Friday, June 27, 2014

[LATEST] Ibubapa dan guru waspada penculik




PAGOH: Kerajaan memandang serius kes penculikan membabitkan kanak-kanak dan pelajar yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan tindakan pihak berkuasa menerusi kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berleluasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi itu menjelaskan proses pembelajaran di sekolah sebenarnya sudah menerapkan kepada pelajar mengenai keperluan menjaga keselamatan diri.

Menurutnya, ibu bapa turut tidak terlepas daripada memantau pergerakan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka keluar berseorangan katanya, nasihat secara berterusan dan panduan yang diberikan kepada pelajar dan ibu bapa diyakini mampu membendung kes itu daripada terus berleluasa.

Tugas menjaga keamanan negara tidak seharusnya diletak semata-mata di bahu pihak berkuasa sebaliknya masyarakat umum perlu menggerakkan peranan bersama-sama membanteras jenayah di negara ini, kata Muhyiddin.

Muhyiddin juga meminta pihak pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi peringatan berterusan kepada pelajar berkaitan isu keselamatan.

Beliau merujuk kepada beberapa kes yang berlaku membabitkan pelajar sekolah dan kanak-kanak yang dilihat berpunca daripada aspek kecuaian penjagaan sejak kebelakangan ini.

Sumber: astro awani





0 comments:

Post a Comment