Saturday, December 28, 2013

[Perhimpunan mengguling kerajaan] seorang pemilik akaun Facebook direman

KUALA LUMPUR, 27 Dis, Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II Jumaat ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Dis.Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi Jumaat setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber:BERNAMA

P/S: ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.....

0 comments:

Post a Comment