Showing posts with label Semasa. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Pengarang buku tentang peristiwa keganasan Kampung Medan pada 2001 gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini supaya pengharaman buku itu pada 2006 ditarik balik.Peguam K. Arumugam, 54, yang dulunya seorang jurutera, gagal mendapatkan kebenaran daripada panel lima hakim untuk merayu terhadap keputusan kerajaan mengharamkan buku itu.Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, yang mengetuai panel berkenaan, sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh Arumugam terhadap keputusan mahkamah tinggi dalam mengekalkan keputusan kerajaan untuk mengharamkan buku berbahasa Tamil itu.Turut bersidang dalam panel itu ialah hakim-hakim Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Panel itu tidak membuat apa-apa perintah berhubung kos.Pada 23 Februari, 2007, Arumugam memfailkan permohonan semakan semula penghakiman supaya diisytiharkan sebagai tidak sah, perintah yang dibuat menteri dalam negeri pada 21 Nov 2006 untuk menghalang penerbitan, penjualan dan pengedaran buku itu atas alasan ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara.Buku itu berjudul, “March 8”, susulan peristiwa keganasan di Kampung Medan, Selangor pada 8 Mac, 2001.Arumugam, yang juga pengerusi Suaram, dalam permohonan semakan semula penghakimannya itu, menamakan menteri keselamatan dalam negeri dan timbalan menteri keselamatan dalam negeri pada masa itu, selain kerajaan Malaysia, sebagai responden.Pada 10 Julai 2007, mahkamah tinggi di Kuala Lumpur membenarkan permohonan Arumugam untuk meneruskan permohonan semakan semula penghakimannya.Selepas mendengar permohonan semakan semula penghakiman itu, mahkamah tinggi pada 12 Feb 2010 menolak permohonan Arumugam untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan kerajaan mengharamkan buku itu.

Beliau gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 6 Ogos 2012 yang mengekalkan keputusan mahkamah tinggi.Arumugam diwakili peguam Fahri Azzat dan Edmund Bon manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan mewakili responden. – Bernama, 22 Oktober, 2013.

Sumber: http://my.news.yahoo.com/pengarang-buku-yang-diharamkan-gagal-peroleh-kebenaran-merayu-130537173.html

Pengarang buku yang diharamkan gagal peroleh kebenaran merayu

Monday, October 21, 2013

SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang  mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu."Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997)."Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.

Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.Tinggal momenMengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara."Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja."Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/misteri-kematian-puteri-diana-terjawab-1.212843

Misteri kematian Puteri Diana terjawab?

Friday, October 18, 2013

KULIM - Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan.   Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya.   "Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.   Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya.   Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut.Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan.   Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya.   Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis.  - Bernama

Ular tedung selar dan ular sawa bergaduh

Monday, October 14, 2013

Penyanyi rock kumpulan Sweet Charity, Ramli Sarip, pelakon, pengarah dan penerbit drama, Rosyam Nor serta jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee merupakan antara penerima darjah kebesaran Melaka hari ini.Mereka sebahagian daripada 427 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran sempena Hari Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob Ke-75 bagi sesi kedua yang berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Ramli dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) Kehormat manakala Rosyam dan Kim Swee menerima anugerah DPSM yang membawa gelaran Datuk.Ketika ditemui pemberita, Ramli berkata, anugerah yang diterimanya itu adalah penghargaan yang tidak pernah difikirkan beliau selama ini."Ini satu penghargaan dan penghormatan atas dorongan peminat yang terus menyokong saya untuk terus berkarya."Terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah mengiktiraf saya sebagai individu yang berkarya di negara ini dalam bidang seni tanpa sempadan serta menyalurkan bahan dan informasi dalam seni menerusi cara tersendiri," katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata, anugerah kebesaran tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha keras beliau sepanjang bergelar anak seni."Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melihat usaha saya dan anak-anak seni tempatan dalam memperjuang bidang seni dan budaya."Status Datuk yang diterima ini merupakan tanggungjawab begitu besar yang perlu dipikul supaya saya dapat bekerja lebih kuat, bukan hanya untuk diri sendiri, malah untuk industri seni tanah air," katanya.

