Friday, December 13, 2013

The Heat terima surat tunjuk sebab KDN

AKHBAR mingguan The Heat dikatakan menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai akibat daripada artikel muka hadapan akhbar itu mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

The Malaysian Insider difahamkan, walaupun surat tunjuk sebab itu tidak menyatakan secara spesifik tentang artikel mana yang KDN maksudkan, dipercayai ia disebabkan laporan muka hadapan The Heat bertajuk “All eyes on big spending Najib” diterbitkan dalam isu 23 – 29 November.Dipercayai juga Ketua Pengarang The Heat, David Lee Boon Siew juga dipanggil oleh KDN ke Putrajaya minggu lalu dan diarahkan agar mengawal laporan wartawannya.

The Heat menerima surat tersebut beberapa hari lalu dan HCK Media yang mengeluarkan penerbitan itu mempunyai 14 hari untuk menjawab.Apabila dihubungi Lee enggan memberikan komen berhubung isu itu.“Kami tidak mempunyai sebarang komen,” katanya.

Tiga hari lalu The Malaysian Insider melaporkan dakwaan panggilan telefon Pejabat Perdana Menteri kepada Astro Awani Online berhubung laporan berita memetik tulisan blog bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yang mencadangkan Rosmah dilantik menjadi menteri.Laporan itu dikeluarkan pada Isnin, sehari selepas ianya diterbitkan.Apabila dihubungi, Kadir mengatakan beliau tidak mendengar mengenai arahan sedemikian.Rosmah dikritik hebat oleh ahli Parlimen pembangkang kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan bulan lalu untuk menyertai persidangan wanita di Qatar di atas kapasiti peribadinya.

Sumber: -The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment