Friday, January 10, 2014

Anwar bebas dakwaan terlibat Bersih 3.0

Mahkamah Sesyen hari ini telah mengarahkan pelepasan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dan lima yang lain kerana penyertaan mereka dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012.Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache membenarkan permintaan peguam untuk menggunakan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak perhimpunan itu sebagai haram.

Pada hari Isnin, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permintaan Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali dan Ketua Bahagian Badrul Hisham Shaharin untuk mengetepikan arahan mahkamah yang telah mengharamkan mereka daripada menyertai perhimpunan tersebut di bawah kanun acara jenayah."Asas dakwaan itu ada di dalam arahan. Kita mendapati dakwaan itu kini tidak lagi berasas," kata Hakim Ahmad sebelum mengarahkan pelepasan terhadap Anwar dan lima yang lain itu.“Asas kepada dakwaan ini adalah arahan. Kami dapati dakwaan ini tidak ada asas," kata beliau lagi.

Peguam S.N. Nair yang mewakili Badrul memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka memberitahu hakim Mahkamah Sesyen tentang keputusan Mahkamah Rayuan bahawa arahan itu tidak sah."Kami beritahu hakim bahawa dakwaan ini berasaskan arahan yang telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah yang lebih tinggi. Oleh itu, dakwaan ke atas mereka tidak berasas," katanya.Nair yang bertindak bersama Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata, pihak yang didakwa telah memohon kepada pendakwaraya untuk menarik semua dakwaan tetapi telah ditolak.Pihak pembela tidak ada cara lain melainkan memohon hakim untuk memberikan pembebasan tanpa pelepasan.Anwar; Azmin; Badrul Hisham; Timbalan Ketua PKR bahagian Rasah R. Tangam, 50; Exco Pemuda PKR Farhan Ibrahim @ Alias, 29; dan peguam G.N Rajesh Kumar, 44, didakwa merusuh dan tidak mematuhi arahan pejawat awam dan didakwa di bawah Penal Kod.Mereka juga didakwa menyertai demonstrasi jalanan, satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman. – 10 Januari, 2014.

Sumber: http://my.news.yahoo.com/anwar-bebas-dakwaan-sertai-himpunan-bersih-3-0-095103400.html

0 comments:

Post a Comment