Sunday, July 6, 2014

Permintaan terakhir Biduanita Syarifah Aini




Antara permintaan terakhir binuanita negara allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terlaksana semalam apabila anaknya Aliff Omar Ali sendiri mengimamkan solat jenazah beliau.
Selain itu, beliau juga meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.
Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu.
Aliff mengimamkan solat jenazah Sharifah Aini di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.
Selepas selesai solat, beliau meminta semua pihak menghalalkan kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk allahyarham.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian, hari ini.
Aliff berkata, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi terlalu peribadi untuk dikongsi.
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau kebetulan berada di tanah air kerana sedang bercuti tiga bulan.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat Fibrosis paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu. – 6 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment