Showing posts with label 2013. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.    

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.    

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.    

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya."Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/pencuri-sumbat-4-ekor-lembu-dalam-kereta-1.237378

Di Kedah, Proton Wira boleh di isi 4 ekor lembu

Saturday, January 4, 2014

BAGI anda pernah tinggal atau belajar atau bekerja di Shah Alam, pasti pernah mendengar mengenai kisah rumah sewa RM50.Bahkan, ada juga mereka yang tinggal di luar Shah Alam mengetahui mengenai kisah mengenai sebuah rumah yang disewakan dengan harga murah kepada pelajar atau pekerja.Dek kerana harga yang murah, ramai yang tertarik untuk menyewa di situ, namun malangnya tidak ramai yang bertahan untuk menyewa di situ selama sebulan.

Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut.Filem yang membariskan M Jamil, Delimawati, Boy Iman, Ery Zukhairi, Amirulshah, Raji Simran, Mayumi Kasuga, dan Yulina itu mengisahkan tentang sekumpulan lima sahabat sekerja bernama Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa.Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah.Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun tuan rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka.Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara lima sahabat dengan tidak sengaja telah membangkitkan ‘mereka’ yang telah lama menghuni rumah tersebut.

Hari pertama mereka mendiami rumah tersebut, Cassandra telah dirasuk.Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan rakan-rakan perempuan mereka?

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/rumah-sewa-rm50-dari-kisah-benar-1.236998

Rumah sewa RM50 dari kisah benar

Wednesday, January 1, 2014

Beberapa hari kebelakangan ini pula, salji turun di Semenanjung Arab selepas dilanda Ribut Alexa. Imam Masjid Haram Syeikh Su'ud Syuraim berkata, terbukti bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah benar-benar seorang Nabi dan Rasul yang menerima wahyu dari Allah. Syeikh Syuraim menambah, salji merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tanaman. Turunnya salji di Semenanjung Arab membuktikan kebenaran dari Nabi S.A.W.Dalam sebuah hadis, Nabi berkata, "Hari Penghakiman baru akan tiba selepas negara Arab kembali ke ladang hijau dan sungai."Syeikh Syuraim juga menyebutkan salji telah turun di wilayah Tabuk. Hal ini mengingatkan pada sabda Nabi S.A.W kepada Muadh ketika terjadi Perang Tabuk,"Jika kau berumur panjang, engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun".

Sama samalah kita ingat mengingati. Apa yang berlaku adalah kehendak yang Maha Mencipta dan berkuasa keatas setiap yang dijadikan oleh Nya. Allahuakbar.

Salji punca pembentukan air dan kesuburan tanah di Mesir

GAMBAR awan berbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang telah muncul di langit Nilai, Negeri Sembilan. Mungkinkah kemunculannya bersesuaian dengan imej Negeri Sembilan, Sebagai sebuah bandar tentera terutama di Port Dickson. Di sinilah telah lahirnya ramai pahlawan-pahlawan negara dari dulu hingga sekarang.
Diceritakan gambar ini telah di ambil secara tidak sengaja oleh seorang pendakwah bebas yang yang terkenal iaitu 'Ustaz Kazim Elias',sewaktu beliau berkunjung kesana suatu ketika dulu untuk berdakwah. Maybe ramai yang da lihat gambar ini, saya just share saja. Subhanallah.

Awan berbentuk tentera Islam berkuda di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.Beliau berkata, berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya yang kadar tolnya akan dinaikkan pada 2014.“Bagaimanapun, kerajaan sebaliknya masih lagi mempertimbangkan langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2p910BnYI Hakcipta terpelihara 

Harga tol masih sama pada 2014

Tuesday, December 31, 2013

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang berlabuhnya tirai 2013.Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka."2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia.

Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata Najib dalam laman Facebook rasminya.Ekoran daripada posting berkenaan, beberapa individu kemudiannya membalas dengan luahan berkaitan peningkatan kos sara hidup.Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Joseph Gasis berkata, beliau tidak pasti sama ada masih mampu tersenyum atau tidak pada tahun 2014."Saya baru belanjakan RM600 untuk uniform sekolah anak saya, kasut, beg sekolah, dan alat tulis. Tambang bas akan menjadi RM300 sebulan. Saya tidak bekerja sejak Jun 2013. Simpanan saya tidak akan mampu bertahan dengan kenaikan kos sara hidup umpama puting beliung," katanya.

Shahrul Bahaman pula hanya menulis "Tahun Baru yang menyedihkan".Sementara itu, posting yang menerima 5,108 "Like" itu turut memaparkan kenyataan pengguna dikenali sebagai Norie Noriah yang berkata tahun 2014 bukanlah tahun untuk rakyat bergembira, dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam menangani peningkatan kos sara hidup sebelum rakyat beralih arah."Rakya tiada masa untuk bergembira menyambut tahun baru 2014..nak beli keperluan anak-anak pun tak mampu lagi. Tolong-tolonglah buat apa yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat tidak beralih arah. Ekonomi makin teruk," kata Norie.Muhamad Fahmi Lee pula menyampaikan ucapan "Selamat menyambut tahun barang naik Datuk'… p/s: bila dato' nk turun?"Kenaikan kos sara hidup berdasarkan hasil kajian Pusat Kajian Demokrasai dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bakal memberi kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Kajian berkenaan turut mendapati, kenaikan kos bahan api, tarif elektrik dan harga barangan adalah tiga perkara pokok yang menjadi perhatian masyarakat umum.Justeru, UMCEDEL menasihati Putrajaya agar melakukan sesuatu tindakan ekoran peningkatan kos sara hidup dalam masa terdekat sekiranya terus mahukan kuasa memerintah.Pada September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.Terkini, Persatuan Pembuat Kiub Ais Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengatakan akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran. – 30 Disember, 2013.

Sumber: http://my.news.yahoo.com/ucapan-tahun-baru-najib-diserang-pengguna-facebook-ekoran-032859187.html

Laman Facebook PM di serang

Saturday, December 28, 2013

Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?

Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.

Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST.Tindakan “ganas” pentadbiran Najib dalam memotong subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas turut membimbangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det semalam.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai ketirisan  dan pembaziran kerajaan.“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” katanya.Dr Mahathir menulis menggunakan hujah yang sering dipakai pemimpin pembangkang.

Sebagai orang yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan mengikuti perkembangan sejarah negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Dr Mahathir sudah tentunya bimbang dengan tindakan pentadbiran Najib.Dr Mahathir menyaksikan bagaimana rakan-rakan baiknya seperti Ferdinand Marcos dari Filipina dan Jeneral Muhammad Soeharto dari Indonesia digulingkan melalui demonstrasi jalanan selepas gagal mensejahterakan hidup rakyat.Sudah pasti hujah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek mengatakan kenaikan kos sara hidup merupakan masalah kecil tidak akan mempengaruhi bekas perdana menteri itu.

Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat untuk menggulingkan kerajaan.Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru.Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu.Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji.

Sumber: http://my.news.yahoo.com/selepas-mungkir-janji-putrajaya-takut-digulingkan-010044881.html

P/S: bagaimanalah nasib kita yang bergaji xsampai dua riban ni...

Selepas mungkir janji, Putrajaya takut digulingkan?

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.Dalam kenyataan hari ini,

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A. Rahman berkata produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.Katanya produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan."Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit," katanya.

Beliau berkata syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam."Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta merta," katanya.Eisah berkata pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537. - Bernama  

Sumber: Sinar Harian

Sensual Meiji Skin Renewer Cream beracun

SHAH ALAM - Perhimpunan yang akan diadakan pada malam 31 Disember ini, bukan bertujuan mengguling kerajaan kata, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar.

Beliau berkata, agenda utama mereka adalah memprotes kenaikan mendadak kos sara hidup yang akan dirasai rakyat menjelang tahun 2014.Menurutnya, selain itu perhimpunan ini juga bertujuan bagi mengingatkan kerajaan pada janji mereka dalam manifesto PRU13 yang lalu, serta menentang ketirisan dan penyelewengan dalam urus takbir kerajaan.“Himpunan ini untuk rakyat suarakan protes mereka bukan gulingkan kerajaan.

Kami menjunjung demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang.“Tiada yang mengetuai himpunan ini, mereka yang rasa terkesan boleh sama-sama turun nyatakan bantahan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.Menurut Azan, pihaknya juga difahamkan ada ahli politik yang akan turut menyertai perhimpunan itu bagaimanapun, beliau berharap perhimpunan itu tidak dicemari dengan ceramah politik.“Kami tidak kisah ada penyertaan daripada ahli politik, tetapi kami harap mereka tidak mengambil kesempatan daripada agenda utama kami ini.“Kami sudah tekankan bahawa tiada bendera parti politik dibenarkan dalam perhimpunan itu,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya telah memaklumkan mengenai perhimpunan itu kepada pihak berkuasa, beliau berkata, tiada sebarang permohonan dibuat kerana tiada yang mengetuai perhimpunan ini.“Siapa yang akan buat surat? Kami tiada ketua, perhimpunan ini perhimpunan rakyat, rakyat turun nyatakan rasa tidak puas hati.“Kami harapkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama kepada kami,” kata Muhamad Azan.Pihaknya turut mengingatkan, peserta perhimpunan untuk tidak melakukan sebarang provokasi bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Sumber: Sinar Harian

31-12-2013 bukan himpunan guling kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Dis, Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II Jumaat ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Dis.Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi Jumaat setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber:BERNAMA

P/S: ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.....

[Perhimpunan mengguling kerajaan] seorang pemilik akaun Facebook direman

Friday, December 27, 2013

Ini berita gembira untuk penguna IOS 7 dimana anda sudah boleh jailbreak untuk memaksimakan fungsi idevice anda. Version baru Evasion 7 telah dilancarkan pada umum lebih kurang 2 hari lepas. So untuk version ini boleh digunakan untuk semua idevice. Untuk tutorial bagaimana untuk mengunakan software evasion yang baru ini, anda boleh layari video tutorial disini.

Untuk software Evasion anda boleh download disini mengikut OS anda sendiri.

Latest untuk penguna IOS 7, Untheated jailbreak sudah release

Ini berita gembira untuk penguna IOS 7 dimana anda sudah boleh jailbreak untuk memaksimakan fungsi idevice anda. Version baru Evasion 7 telah dilancarkan pada umum lebih kurang 2 hari lepas. So untuk version ini boleh digunakan untuk semua idevice. Untuk tutorial bagaimana untuk mengunakan software evasion yang baru ini, anda boleh layari video tutorial disini.

Untuk software Evasion anda boleh download disini mengikut OS anda sendiri.

Thursday, December 26, 2013

Berita kejadian yang disebarkan oleh media sosial tentang ribuan ikan termasuk ikan lumba lumba yang mendarat dipelantar minyak Terengganu adalah PALSU!!! Hmm kejadian ini menjadi topik hangat apabila disebarkan oleh sebuah blog. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, pihak berwajib juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang amaran tsunami disekitar perairan negara.

Fenomena ikan lumba lumba naik pelantar minyak Terengganu

Berita kejadian yang disebarkan oleh media sosial tentang ribuan ikan termasuk ikan lumba lumba yang mendarat dipelantar minyak Terengganu adalah PALSU!!! Hmm kejadian ini menjadi topik hangat apabila disebarkan oleh sebuah blog. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, pihak berwajib juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang amaran tsunami disekitar perairan negara.

SHAH ALAM -  Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini membidas kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyebut rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno berhubung kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

Timbalan Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.“Alasan yang diberikan beliau dilihat cuba memperlekehkan minda rakyat. Seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat.“Walhal adalah menjadi kewajipan pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, sebagai parti pemerintah, Umno tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perkara itu.“Mana mungkin kalau dikatakan Umno tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan isu kenaikan kos sara hidup.“Mereka yang menentukan dan menjalankan polisi, maka sudah tentu Umno tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan,” katanya.

