Showing posts with label Politik. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

[LATEST] MB Selangor dipecat

Saturday, July 5, 2014

Malaysia oh malaysia ku oh ahli politik oh oh oh, dua tiga hari lepas aku dengar pasal orang nak bagi makanan dekat orang gelandangan pun menjadi satu kesalahan. Wow sungguh keras bunyinya. Jangan macam tu tuan, sungguh pun mereka bergelandangan tetapi mereka masih lagi rakyat malaysia (owh ada lagi rakyat kita bergelandangan)????? SEPATUTNYA itu yang harus menjadi tanda tanya kepada tuan pentadbir yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk bekerja menyelesaikan masalah ini. Kalau di nak tarik pelancong bukan begitu caranya tuan.

Saya pun tidaklah pandai mana, hanya belajar takat spm jer, tapi kalo ikutkan tindakan seperti ini kan nampak tidak molek. Lakukan kajian dulu, saya ni hari hari duk lalu masuk Kuala Lumpur tu,  tetap sama aktiviti mereka. Dulu kini dan selamanya. Kenapa mereka masih lagi menghuni disana? Apa punca mereka disana? Tidak ada keluarga? Itu tugasan pihak tuan perlu utamakan.

Saya amat menyokong tindakan saudara KJ mengenai perkara ini, tahniah kepada beliau kerana berani bersuara. U got the ball bro. Hihihihi

Petikan dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook."NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain."Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.Beliau seterusnya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus bekerjasama untuk membantu usaha NGO berkenaan."Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk meneruskan kerja amal mereka.

Petikan dari Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong.""Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya.

[LATEST] Isu Kuala Lumpur kotor KJ vs Ku Nan

Friday, June 13, 2014

PETALING JAYA: Permohonan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memohon cuti daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditolak.Khairy  telah memuat naik status di twitter miliknya yang mengatakan bahawa beliau demam panas, tidak dapat bangun dan ingin meminta cuti daripada Perdana Menteri.Status tersebut telah dimuat naik pada 9 jam lalu di twitter miliknya.“@NajibRazak Boss, Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dapat kerja hari ini, esok hantar slip MC #CubaNasib,” tulisnya di laman sosial Twitter.Bagi tempoh 9 jam lalu, twit Ketua Pemuda Umno itu telah di ‘retweet’ seramai 5,300 pengguna laman sosial Twitter.Walau bagaimanapun, permohonan Ahli Parlimen Rembau itu telah ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib telah membalas twit Khairy dengan mengatakan ‘”@KhairyKJ Glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting #MCDitolak,” balas Najib.Balasan Twit oleh Najib itu pula telah di ‘retweet’ seramai 1,600 orang pengguna laman sosial itu.Lantaran tweet yang dibalas oleh Najib itu, Khairy turut membalas bahawa ia sebagai pengajaran bagi semua yang mahu menipu bos masing-masing semasa World Cup 2014 yang diadakan di Brazil.“Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong bos masing-masing semasa ‘World Cup’,” tulis Khairy.

[LATEST] Khairi Jamaludin hantar MC pada Najib melalui tweetnya

Thursday, April 17, 2014

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini. Pembantu peribadi beliau,  Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung.Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera. 

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.Anak Karpal - Gobind Singh Deo (kiri) yang juga MP Puchong - memberitahuThe Star bahawa bapanya meninggal dunia di tempat kejadian."Adik saya Ram cedera ringan tetapi kita cuba untuk menghubunginya, katanya ketika dihubungi The Star pada jam 3.30 pagi. Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat. Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978. Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'. Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepasdidapati bersalah dalam kes hasutan. Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter. "Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar SuptNg Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.    Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C Selvan, 27, yang merupakan warga India, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu.

