Monday, March 31, 2014

[LATEST] Shila Hamzah nafi dikecam di China

28 Mac – Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Fauziah Sarman menafikan dakwaan kononnya anaknya dikecam peminat di China berikutan insiden pesawat MAS MH370.Shila, 24, yang kini berada di China kerana terbabit dalam pertandingan "I Am A Singer 2014" dikatakan menjadi mangsa keceman pihak tertentu berikutan pengumuman pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi Isnin lalu. "Isu dikecam itu hanya salah faham. Tak ada apa-apa yang serius pun berlaku. Shila okey di sana," ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan. Menurut Fauziah, tuduhan tersebut tidak berasas langsung kerana dia sentiasa mendapatkan perkembangan anaknya dari semasa ke semasa menerusi suaminya, ND Lala dan pengurusan Shila di sana. "Tak ada apalah, setakat ini, bapa dia cakap semuanya okey dan berjalan macam biasa. Berkemungkinan isu itu berlaku di Beijing tapi bukan di daerah-daerah lain. "Setakat ini, dia diterima baik dan disambut dengan meriah oleh peminat. Saya nak komen lebih pun tak berani sebab taka da di sana tapi yang diberitahu semuanya okey." Tambah Fauziah lagi, kecaman yang diterima anaknya itu adalah isu kecil yang mungkin ditimbulkan peminat artis lain yang turut bersaing dalam pertandingan berkenaan. "Biasalah Shila sedang bertanding jadi mungkin kelompok peminat artis lain yang tidak suka dan sengaja menimbulkan provokasi untuk melemahkan semangatnya. "Sebelum tragedy MH370 lagi sudah timbul isu kecaman peminat begini. Cuma kebetulan nak dijadikan cerita kerana kes MH370 ini, ada pihak sengaja kaitkan dengan Shila."

0 comments:

Post a Comment