Jelasnya, meskipun kenaikan kos hidup tidak dapat dielak, kerajaan haruslah bijak untuk membuat penyelarasan dengan menaikkan gaji.“...Tetapi sebaliknya ini (kenaikan gaji) tidak berlaku, sehingga akhirnya menyebabkan rakyat semakin tertekan.“Yang menjadi persoalannya, pelbagai kos meningkat naik bahkan dalam masa yang sama pendapatan negara juga semakin bertambah.“Ke mana perginya wang negara yang melimpah ruah itu? Ditambah pula dengan isu ketirisan yang ditimbulkan dalam Laporan Audit Negara yang hampir setiap tahun juga masih belum terjawab,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/isma-kos-hidup-meningkat-memang-salah-umno-1.234394

Kalau betul kita cakap betul... jika salah kita cakap salah...betul tak?

Wednesday, December 25, 2013

Hmm aku pun tak tau apa nak jadi la ni... semua naik... lu pikir la sendiri... ni ada sedikit info harga tol baru... korang check la sendiri...

Hadiah tahun baru yang paling di kenang oleh semua rakyat Malaysia

Hmm aku pun tak tau apa nak jadi la ni... semua naik... lu pikir la sendiri... ni ada sedikit info harga tol baru... korang check la sendiri...

Tuesday, December 24, 2013

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan kehari ini.  

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.  Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. 

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini. - Bernama

Amaran angin kencang dan laut bergelora

KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan.Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN diwww.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai hari ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Sumber: Sinar Harian

P/S: hiduuuuuuuuuuuuuupppppppp ........................? Isi sendiri ye

BRIM 2014 sudah boleh dikemaskini

PELAKON terkenal, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab.Memetik laporan mStar Online, Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan."Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, semalam.

Sementara itu, menurut Diyana, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah."Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung."Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna,” katanya.

Isteri Aaron Aziz sudah berhijab

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi. 

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan. "..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. "Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya. Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube. Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber : Sinar Harian

P/S: mungkinkah ini petanda tsunami bakal melanda? Ingat dahulu kejadian seperti ini pernah berlaku. Hanya Allah maha mengetahui.

Ribuan ikan mendarat di Lahad Datu

Saturday, December 21, 2013

PEMILIK nama Chan Kong San atau lebih dikenali dengan Jackie Chan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri perfileman.Pelakon berusia 59 itu bukan sahaja terkenal di China dan Hong Kong, bahkan di peringkat antarabangsa kerana lakonan mantapnya.

Memulakan kerjaya dalam lakonan seawal usia lima tahun apabila diberikan peluang untuk muncul sebagai watak sampingan.Pada usia lapan tahun, sekali lagi dia ditawarkan untuk membintangi filem Big and Little Wong Tin Bar (1962), kemudian diikuti dengan filem The Love Eterne (1963) dan Come Drink With Me (1966).Selepas muncul sebagai watak tambahan dalam filem seni mempertahankan diri Kung fu, A Touch of Zen (1971), Jackie mula menerima tawaran untuk berlakon bagi watak yang lebih matang.Selepas itu, dia bekerja sebagai pelagak ngeri bersama Bruce Lee dalam filem Fist of Fury dan Enter The Dragon menggunakan nama pentas, Chan Yuen Lung.Setahun kemudian, Jackie menerima tawaran lakon pertama dan filem Little Tiger of Canton (1973) namun hanya disiarkan di Hong Kong dengan terhad.Disebabkan kegagalan itu, namanya agak tenggelam dan kurang dikenali ramai sehingga dia sukar mendapat tawaran kerja bagi aksi lasak.