Berita penuh

[LATEST] Karpal Singh 1940 - 2014

Sunday, April 6, 2014

"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara,"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah bahawa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.- Bernama

[LATEST] Apa punca budak ni marah sangat pada Rosmah

Saturday, April 5, 2014

Hujan lebat yang melanda kawasan perhimpunan di Baling, Kedah semalam tidak mematahkan semangat ribuan yang hadir untuk bagi memperingati demonstrasi berhubung hak petani di lokasi sama, 40 tahun lalu.Suasana di padang awam di Kupang yang biasanya hening itu bertukar meriah dengan lautan penyokong PAS yang berbaju-T hijau dan membawa sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan.'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' anjuran Pemuda PAS yang bermula pada jam 3 petang hanya berakhir pada tengah malam selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan.Mahfuz mendakwa 40,000 namun wartawan menganggarkan jumlah peserta sekitar 10,000 orang.Perhimpunan tersebut memperingati himpunan tahun 1974 yang membawa isu kemiskinan petani, dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang aktivis siswa pada masa itu.MP Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir dalam acara berkenaan pada malam tadi, walau ia bertujuan untuk memperingati peristiwa yang melonjakkan karier beliau dalam politik.

Sumber:Malaysiakini

[LATEST]10000 berhimpun tanpa Anwar

Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan.Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru.Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar.“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya.Wan Junaidi mengeluarkan cadangan penutupan resort terpencil ekoran tiada sesiapa dapat menjamin keselamatan tempat itu ekoran kedudukannya.“Polis dan tentera tidak boleh berada di sana setiap masa,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.

Sumber:Malaysiakini

[LATEST] RM500 untuk tampar Zahid Hamidi???

Saturday, February 8, 2014

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi berhubung persaraannya dua hari lagi.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak hari ini, beliau berkata tidak akan ada pilihan raya mengejut selepas pengumumannya untuk bersara."Tidak ada. Kami tidak mempunyai kejutan (bahawa pilihan raya tergempar akan diadakan) Parti telah memberikan saya petunjuk tertentu bahawa segala-galanya (selepas persaraannya) akan berjalan lancar. (Butiran lain) saya akan umumkan kemudian pada masa yang sesuai," katanya.   

Kenyataan itu datang hampir empat hari selepas Berita Harian dalam laporan muka depannya melaporkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri akhir bulan ini.Berikutan laporan berita itu, Taib tidak menghadiri tiga acara rasmi peringkat negeri yang menyebabkan spekulasi itu bertambah hangat.Empat nama disebut-sebut sebagai bakal pengganti Taib bagi jawatan Ketua Menteri yang dipegang sejak 1981.   Mereka ialah timbalan presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, naib presiden kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.   

Bagaimanapun, dalam laporan akhbar hari ini, Effendi menafikan bahawa beliau akan menjadi pengganti dan tidak akan mencabar sebarang keputusan yang dibuat Taib mengenai siapa yang bakal dipilih menggantikannya.   Tiga lagi pemimpin yang nama mereka disebut-sebut setakat ini enggan mengulas berhubung spekulasi itu.   Bernama difahamkan hari ini bahawa satu lagi mesyuarat antara Taib dan semua wakil rakyat akan diadakan esok. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/taib-umum-berkenaan-persaraan-dua-hari-lagi-1.248903

Taib umum spekulasi persaraan dua hari lagi

Monday, February 3, 2014

SHAH ALAM - Jenayah sebenar video 'Onederful Malaysia CNY2014’ ialah ianya langsung tidak kelakar, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, video sindiran yang dikeluarkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sempena Tahun Baharu Cina itu berada di bawah tahap sederhana.

“Setakat video sindiran politik Teresa Kok yang di bawah tahap sederhana. Tak kelakar, tak ada jenaka dan bukan original. Itulah jenayah sebenarnya,” tulisnya di laman mikro Twitter, hari ini.

Video yang didakwa Teresa hanya bersifat sindiran dan gurauan serta tidak menghina sesiapa itu mendapat reaksi yang pelbagai dari beberapa pihak.

Pihak polis sedang menyiasat video yang dimuat naik pada 27 Januari itu dan tindakan akan diambil jika didapati bersalah.