Sementara itu, Kim Swee pula memberitahu, anugerah tersebut amat bermakna, apatah lagi beliau merupakan anak kelahiran Melaka."Sudah tentu anugerah ini akan memberi lebih motivasi untuk saya berusaha demi memajukan bidang bola sepak di negara kita," katanya.Dalam majlis sama, beberapa tokoh turut dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira antaranya Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mortadza Nazarene, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib; Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad dan Pengerusi PT Swift Marketing Sdn. Bhd., Datuk Pua Kim An.Dua individu lain dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Infantri Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan Datuk Cheong Kwee Heng.

Rosyam, Ramli Sarip dan Ong Kim Swee dapat gelaran Datuk

Harga lembu kebelakangan ini agak mahal sehingga mencecah RM3,800 seekor berbanding RM1,800 seekor lima tahun lalu.Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu, Abdul Hamid Mohd Salleh berkata, antara punca kenaikan harga lembu itu disebabkan masalah kekurangan lembu di negeri ini.Bagaimanapun, katanya, walaupun Terengganu mengalami masalah kekurangan lembu, bekalan mencukupi sempena musim perayaan tidak lama lagi.“Walaupun kita mengalami masalah ini, untuk ibadah korban sempena Hari Raya Haji nanti, bekalan lembu di negeri ini mencukupi. Tambahan pula kita sendiri ada lembu tempatan.“Mengenai bekalan lembu kita tiada masalah, sebab dua bulan lalu kita telah mengimport kira-kira 100 ekor lembu dari luar (Thailand). Cuma, harganya agak mahal. Bagi yang ingin membuat ibadah korban, ia sekitar RM450 hingga RM500 untuk sebahagian,” katanya.

Menurut Abdul Hamid, apa yang dibimbangkannya sekarang ialah serangan penyakit kuku dan mulut yang menyerang lembu tempatan selepas musim tengkujuh nanti.“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada lembu yang diserang penyakit ini selepas musim tengkujuh. Disebabkan penyakit ini, ia sedikit sebanyak membantutkan proses pembiakan lembu di negeri ini.Beliau berkata, kebanyakan penduduk kampung yang memelihara lembu bertindak menanam haiwan itu sekiranya mati akibat sakit.“Biasanya, selepas musim tengkujuh, ada dalam kalangan haiwan ini diserang penyakit kuku dan mulut.“Sebab itulah kita galakkan penternak melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika haiwan peliharaan mereka mati bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Harga lembu sekarang lebih mahal berbanding dahulu

CALIFORNIA - Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur.Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad.

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya.Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam.

Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain.

Asteroid1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880

Saturday, October 12, 2013

Ada desas desus mengatakan bahawa terdapat beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan makanan tidak mendapat status atau status halal ditarik. Berita ini tersebar dilaman laman sosial yang mengatakan sedemikian. Syarikat yang terbabit seperti McDonald, The Chicken Rice Shop, Starbucks dan Secret Racipe. Barikutan hal ini saya ada melninjau laman web ajakim bagi mendapat pengesahan. Ini adalah pengumuman dari pihak Jakim sendiri. Tq

Penafian Jakim berhubung status Halal di laman sosial

Ada desas desus mengatakan bahawa terdapat beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan makanan tidak mendapat status atau status halal ditarik. Berita ini tersebar dilaman laman sosial yang mengatakan sedemikian. Syarikat yang terbabit seperti McDonald, The Chicken Rice Shop, Starbucks dan Secret Racipe. Barikutan hal ini saya ada melninjau laman web ajakim bagi mendapat pengesahan. Ini adalah pengumuman dari pihak Jakim sendiri. Tq

Microsoft Malaysia telah mengumumkan secara rasminya penamatan sokongan Windows XP dan Office 2003 yang akan dilakukan pada 8 April 2014. Pengguna yang sedang menggunakan sistem operasi ini, yang telah beroperasi selama 11 tahun diingatkan untuk segera bermigrasi bagi mengelakkan risiko kelemahan security, dan gangguan kepada perisian lain. Bermula tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi menyediakan pembaikan kemas kini secara automatik serta bantuan teknikal dalam talian. Tidak dinafikan masih banyak lagi company yang menggunakan win xp ni. Berikut adalah jadual penamatan:

Microsoft menamatkan servis untuk Windows XP

Pada beberapa minggu yang lalu Malaysia heboh memperkatakan tentang predator yang pergi ke balai polis. Hahaha aku pun tekejut la juga, tapi sini aku nak share sikit tentang predator ni. Beliau bukan la seorang yang mencari glamur katanya, dia pakai untuk safety je bila ride motor besar. Beliau adalah seorang doktor di Malaysia ni, dia pergi ke balai polis untuk untuk buat laporan polis mengenai sindiket menjual surat MC palsu. Jangan takut ye, dia doktor bukan predator hihihihi.

Predator sebenarnya manusia

SELEPAS dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin, seolah-olah "lenyap" dari dunia siber yang menjadi "pemusnah" kepada kehidupan mereka selama ini.

Namun dua hari lalu, pasangan yang menggelarkan diri sebagai Alvivi ini kembali muncul dengan sebuah klip video pendek berjudul "Regret".

Klip video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat itu memaparkan Vivian yang mengenakan gaun putih dengan ekspresi wajah penuh emosi.

Klip video yang ditulis dan diarahkan sendiri oleh Alvin ini seolah-olah menunjukkan kekesalan watak dalam klip ini yang dilakonkan oleh Vivian dengan apa yang telah dilakukan selama ini.

"Saya fikir susah menjadi orang dewasa..., apabila saya mengikut kata hati saya, semua orang mengatakan saya salah," antara skrip yang dilontarkan dalam klip video itu.

Sebelum itu, klip video memaparkan bagaimana kehidupan Vivian ketika dia kecil, di mana dia diajar untuk mengejar cita-cita, yakin dengan diri sendiri, bersuara lantang namun semua itu berbeza apabila usianya menginjak dewasa.

Menurut klip video itu, semuanya berubah dan orang mula membenci apabila dia cuba menjadi dirinya dan melakukan apa yang dia rasakan betul sehinggakan orang yang disayang juga enggan menyayanginya lagi.

"Sebenarnya saya penat, mereka menang, saya kalah....," ujar Vivian dalam nada penuh kesah.

Babak akhir pada klip video itu menunjukkan Vivian mengelar lengannya dan menamatkan "perjuangannya".

"Mungkin ini adalah masa untuk menamatkan perjuangan bermakna saya sekaligus... hanya dengan satu tindakan segera," katanya lagi yang dipetik dalam klip video yang dimuatnaik di YouTube pada Rabu lalu.

Sehingga hari ini video itu sudah disaksikan lebih 60,000 pengunjung YouTube.

Pasangan bloggers seks, Alvivi sebelum ini ditahan selama lapan hari atas kesalahan mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka perlu menyerahkan pasport, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan.

Pasangan Alvivi buat video baru

SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam.Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.

"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama. Kami dinasihatkan berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang- undang.

"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya.Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Airiel dan Wawa nikah 2 kali

Friday, October 11, 2013

Hmmmm hhahaha game nie aku jumpa masa tengah search app yang menarik untuk di download, tetiba nampak game ni. Uniknya karakter dalam game ini seperti berwatakkan pemimpin pemimpin negara. Leh la kalo korang nak test. Aku bagi info je kalo best sila komen sikit ye

Game menarik dalam Google Play "conquest to Putrajaya"

Hmmmm hhahaha game nie aku jumpa masa tengah search app yang menarik untuk di download, tetiba nampak game ni. Uniknya karakter dalam game ini seperti berwatakkan pemimpin pemimpin negara. Leh la kalo korang nak test. Aku bagi info je kalo best sila komen sikit ye

Thursday, October 10, 2013

PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu."Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.

Kalimah Allah di tokong

PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof bengang dengan pelakon, Sharifah Amani apabila pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghentam filem terbarunya, KL Gangster 2 di laman mikro Twitter.Amani mempertikaikan soal klasifikasi filem yang mendapat kelulusan P13 sedangkan mempunyai pelbagai unsur seperti pukul, dadah, rogol dan kata-kata kesat.

Kenyataan Amani itu disifatkan biadab oleh Syamsul.“...tapi dari mana aku datang, ‘tweet’ itu biadab. Jika nak bersuara pun ada caranya. Lain kali beradab @sharifahamani,” tulisnya awal pagi tadi.Sebelum itu, Syamsul menulis, “Anak @fatibee ini tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadab bila bicara. Jangan lupa budi bicara.”Dalam ‘tweet’ Ahad lalu, Amani menyebut, “filem gua ada darah sedikit dapat P18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13 #LuMemangTailongBesar.

