi mana teknologi itu, saya tidak akan menyukai perkembangan ini," katanya yang tidak menolak filem itu mungkin filem aksi terakhir lakonannya.

Sumber:sinar harian

0 comments:

Post a Comment