Showing posts with label Umum. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Antara permintaan terakhir binuanita negara allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terlaksana semalam apabila anaknya Aliff Omar Ali sendiri mengimamkan solat jenazah beliau.
Selain itu, beliau juga meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.
Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu.
Aliff mengimamkan solat jenazah Sharifah Aini di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.
Selepas selesai solat, beliau meminta semua pihak menghalalkan kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk allahyarham.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian, hari ini.
Aliff berkata, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi terlalu peribadi untuk dikongsi.
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau kebetulan berada di tanah air kerana sedang bercuti tiga bulan.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat Fibrosis paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu. – 6 Julai, 2014.

Permintaan terakhir Biduanita Syarifah Aini

Saturday, July 5, 2014

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan memberi bonus raya kepada penjawat awam disambut baik oleh pelbagai pihak.

Namun wujud pertanyaan atau permintaan yang mahu kerajaan tidak mengetepikan keperluan insentif kepada pekerja di sektor swasta.

Biro Pekerja Muda tampil dengan cadangan supaya kerajaan menukar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Duit Raya 1Malaysia (DR1M) yang diberikan pada musim perayaan.

Pengerusinya, Dazma Shah Daud berpendapat pemberian insentif ketika musim perayaan mampu meringankan beban golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam membuat persiapan untuk keluarga mereka.

“Mungkin kerajaan boleh mengkaji cadangan agar insentif BR1M ditukar menjadi DR1M bagi mengimbangi keperluan perbelanjaan persiapan hari raya untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam kalangan pekerja sektor swasta.

“Dalam masa sama kerajaan masih boleh meneruskan bonus raya khas untuk penjawat awam seperti sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman kerajaan yang memberikan bonus raya RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 bermula 15 Julai ini.

Menurut Dazma, pemberian DR1M ini juga mampu menjana ekonomi negara apabila penerimanya akan membelanjakan bantuan itu untuk membeli persiapan hari raya.

“Saya percaya setiap ringgit yang diberikan kerajaan kepada golongan pekerja swasta akan dibelanjakan untuk beli baju, kasut atau kelengkapan menyambut raya, jadi wang itu akan mengalir dalam pasaran negara dan seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau juga percaya, pemberian insentif perayaan kepada pekerja swasta akan menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan kononnya menggadaikan golongan bekerja sebagai kumpulan pembayar cukai.

“Sesetengah pihak terutamanya pembangkang sentiasa mencari peluang dalam memanipulasi apa pun usaha kerajaan membantu rakyat.

“Jadi dengan pemberian DR1M ini akan menunjukkan kerajaan prihatin kerana bantuan diberikan sama rata seperti BR1M,” katanya.

[LATEST] Duit raya pekerja swasta

Thursday, July 3, 2014

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur, sebuah organisasi yang memberikan makanan percuma kepada golongan tak berumah di sekitar ibu kota setiap hujung minggu, akan tetap meneruskan aktiviti mereka walaupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran untuk mengenakan tindakan saman kepada organisasi seperti mereka.

Dapur Jalanan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak berhak untuk menetapkan jarak tertentu untuk aktiviti amal berkenaan kerana setiap aktiviti yang dijalankan mereka bukan hasil daripada dana kerajaan.

"Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Baik kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahu pun DBKL maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami bersedekah."

Kumpulan itu turut memaklumkan aktiviti Dapur Jalanan pada Ramadan akan diadakan pada 10 malam, setiap Sabtu.

"Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting, menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar benar menjejaskan imej banda raya Kuala Lumpur."

Hari ini Tengku Adnan memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tak berumah dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan golongan tak berumah menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai golongan tak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat membeli belah Lot 10," katanya. – 3 Julai, 2014.

[LATEST] Minta sedekah tentu susah, nak bagi sedekah pun lagi susah

MODEL pakaian muslimah terkenal, Felixia Yeap selamat memeluk Islam tepat jam 6.30 petang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Felixia menerusi kemaskini status Facebooknya.

Namun, Felixia masih belum mengumumkan nama baru yang dipilihnya.

"Jam 6.30 petang tadi, saya telah selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di TTDI.

Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi dugaan tambahan hari ini," katanya.

Felixia turut menyatakan kesyukuran atas kehadIran sahabat-sahabatnya pada hari 'kelahirannya'.

Sumber: sinar harian

[LATEST] Felixia Yeap sah peluk Islam

Friday, June 27, 2014

BEIJING: Seorang lelaki di China yang pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya tujuh tahun lalu kerana dia miskin menyewa empat pawagam IMAX pada hari pertama tayangan Transformers untuk membuktikan kekasihnya itu tersilap.

Lelaki itu membelanjakan lebih kurang RM120,000 untuk sewa empat pawagam itu, lapor agensi berita AFP.

"Hu Xiaoyun: Aku sangat miskin semasa kita di tahun empat di kolej pada 2007 sehinggakan aku hanya mampu beli dua tiket wayang," tulis lelaki itu di jaringan media sosial Sina Weibo.

"Semasa kau hendak ke Beijing kau kata aku akan tetap macam itu.