”Dalam interaksi di Twitter, Amani menafikan kata-katanya itu berbaur peribadi.“Saya cuma terganggu dengan ‘double standard’ yang jelas. Bukan salah awak dan saya tak mempertikaikan rezeki awak,” tulisnya.Kemudian, Amani meminta maaf kepada Syamsul jika katanya-katanya menyinggung Syamsul.“Awak dan adik awak melakukan kerja yang berani. Kerana itu anda berdua mendapat sokongan saya. Tak ada maksud buruk. Maaf kalau tersinggung,” tulisnya.

Syamsul bengang dengan Amani?

Tuesday, October 8, 2013

Sekarang ini dunia semakin maju menuju pembanggunan. Tidak dinafikan lagi tentang pesatnya pembanggunan di Malaysia terutamanya di ibukota Kuala Lumpur. Seiring dengan kemajuan dan permintaan telekomunikasi negara telah membina jaringan fiber optik untuk pengguna. Tapi sejauh mana kemampuan fiber di Malaysia? Setakat pada tahun 2013 ini, hanya di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan boleh menikmati servis ini tapi limited sahaja. Alternatif bagi penduduk luar bandar masih lagi menggunakan copper cable yang berkelajuan maksimum 8 mbps yang di tawarkan oleh pengendali internet terbesar Malaysia iaitu TM. So disini ada sedikit perbezaan dari segi pembanggunan fiber diantara Malaysia dan juga jiran kita iaitu Singapura. Perbezaan ini aku buat secara ganeral atau umum sahaja dari segi speed dan juga harga yang ditawarkan kepada pengguna dirumah. Malaysia ada dua company sahaja yang menawarkan fiber optic iaitu TM ( Telekom Malaysia Berhad ) dan juga Maxis, manakala di Singapura pula oleh Starhub dan juga Singtel.

Perbandingan perkhidmatan fiber optic di Malaysia dan Singapura

Berita mengenai pelawak terkenal dunia Rowan Atkinson yang dikatakan memeluk Islam nampaknya tidak benar sama sekali apabila jurucakap Rowan, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan drama bersiri "Mr Bean" itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam."Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," ujar Lucy. Sebelum ini Islampos melaporkan berita ini mula disebar oleh sebuah laman sesawang anti Israel, Sadabladi.com yang menyatakan Rowan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim" iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad S.A.W. Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi yang menjadi pembimbing dan individu bertanggujawab mengajar Rowan tentang Islam.

Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean tidak memeluk Islam

Filem Black Hawk Down, ni lah kisah yang sebenarnya bukan macam yang diceritakan oleh US tu. Cerita mengenai keberanian anggota TD di Somalia di ambil dari forum Panggilan Pertiwi, sebuah forum yang didedikasi hanya untuk para patriotik dan pencinta negara ni dan membincangkan mengenai isu-isu ketenteraan negara ini dan luar.

Yang menceritakan kisah ni adalah seorang bekas sniper, callsign Sniper_Gunung.Pada 17/7/94 jam selepas isyak Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan. Tim kami pada masa itu bertugas di bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu. Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke hide kami di K4 berdekatan pasar Bakara. Jadi yang pergi pada esok harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman, Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl Ganie dan ada berberapa lagi anggota yang saya tak ingat nama mereka.

Pada jam 0400hrs tim saya bergerak ke kawasan hide kami saya ambil kedudukan di atas kilang sabun empat tingkat. Saya dan spotter saya Hasmizi Lonjong pun buat pemerhatian terperinci dan kasar. ROE sasaran kami adalah Militia yang membawa RPG, senjata peluru berantai dan pengendali Teknikal (4X4 yang ada mounted HMG).Dari pagi hingga petang tak ada rezeki. Pada petang itu ada NGO dapat memintas channel freq radio saya dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia termasuk wia. Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Bila dia sebut tentera asing saya tak endahkan. Selang 20 minit saluran radio saya menjadi sibuk, kesemua panggilan dari markas Malbatt. Mereka memberi arahan untuk standby untuk pergi bertempur di pasar bakara. Saya tanya pasal apa dan mereka beritahu konvoi kita kena ambush. Tersentak saya kerana berita yang saya terima dari NGO tu kawan saya. Apa yang saya diberitahu kita punya panglima, General Aboo Samah warning General Farah Aidid kalau tak bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs.

