Tuesday, January 21, 2014

[TERKINI] Punca Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun

SHAH ALAM - Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun Ahad lalu kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan."Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Sumber: sinar harian

0 comments:

Post a Comment