Bermula 1975, Jackie membintangi filem dewasa komedi iaitu All In The Family yang mana ia merupakan satu-satunya filem tanpa babak lawan atau aksi.Penangan kung fuZaman kegemilangan Jackie bermula setelah membintangi filem yang berjaya menaikkan namanya, Snake In The Eagle’s Shadow (1978), yang mana dia diberi kebebasan untuk melakonkan sendiri aksi lasak yang berkait rapat dengan seni mempertahankan diri, iaitu kung fu.Rentetan penerimaan yang menggalakkan filem aksi, dia muncul dengan filem Drunken Master yang mempopularkan namanya di peringkat antarabangsa.Tidak lama kemudian, Jackie mencuba nasib di Hollywood dalam filem The Cannonball Run (1981) namun dia terpaksa melupakan hasratnya untuk menembusi pasaran barat apabila filem keduanya, The Protector (1985) gagal meraih perhatian.

Sekembalinya ke Hong Kong, Jackie memulakan strategi baru supaya filemnya ditayangkan di Asia Timur seperti The Young Master (1980) dan Dragon Lord (1982).Ternyata filem itu berjaya menambat hati menonton sehingga menempatkan namanya antara pelakon hebat ketika itu.Tidak cukup dengan itu, dia bergabung dengan dua sahabat baiknya iaitu Sammo Hung dan Yuen Biao dalam Project A (1983) yang memperkenalkan aksi lagak ngeri berbahaya dalam seni bela diri sehingga memenangi Best Action Design Award di Hong Kong Film Awards.Pada 1985, dia berlakon dalam filem pertama Police Story yang memerlukannya untuk melakukan sendiri lagak ngeri sehingga ia berjaya memenangi Filem Terbaik dalam majlis yang sama.Namun filem Armour of God (1987) merupakan antara filem yang mendapat kutipan tertinggi sebanyak HK$35 million (RM150 juta).Hampir 40 tahun berada dalam dunia lakonan, dia membintangi 40 lebih buah filem sama ada dalam negara atau antarabangsa.Antara filem yang berjaya sepanjang kerjayanya termasuklah, Police Story 2, Armour of God II: Operation Condor, Rush Hour, I Am Jackie Chan, Shanghai Noon, New Police Story, The Myth, Rob-B-Hood dan banyak lagi.Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, hampir 100 peratus lakonannya di selit dengan aksi lagak ngeri.Pernah meluahkan perasaan untuk berhenti berlakon, Jackie berkata, dia mahu menumpukan kepada filem yang lebih santai seperti percintaan atau kekeluargaan yang tidak melibatkan sebarang aksi.

Police Story 2013
Setahun lalu, Jackie pernah berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan filem baharunya ketika itu yang bertajuk CZ12.Sekali lagi, dia hadir ke negara ini bagi menghadiri malam gala tayangan perdana filem Police Story 2013 pada 18 Disember lalu.Police Story 2013 yang turut sama dibintangi oleh Liu Ye, Huang Bo dan Jing Tian dan diarahkan oleh Sheng Ding bakal ditayangkan secara rasmi di seluruh pawagam tempatan bermula 24 Disember ini.Malah suatu ketika dulu, dia pernah melakukan penggambaran filem francais Police Story (1991) bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad , Kuala Lumpur.Mengulas mengenai filem terbaharunya itu, Jackie, berkata, Police Story 2013 turut memuatkan aksi yang dilakonkannya sendiri.  "Berlakon filem yang melibatkan seni mempertahankan bukannya sesuatu yang mudah. Sebenarnya saya dah penat berlakon filem seperti ini dan teringin juga nak cari kelainan dengan membintangi filem cinta tetapi sehingga sekarang saya masih belummenerima tawaran untuk genre sebegini," katanya.Dalam masa sama, Jackie turut meluahkan perasaan terkilan dengan sikap penerbit filem aksi kerana banyak  menggunakan teknologi teknik pengimejan berkomputer (CGI)."Jika kita lihat, filem yang gunakan teknik CGI dalam babak aksi akan kelihatan palsu."Biarpun setinggi mana teknologi itu, saya tidak akan menyukai perkembangan ini," katanya yang tidak menolak filem itu mungkin filem aksi terakhir lakonannya.

Sumber:sinar harian

Filem terakhir Jackie Chan?