Lebih kurang jam 2330hrs saya diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasan dimana anggota tentera kita yang kena ambush akan di serah. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya bahawa di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk bertempur. Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan senjata AK47 mengarahkan kami ikut mereka dengan senjata ditinggalkan sampai lighter Zippo saya pun disuruh tinggal. Katanya senjata boleh membakar. Apabila sampai ke lokasi saya tengok 2 mayat diatas tilam nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja. Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan beliau punya angkara. Kami seramai sepuluh anggota pun mengangkat mayat dan yang cedera ke markas UN di KM4. Sesampai di sana saya pun memeriksa anggota yang tercedera yang parah iaitu Sjn. Zaidi. Dua biji peluru AK47 menembusi ponggong beliau. Saya dan anggota Medic Kpl ??? pun cuba tengok bahagian depan badan Sjn Zaidi peluru tak tembus dan darah memancut keluar. Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu “diorang tembak Ganie hidup-hidup. Diaorang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera Italy yang ikut konvoi berkenaan. Selesai saya beri bantuan pada yang cedera saya pun pergi ke mayat Ssjn Azman dan saya tengok tangan nya ada kesan tembakan. Saya pun terpikir tak kan luka tangan boleh mati. Saya terus tanggalkan helmet kevlar beliau barulah saya tengok kesan lubang peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat. Tembakan pertama kena tangan, ubah tenangan bull dahi. Saya pun keluar sekejap untuk ambil angin. Sedang saya berdiri ada seorang budak India(Nama tak ingat) junior banyak dari saya memeluk saya sambil menangis terisak-isak sambil berkata “Bang diorang dah bunuh kawan kita”. Apabila anggota lain melihat gelagat Budak India ni ramai yang menangis. Dimasa yang sama saya lihat Kapt. Rizan (sekarang Kol) pergi belakang bangunan dan menangis. saya pun memujuk dia dengan mengatakan dah ajal mereka.

Pada kesokan harinya kami bergerak balik ke Markas. Pada hari untuk menghantar Jenazah pulang ke Malaysia satu perbarisan terdiri dari semua tentera yang bertugas di Somalia diadakan. Apabila Keranda Diusung naik Kapalterbang saya tengok barisan kontijen Malbatt bergerak-gerak, mengapa? Rupanya sambil salute mereka menangis. Dihati saya pun berdetik, bagi kaum wanita yang menjadi tentera pernah berkata ‘apa yang lelaki boleh buat kami pun boleh buat’. Mustahil, kami ni yang hardcore pun menangis apatah lagi mereka kaum hawa. Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut jalan yang sama.

kredit to www.malaysia11.blogspot.com

Black Hawk Down cerita sebenar dari askar Malaysia

Monday, October 7, 2013

Hmm malam ni aku nak share sikit pasal mcdelivery ni, hehehe akibat lapar tapi malas nak keluar dah, aku decide untuk makan fastfood je malam ni. Handphone pun kredit dah tumpul hahaha nak call memang xlepas punya, last last terdetik untuk cuba guna www.mcdelivery.com.my la. Cubaan pertama sangat bagus, mudah bagi semua pengguna. Senang untuk pilih menu just klik klik aje set alamat semua dan kemudian sampai la makanan dirumah ni. Kalo lah kedai tomyam ada perkhidmatan macam ni kompem cukup 3 bulan jutawan dah hihihihi. Ape ape pun selamat mencuba. Aku dah kenyang ni, layan bini jap hihihih

Mc Delivery Malaysia

Sunday, October 6, 2013

Jika kita rujuk hadis-hadis tentang fitnah akhir zaman, kita akan dapati pergolakan yang berlaku di negara-negara Islam bukanlah yang pertama dan terakhir.Jadi ia menuntut kita mengenali pedoman yang perlu dipegang dan memahami perlunya kita kembali kepada Islam yang sebenar; Islam seperti dibawa Rasulullah SAW, disimpulkan sebagai manhaj Salaf Al-Soleh.Manhaj Salaf Al-Soleh ialah jalan yang dilalui oleh penghulu Salaf iaitu Rasulullah SAW, berbekal penjelasan para sahabat  dan dua generasi berikutnya iaitu Tabi’in dan Tabi’ Al-Tabi’in.Sabda Rasulullah kepada puterinya Fatimah, “Sebaik-baik Salaf adalah aku bagimu.” (Bukhari & Muslim) Hanya dengan melazimi manhaj ini kita terselamat dari fitnah.Kejahilan terhadap manhaj ini adalah punca umat Islam berpecah dan terlibat dengan firqah-firqah sesat yang mengatasnamakan Islam, tetapi bergerak tanpa mengikut bimbingan wahyu hingga mengakibatkan kerosakan demi kerosakan.Hakikat fitnah Asal perkataan fitnah dalam bahasa Arab bererti ujian. Fitnah akhir zaman adalah ujian-ujian besar yang berlaku di akhir zaman. Sabda Nabi, “Bergegaslah melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti malam yang gelap gelita.” (HR Muslim)