Beberapa NGO sudah membuat laporan polis ke atas Teresa dan menggesa siasatan segera dilakukan kerana dianggap menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas isu sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui Twitternya berkata: “Tak perlu untuk Kok meminta maaf kerana sejujurnya, jika dia suka untuk terus merosakkan semangat Tahun Baharu Cina, teruskan. Silakan,” tulisnya

Apa kata KJ tentang video Theresa Kok

Tuesday, January 21, 2014

SHAH ALAM - Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun Ahad lalu kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan."Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Sumber: sinar harian

[TERKINI] Punca Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun

Monday, January 13, 2014

Aduhhh hari ni aku pun pelik, da lama xbukak facebook and tweeter macam macam edisi kangkung yang aku tengok hahaha. Tapi aku baru tahu punca " fenomena KANGKUNG melampau" di media sosial adalah berhubungkait dengan ucapan pm kita dalam satu majlis siang tadi. Aku cuba memahami fenomena ini dan telah terjumpa petikan ucapan beliau dalam majlis itu. Apa apa pun kangkung tetap sedap bila digoreng dengan belacan, tetap kene bayar harga sama kat kedai tomyam tu kan hihihih.

Troll PM Malaysia di media sosial

Friday, January 10, 2014

Mahkamah Sesyen hari ini telah mengarahkan pelepasan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dan lima yang lain kerana penyertaan mereka dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012.Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache membenarkan permintaan peguam untuk menggunakan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak perhimpunan itu sebagai haram.

Pada hari Isnin, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permintaan Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali dan Ketua Bahagian Badrul Hisham Shaharin untuk mengetepikan arahan mahkamah yang telah mengharamkan mereka daripada menyertai perhimpunan tersebut di bawah kanun acara jenayah."Asas dakwaan itu ada di dalam arahan. Kita mendapati dakwaan itu kini tidak lagi berasas," kata Hakim Ahmad sebelum mengarahkan pelepasan terhadap Anwar dan lima yang lain itu.“Asas kepada dakwaan ini adalah arahan. Kami dapati dakwaan ini tidak ada asas," kata beliau lagi.

Peguam S.N. Nair yang mewakili Badrul memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka memberitahu hakim Mahkamah Sesyen tentang keputusan Mahkamah Rayuan bahawa arahan itu tidak sah."Kami beritahu hakim bahawa dakwaan ini berasaskan arahan yang telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah yang lebih tinggi. Oleh itu, dakwaan ke atas mereka tidak berasas," katanya.Nair yang bertindak bersama Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata, pihak yang didakwa telah memohon kepada pendakwaraya untuk menarik semua dakwaan tetapi telah ditolak.Pihak pembela tidak ada cara lain melainkan memohon hakim untuk memberikan pembebasan tanpa pelepasan.Anwar; Azmin; Badrul Hisham; Timbalan Ketua PKR bahagian Rasah R. Tangam, 50; Exco Pemuda PKR Farhan Ibrahim @ Alias, 29; dan peguam G.N Rajesh Kumar, 44, didakwa merusuh dan tidak mematuhi arahan pejawat awam dan didakwa di bawah Penal Kod.Mereka juga didakwa menyertai demonstrasi jalanan, satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman. – 10 Januari, 2014.

Sumber: http://my.news.yahoo.com/anwar-bebas-dakwaan-sertai-himpunan-bersih-3-0-095103400.html

Anwar bebas dakwaan terlibat Bersih 3.0

Saturday, December 28, 2013

KUALA LUMPUR, 27 Dis, Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II Jumaat ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Dis.Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi Jumaat setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber:BERNAMA

P/S: ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.....

[Perhimpunan mengguling kerajaan] seorang pemilik akaun Facebook direman

Tuesday, December 17, 2013

Rosmah Rasa Teraniaya, Jawab Semua Fitnah    Sudah menjadi rahsia terbuka, terdapat bermacam-macam cerita negatif terhadap isteri Perdana Menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor bertebaran selama ini. Daripada pembabitan dalam pembunuhan Altantuya hinggalah bercita-cita mengganti tempat perdana menteri, cerita ini tidak pernah dibalas oleh Rosmah secara terbuka dan menyeluruh.

