Thursday, April 17, 2014

[LATEST] Karpal Singh 1940 - 2014

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini. Pembantu peribadi beliau,  Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung.Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera. 

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.Anak Karpal - Gobind Singh Deo (kiri) yang juga MP Puchong - memberitahuThe Star bahawa bapanya meninggal dunia di tempat kejadian."Adik saya Ram cedera ringan tetapi kita cuba untuk menghubunginya, katanya ketika dihubungi The Star pada jam 3.30 pagi. Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat. Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978. Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'. Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepasdidapati bersalah dalam kes hasutan. Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter. "Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar SuptNg Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.    Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C Selvan, 27, yang merupakan warga India, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu.

Berita penuh

0 comments:

Post a Comment