Fitnah yang diertikan adalah manusia diuji dengan suatu yang tidak jelas; gelap gelita. Manusia keliru dan tidak nampak apa yang benar dan apa yang salah.Sehodoh-hodoh firqah ada pengikutnya.Dalam hadis yang berkait rapat iaitu hadis Huzaifah bin Al-Yaman, dia berkata, “Manusia bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan sedang aku bertanya tentang kejahatan kerana aku khuatir ia menimpaku.Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dulu berada pada masa jahiliah dan kejahatan, lalu ALLAH mendatangkan kebaikan ini. Adakah setelah kebaikan ini ada kejahatan?’Baginda menjawab, ‘Ya.’ Aku bertanya lagi, ‘Adakah selepas kejahatan itu ada kebaikan?’ Baginda menjawab, ‘Ya, tetapi ada asap.’ Aku bertanya, ‘Apa asap itu?’ Baginda berkata, ‘Kaum yang berjalan bukan dengan sunnahku, mengikut petunjuk selain petunjukku.Engkau kenal sebahagian mereka dan mengingkarinya.’Aku bertanya lagi, ‘Adakah setelah kebaikan itu ada kejahatan?’Baginda menjawab, ‘Ya, fitnah yang membutakan mata, da’i-da’i yang menyeru ke pintu-pintu neraka. Sesiapa menyahut seruan mereka pasti mereka mencampakkannya ke neraka.’Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka.’Baginda berkata, ‘Mereka adalah kaum yang kulitnya seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.’Aku bertanya, “Ya Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan jika berdepan dengannya?’Baginda berkata, ‘Hendaklah engkau bersama jemaah kaum Muslimin dan pemerintah mereka, hendaklah engkau dengar dan patuh kepada pemerintah walau belakangmu dipukul dan hartamu dirampas, dengarlah dan patuhlah.’Aku bertanya, ‘Bagaimana jika tidak ada jemaah dan tidak ada pemerintah (umat berpecah)?’Baginda berkata, ‘Tinggalkan semua kelompok itu meski engkau menggigit akar pokok hingga ajalmu datang sedang engkau dalam keadaan begitu.’” (Bukhari & Muslim)

Menjadi sunnatullah, apabila pemerintah dijatuhkan, akibatnya sangat dahsyat. Sebab itu dalam hadis Huzaifah, Rasulullah menyebut pemimpin ini tidak mengikut petunjuk, tidak mengikut sunnah, malah hatinya hati syaitan. Tentulah Rasulullah maksudkan pemerintah zalim.Pemerintah yang merampas harta rakyat; sama ada melalui cukai, tol, kenaikan harga, atau merampas terangterangan, Rasulullah telah pun menyebutnya. Lalu apa perintah Baginda? ‘Dengar dan patuh.’Bukan Baginda reda, bukan menggalakkan pemerintah berbuat zalim, tetapi petunjuk wahyu mengatakan kezaliman lebih besar akan berlaku jika manusia melakukan sebaliknya.Tidak sesat selama berpegang dengannya Nabi SAW memberi petunjuk tentang fitnah ini agar kita ikuti bila berdepan dengannya.Baginda berkata, “Apabila hampir hari Kiamat akan muncul banyak fitnah ibarat malam gelap gelita.”Baginda menambah, “Orang yang duduk ketika itu lebih baik dari orang berdiri, orang berdiri ketika itu lebih baik dari yang berjalan, orang yang berjalan ketika itu lebih baik dari yang berlari.Patahkanlah panah-panah kalian, putuskanlah tali pemanah dan pukullah pedang kalian ke batu.Jika seorang kalian dimasuki (ingin dibunuh), jadilah seperti yang terbaik di antara dua anak Adam (Habil yang dibunuh saudaranya).’” (Sahih HR Ahmad)Ini berbeza dengan tindakan rata-rata masyarakat apabila berdepan dengan kezaliman pemerintah. Apabila tentera pemerintah hendak menghapuskan pendemonstran, Syaikh mereka (Yusuf Al-Qaradawi) membakar semangat mereka dan menyeru, ‘PadaJumaat nanti hendaklah semua kaum Muslimin lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan bayi, keluar berhimpun di tempat perkhemahan ini’.Ini bercanggah dengan pesan Nabi. Baginda berkata apabila berlaku pertempuran dengan pemerintah atau sesama umat, “Lazimilah rumah kamu, tahan lidahmu, ambil apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang kamu tidak tahu, jagalah dirimu secara khusus dan tinggalkan urusan masyarakat.” (Sahih, Abu Daud)