Bagaimanapun apabila berasakan tuduhan terhadapnya kian membukit sedangkan sikap berdiam diri umpama ‘membunuh diri sendiri’, Rosmah telah mengarang satu surat bagi menjawab segala isu yang bermain di minda masyarakat selama ini. Di bawah adalah surat berkenaan yang serba sedikit menjawab tuduhan termasuk yang paling kontroversi seperti isu pembunuhan Altantuya, cerita cincin berlian RM24  juta, gemar melaram dengan barangan mewah, suka berjoli di luar negara serta status ‘First Lady’.Selepas membacanya, ia mungkin merungkai serba sedikit apa yang ingin diketahui ramai.

Selain menjawab tuduhan yang disifatkannya fitnah semata-mata, Rosmah turut meluahkan perasaan kecewa kerana persepsi negatif terhadapnya turut mencalar imej suami dan kepimpinan negara.Tulis Rosmah di hujung surat,“Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.”……………………………………Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap. Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurnian majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta
Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’ kepada jewelry Jacob & Co.Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011. Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan. Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik. Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan ‘kaku’ dalam kotak simpanan.Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkarayang tidak masuk akal.Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan.

Keenam: Isu ‘First Lady’Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah ‘downgrade’ status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.Semoga Allah memberkati para pembaca semua.Sekian daripada saya,Rosmah Mansor

Surat terbuka Rosmah untuk semua

Friday, December 13, 2013

AKHBAR mingguan The Heat dikatakan menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai akibat daripada artikel muka hadapan akhbar itu mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

The Malaysian Insider difahamkan, walaupun surat tunjuk sebab itu tidak menyatakan secara spesifik tentang artikel mana yang KDN maksudkan, dipercayai ia disebabkan laporan muka hadapan The Heat bertajuk “All eyes on big spending Najib” diterbitkan dalam isu 23 – 29 November.Dipercayai juga Ketua Pengarang The Heat, David Lee Boon Siew juga dipanggil oleh KDN ke Putrajaya minggu lalu dan diarahkan agar mengawal laporan wartawannya.

The Heat menerima surat tersebut beberapa hari lalu dan HCK Media yang mengeluarkan penerbitan itu mempunyai 14 hari untuk menjawab.Apabila dihubungi Lee enggan memberikan komen berhubung isu itu.“Kami tidak mempunyai sebarang komen,” katanya.

Tiga hari lalu The Malaysian Insider melaporkan dakwaan panggilan telefon Pejabat Perdana Menteri kepada Astro Awani Online berhubung laporan berita memetik tulisan blog bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yang mencadangkan Rosmah dilantik menjadi menteri.Laporan itu dikeluarkan pada Isnin, sehari selepas ianya diterbitkan.Apabila dihubungi, Kadir mengatakan beliau tidak mendengar mengenai arahan sedemikian.Rosmah dikritik hebat oleh ahli Parlimen pembangkang kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan bulan lalu untuk menyertai persidangan wanita di Qatar di atas kapasiti peribadinya.

Sumber: -The Malaysian Insider

The Heat terima surat tunjuk sebab KDN

Monday, December 9, 2013

Mereka sendiri yang bersikap bangga diri angkuh sombong serta takbur sanggup mendabik dada dan perlu diingatkan bagaimana kalian boleh tahu bahawa kalianlah golongan yang tinggi darjatnya serta paling mulia disisi-Nya?

Sedangkan. peringatan ini telah diberikan pada kita semua sahabat sahabat semua"Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan org-org yg beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan org-org yg munafik" (Al-Ankabut ayat 11)

Jadi bagaimana kalian ini begitu angkuh menghina Ustaz Kazim dan dgn angkuh bangga berkata golongan kalianlah yg mulia, tinggi darjatnya. Tinggi ilmu kalian ni sehingga sanggup menggelarkan Ustaz Khinzir

"Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kpd org-org yg membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yg berhak membersihkan (memuji) sesiapa yg dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikit pun" (An-Nissa ayat 49) 

Oleh kerana mereka adalah golongan yg bijak pandai tentang hukum lalu menghukum dgn mempergunakan dalil & Nas, Maka saya bertanya. Buktikan dgn dalil & Nas sebagaimana anda menghukum saudara yg lainnya dengan gelaran sebegitu hina, dan sebenarnya hanya membodohkan diri sendiri,Ternyata apa yg mereka kongsikan bukanlah ilmu yg bermenfaat tetapi hanya kerja bodoh utk membuktikan kebodohan itu adah satu tuntutan dalam jihad memperjuangkan parti yang sebenarnya mengorbankan kesucian islam dengan agenda agenda yang sangat merugikan kalian..

