Friday, June 13, 2014

[LATEST] Khairi Jamaludin hantar MC pada Najib melalui tweetnya

PETALING JAYA: Permohonan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memohon cuti daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditolak.Khairy  telah memuat naik status di twitter miliknya yang mengatakan bahawa beliau demam panas, tidak dapat bangun dan ingin meminta cuti daripada Perdana Menteri.Status tersebut telah dimuat naik pada 9 jam lalu di twitter miliknya.“@NajibRazak Boss, Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dapat kerja hari ini, esok hantar slip MC #CubaNasib,” tulisnya di laman sosial Twitter.Bagi tempoh 9 jam lalu, twit Ketua Pemuda Umno itu telah di ‘retweet’ seramai 5,300 pengguna laman sosial Twitter.Walau bagaimanapun, permohonan Ahli Parlimen Rembau itu telah ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib telah membalas twit Khairy dengan mengatakan ‘”@KhairyKJ Glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting #MCDitolak,” balas Najib.Balasan Twit oleh Najib itu pula telah di ‘retweet’ seramai 1,600 orang pengguna laman sosial itu.Lantaran tweet yang dibalas oleh Najib itu, Khairy turut membalas bahawa ia sebagai pengajaran bagi semua yang mahu menipu bos masing-masing semasa World Cup 2014 yang diadakan di Brazil.“Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong bos masing-masing semasa ‘World Cup’,” tulis Khairy.

0 comments:

Post a Comment