Saturday, July 5, 2014

[LATEST] Isu Kuala Lumpur kotor KJ vs Ku Nan

Malaysia oh malaysia ku oh ahli politik oh oh oh, dua tiga hari lepas aku dengar pasal orang nak bagi makanan dekat orang gelandangan pun menjadi satu kesalahan. Wow sungguh keras bunyinya. Jangan macam tu tuan, sungguh pun mereka bergelandangan tetapi mereka masih lagi rakyat malaysia (owh ada lagi rakyat kita bergelandangan)????? SEPATUTNYA itu yang harus menjadi tanda tanya kepada tuan pentadbir yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk bekerja menyelesaikan masalah ini. Kalau di nak tarik pelancong bukan begitu caranya tuan.

Saya pun tidaklah pandai mana, hanya belajar takat spm jer, tapi kalo ikutkan tindakan seperti ini kan nampak tidak molek. Lakukan kajian dulu, saya ni hari hari duk lalu masuk Kuala Lumpur tu,  tetap sama aktiviti mereka. Dulu kini dan selamanya. Kenapa mereka masih lagi menghuni disana? Apa punca mereka disana? Tidak ada keluarga? Itu tugasan pihak tuan perlu utamakan.

Saya amat menyokong tindakan saudara KJ mengenai perkara ini, tahniah kepada beliau kerana berani bersuara. U got the ball bro. Hihihihi

Petikan dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook."NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain."Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.Beliau seterusnya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus bekerjasama untuk membantu usaha NGO berkenaan."Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk meneruskan kerja amal mereka.

Petikan dari Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong.""Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya.

0 comments:

Post a Comment