Syaikh Soleh Al-Suhaimi berkata, “Demi ALLAH yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya yang ikut dalam demonstrasi dan yang menyokongnya, meskipun dia digelar da’i kebangkitan, demi ALLAH dia telah membantu pembunuhan kaum Muslimin.Wallahi, Wallahi, Wallahi, sumpah yang aku dekatkan diri kepada ALLAH dengannya dan aku akan ditanya tentangnya pada hari kiamat, sungguh mereka termasuk penyebab tumpahnya darah kaum Muslimin dan aku bersumpah demi ALLAH atas hal ini.Ambillah fatwa ini dariku.Demi ALLAH yang tidak ada Tuhan selainNya, di antara kita yang menyokong demonstrasi, Wallah, dia termasuk sebab terbunuhnya kaum Muslimin.” (Petikan fatwa Syaikh Dr Soleh Al-Suhaimi terhadap isu Mesir, disampaikan di Masjid Nabawi Madinah)

Namun, berapa ramai yang menerima pesanan Nabi supaya patuh pemerintah, lazimi rumah? Bahkan Rasulullah suruh patahkan senjata, tumpulkan pedang dengan memukulnya ke batu kerana dikhuatiri kita membunuh sesama Islam. Islam melarang bukan kerana meredai kezaliman, tetapi ada cara lain yang lebih baik untuk tegakkan keadilan. Apa yang pasti, bukan melalui cara yang dilarang.Menjadi sunnatullah, beginilah keadaan umat di akhir zaman. Bertepatan hadis, “Islam bermula dalam keadaan ganjil, ia akan kembali dalam keadaan ganjil seperti mana ia bermula, maka gembiralah bagi orang-orang yang ganjil.” (HR Muslim)

Maka jangan hairan apabila kita menyeru kepada sunnah Nabi supaya taat pemerintah, bukan kerana kita setuju kalau benar pemerintah itu zalim, tetapi kerana ia perintah Rasulullah, mereka mengingkarinya dengan cemuhan, mengatakan kita pengampu kerajaan, penjilat, dapat projek, habuan dan sebagainya. Anggaplah ini lumrah, kerana ajaran Islam sudah menjadi ganjil.“Maka bergembiralah bagi orang-orang yang ganjil” yakni yang melazimi manhaj Salaf Al-Soleh, dalam hadis Baginda menjelaskan sifat mereka, “Kaum soleh yang sedikit di kalangan masyarakat yang buruk yang ramai, orang yang melawan mereka lebih ramai dari orang yang mengikut mereka.” (Sahih. HR Ahmad)Ulama berpesan supaya kita jangan marah dan jangan terburu-buru. Hendaklah kita berhemah dan berpada-pada, serahkan urusan fatwa kepada ulama.Kasihanilah dirimu, jangan tempah tempat di neraka. Sabda Nabi, “Seorang mengucapkan kata-kata tanpa dia terfikir bahayanya lalu kerana itu dia dihumban ke neraka yang dalamnya lebih jauh dari timur dan barat.” (HR Muslim)Maka fatwa terkait hal semasa hendaklah diserahkan kepada ulama besar. Ulama yang berdiri atas manhaj Salaf pada hari ini terus ramai, dipimpin oleh Syaikh Dr Soleh Al-Fauzan, Syaikh Soleh Al-Luhaidan, Syaikh Rabee’ Al-Madkhali, mufti MadinahMuhammad bin Hadi Al-Madkhali, ‘Ubaid Al-Jabiri, Abdul Muhsin Al-‘Abbad.Masyaikhini cukup ramai, cuma usaha keras diambil untuk menutup nama mereka supaya jangan dikenali oleh masyarakat awam.Sebaliknya da’i-da’i yang menyeru ke pintu neraka yang ditonjolkan, fatwa-fatwa mereka dihebahkan media massa yang dikawal oleh Barat juga.

*Sumber dari sinar online
*Penulis penyelidik di Kedutaan Arab Saudi, Ahli Syura Ilmuwan Malaysia
*Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Fitnah akhir zaman