Sesama Islam sanggup mengatakan sebegini rupa ( Edisi Ustaz Kazim Elias )

SHAH ALAM - Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.

Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu."Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya."Menteri jangan kecil hati," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.

Semalam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri.

Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara."Rosmah ada peranannya yang tersendiri."Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.

Selain itu, Azizuddin juga berkata  untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai."Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/penganalisis-menteri-jangan-terasa-hati-1.229005

Ulasan keaktifan First Lady Malaysia dalam politik

Wednesday, December 4, 2013

SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi."Punya teliti saya nak buat keputusan.

Sepatutnya saya tak boleh umum malam ini, saya tunggu besok Datuk Seri (PM) akan umum tapi saya tetap nak umum pada tuan-tuan supaya tuan-tuan tak keliru," ujar beliauTambahnya lagi, "saya tak kemaruk kuasa, saya tak kemaruk apa, saya nak jadi penceramah bebas, saya rasa Datuk Seri biarlah saya terbang bebas, Datuk Seri sokong saya, dia tunduk tuan-tuan," katanya berkongsi detik pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib kemudian katanya memberitahu beliau supaya meneruskan kerja-kerja dakwah yang menjadi keutamaannya."Tak apalah ustaz kalau itu yang ustaz nak, saya sokong, kita bagi kemudahan ustaz berdakwah tanpa had, pergilah berdakwah," katanya memetik apa yang perdana menteri perkatakan kepada dalam pertemuan itu.Ustaz Kazim turut meminta maaf kepada mana-mana pihak sekiranya ada yang kecil hati dengan kenyataannya itu."Saya tetap jadi penceramah biasa tak campur mana-mana parti dan saya rasa itulah terbaik..."Tuan-tuan selesa dengan keputusan saya walaupun sedikit merugikan kerana tak boleh buat kerja, saya doakan supaya ada orang lain boleh ganti apa yang dia cita-citakan dan kita sokong... kita buat ceramah macam ni supaya umat Islam bersatu, berkasih sayang, tak ada gaduh-gaduh pasal bendera, kita bangunkan Islam di negara kita."... tapi saya hanya boleh bercakap sebab saya tak ada kuasa, kalau saya ada kuasa saya boleh buat macam-macam, jadi cukuplah sekadar ini...saya mintak maaf mungkin apa yang saya cakap ni mengguris hati tuan-tuan tapi saya rasa itulah jawapan yang tuan-tuan tunggu," luahnya lagi.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa perdana menteri untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/ustaz-kazim-tolak-jadi-mt-umno-1.227224

Ustaz Kazim tolak jawatan MT Umno

Saturday, November 30, 2013

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias akan bertemu presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi untuk parti itu.Beliau menegaskan sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu tersebut.

Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya pelantikan tersebut, tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu."Tolak tidak, terima pun tidak. Saya nak jumpa dulu presiden dulu. Saya juga ada syarat-syarat saya sebelum boleh nak bersetuju," katanya kepada media pada ceramah Hijrah anjuran Pemuda Umno Setiawangsa, si sini semalam.Katanya, pertemuan sudah dalam perancangan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

