Saturday, April 5, 2014

[LATEST]10000 berhimpun tanpa Anwar

Hujan lebat yang melanda kawasan perhimpunan di Baling, Kedah semalam tidak mematahkan semangat ribuan yang hadir untuk bagi memperingati demonstrasi berhubung hak petani di lokasi sama, 40 tahun lalu.Suasana di padang awam di Kupang yang biasanya hening itu bertukar meriah dengan lautan penyokong PAS yang berbaju-T hijau dan membawa sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan.'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' anjuran Pemuda PAS yang bermula pada jam 3 petang hanya berakhir pada tengah malam selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan.Mahfuz mendakwa 40,000 namun wartawan menganggarkan jumlah peserta sekitar 10,000 orang.Perhimpunan tersebut memperingati himpunan tahun 1974 yang membawa isu kemiskinan petani, dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang aktivis siswa pada masa itu.MP Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir dalam acara berkenaan pada malam tadi, walau ia bertujuan untuk memperingati peristiwa yang melonjakkan karier beliau dalam politik.

Sumber:Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment