Monday, February 3, 2014

Taman tema robotik terbaru di Korea

SEBUAH taman tema futuristik pertama di dunia yang berkonsep robotik akan dibina di Incheon, Korea Selatan.

Menurut laman saluran Discovery, projek Robot Land yang menelan kos kira-kira AS$625 juta (RM2.1 bilion) itu turut menggabungkan elemen perniagaan.

Ini kerana ia bakal dilengkapi pusat jualan robot berteknologi tinggi terbaru, pusat penyelidikan dan pembangunan robot serta institusi pendidikan tinggi.

Selain itu, taman tema tersebut juga akan menyediakan pusat kajian dan hibrid untuk memberi peluang kepada pengunjung merasakan pengalaman luar biasa bersama robot.

"Sebuah akuarium robotik dan roller coaster dijangka menjadi tarikan utama di Robot Land," menurut laman sesawang itu lagi kepada DailyMail.

Difahamkan, rancangan pembinaan taman tema robot tersebut pertama kali diumumkan pada 2009, namun projek tersebut dilaporkan tergendala.

0 comments:

Post a Comment