"Terus terang, saya sangat terkejut apabila nama saya diumumkan sedangkan saya belum isi borang lagi (menjadi ahli)."Saya bukan siapa-siapa hingga diangkat sebegini  tinggi. Tapi, mungkin beliau (Najib) ada alasan tersendiri, kerana itu pentingnya untuk kami bertemu," katanya.Beliau berkata, jika Umno benar-benar mahu melantiknya, parti itu bersedia jika ditegur demi masa depan parti itu."Saya tegaskan, saya bukan mahu projek, jawatan atau apa sahaja dalam Umno. Saya ingin kehidupan saya seperti biasa, tanpa ada apa-apa label di baju saya sewaktu berceramah."Saya mahu jadi pendakwah bebas seperti hari ini yang boleh hadir di mana-mana dan mempunyai kawan daripada pelbagai latar belakang tidak mengira warna bendera (parti)," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keahliannya dalam Pas, Ustaz Kazim berkata, perkara itu di luar pengetahuannya."Jika benar saya masih ahli, mengapa saya tidak dilayan sepertimana ahli lain."Saya juga sudah lama tidak hadir ke mesyuarat dan pernah saya diberitahu, saya bukan lagi ahli Pas," katanya.

Pemuda Pas Perak

IPOH – Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas.“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah.“Apa-apapun kita tidak berhasrat untuk memberi ‘tekanan’, tambahan pula setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ustaz Kazim berhubung lantikan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Raja Ahmad berkata, Pas tidak menolak kemungkinan penerimaan jawatan itu kelak akan memberi kesan terhadap aktiviti keagamaan yang dilakukan termasuk ceramah, tazkirah dan kuliah.Katanya, umum mengetahui, mana-mana individu yang berjawatan dalam politik, tidak dibenarkan menggunakan tempat ibadah terutama masjid sebagai pentas politik.“Bagi Pemuda Pas, jika Ustaz Kazim telah mengesahkan menerima pelantikan jawatan itu, maka beliau sudah memikirkan implikasi kedudukannya sekarang ini sebagai pendakwah bebas,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

Ustaz Kazim Elias dan kisahnya dalam politiknya

Tuesday, November 26, 2013

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini meminda lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang dihadapi Datuk Shamsubahrin Ismail dengan memasukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lima pertuduhan itu.Hakim Rozilah Salleh meminda kelima-lima pertuduhan menipu itu dalam penghakimannya semasa memerintahkan Shamsubahrin membela diri atas lima pertuduhan menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta, dua tahun lepas.

Rozilah membuat pindaan itu mengikut Seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah. Hakim itu juga memerintahkan Shamsubahrin, 47, seorang ahli perniagaan membela diri terhadap 17 lagi pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang sama (RM1.755 juta).Dalam keputusannya, Rozilah berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.Selepas membacakan keputusannya, Rozilah meminta jurubahasa mahkamah membacakan semula kesemua pertuduhan pindaan itu kepada Shamsubahrin.Dia mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Shamsubahrin, didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir bagi membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sid's Pub di H2, Taman Tunku, Off Langkat Tunku di sini pada 6 petang, 20 November 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan pindaan kedua hingga kelima, Shamsubahrin didakwa menipu iaitu secara tidak jujur memujuk Mohamad Salleh dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir membantu dan menawarkan untuk melakukan kerja-kerja konsultan.Perbuatan itu mendorong Mohamad Salleh menyerahkan empat keping cek yang kesemuanya bernilai RM1.755 juta dan mempercayai sebahagian daripada wang itu adalah untuk bayaran perkhidmatan rundingan, nasihat dan untuk diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, bagi menutup kes yang sedang disiasat polis berkaitan NFCorp. 

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di beberapa buah bank di Taman Tun Dr Ismail; Kuala Lumpur City Centre (KLCC); dan di Petaling Jaya antara 25 November 2011 dan 5 Disember 2011.Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.    Dia juga berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kerana terdapat elemen baharu dalam pertuduhan yang memerlukan pihaknya menentukan saksi-saksi yang bakal dipanggil dalam perbicaraan membela diri.Mahkamah kemudian menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan dan tiga hari mulai 20 Februari tahun depan untuk perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa.  - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/tipu-nfcorp-nama-mahathir-dimasuk-dalam-pindaan-1.224749

NFC Corp: nama Mahathir dimasukkan dalam pindaan