"Aku bekerja keras sejak tujuh tahun yang lalu kerana kutukan itu dan hari ini aku belanja separuh pendapatan bulananku untuk tempah semua kerusi di pawagam IMAX di Beijing pada 27 Jun.

"Aku hanya hendak beritahu mungkin pilihan kau pada masa itu tersilap."

Dalam mesejnya, lelaki itu juga menempelkan bukti penempahan tersebut serta tiga keping resit yang berjumlah 250,000 yuan. Dia juga menyeru pengguna Internet supaya menyebarkan mesejnya itu sehingga bekas kekasihnya nampak dan dia menjanjikan mereka tiket percuma.

Lelaki yang dikenali hanya dengan nama keluarganya, Wang, menggunakan nama di Chicken Run 1234 di Sino Weibo dengan gambar puak Na'vi dari filem Avatar sebagai imej profailnya. -- Agensi

[LATEST] Lelaki sewa 4 pawagam IMAX Transformers

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui dengan tepat.

[LATEST] Anda tahu hati ayam adalah bahaya???

PAGOH: Kerajaan memandang serius kes penculikan membabitkan kanak-kanak dan pelajar yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan tindakan pihak berkuasa menerusi kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berleluasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi itu menjelaskan proses pembelajaran di sekolah sebenarnya sudah menerapkan kepada pelajar mengenai keperluan menjaga keselamatan diri.

Menurutnya, ibu bapa turut tidak terlepas daripada memantau pergerakan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka keluar berseorangan katanya, nasihat secara berterusan dan panduan yang diberikan kepada pelajar dan ibu bapa diyakini mampu membendung kes itu daripada terus berleluasa.

Tugas menjaga keamanan negara tidak seharusnya diletak semata-mata di bahu pihak berkuasa sebaliknya masyarakat umum perlu menggerakkan peranan bersama-sama membanteras jenayah di negara ini, kata Muhyiddin.

Muhyiddin juga meminta pihak pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi peringatan berterusan kepada pelajar berkaitan isu keselamatan.

Beliau merujuk kepada beberapa kes yang berlaku membabitkan pelajar sekolah dan kanak-kanak yang dilihat berpunca daripada aspek kecuaian penjagaan sejak kebelakangan ini.

Sumber: astro awani

[LATEST] Ibubapa dan guru waspada penculik

Thursday, June 26, 2014

KUALA LUMPUR: Pengguna yang tinggal di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan air dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah, kata Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred Dharan.

Ini kerana katanya, air di kawasan tidak terjejas itu masih boleh diagihkan ke kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air.

Menurut SYABAS, kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

"Pada masa kini SYABAS hanya boleh bantu dari segi menghantar lori-lori tangki. Keupayaan kami untuk membantu amatlah terhad disebabkan jumlah air yang tidak mencukupi," jelas Priscilla ketika dihubungi Astro AWANI.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, katanya keputusan catuan adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Katanya, SYABAS yang bertanggungjawab mengagihkan air, hanya menunggu keputusan kerajaan negeri.

Sementara itu, SYABAS turut memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah.

Menurut kenyataan oleh Priscilla, ia berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Jelasnya, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun 2014 lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

"Ini berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut. Ia sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu.

"Walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun 2014, disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

"Berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh SYABAS tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan," kata kenyataan tersebut lagi.

Menurut Priscilla, pihaknya menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Katanya bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak SYABAS terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

"Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat.

"Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri," jelasnya lagi.

Tambah Priscilla, pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa menerusi media.

Berikut merupakan antara kawasan yang telibat oleh gangguan air tidak berjadual seperti dibawah

1 AIR PANAS

2 AMPANG JAYA

3 AU1

4 AU2

5 AU3

6 AU4

7 AU5

8 BALAI POLIS GOMBAK

9 BEVERLY HEIGHT

10 BDR BARU AMPANG

11 BDR BARU WANGSA MAJU

12 BKT ANTARABANGSA

13 BKT INDAH

14 BKT LELA

15 DATARAN UKAY

16 KG DATUK KERAMAT

17 DESA MELAWATI

18 JLN GENTING KELANG

19 JLN GOMBAK

20 GOMBAK SETIA

21 JLN HULU KELANG

22 JLN AMPANG

23 JLN CHUNG HWA GOMBAK

24 KEMENSAH HEIGHTS

25 KG AMPANG CAMPURAN

26 KG BARU AMPANG

27 KG KERDAS 28 KG KLANG GATES 29 KG LEE KONG CHIAN 30 KG MELAYU AMPANG 31 KG PUAH

32 KG SETIA JAYA

33 KG SPG 3 GOMBAK

34 KG SG MULIA

35 KG TASEK PERMAI

36 KUALA AMPANG

37 MEGAN SETAPAK

38 TMN MELAWATI

39 PLATINUM VICTORY

40 TMN SRI RAMPAI

41 SELAYANG BARU

42 SERING UKAY

43 TMN SETAPAK

44 SETAPAK JAYA

45 TMN AMPANG MEWAH

46 ANDAMAN UKAY

47 TMN INDUSTRI BOLTON

48 TMN MELATI

49 TMN PANDAN RIA AMPANG

50 TMN PERMAI JAYA AMPANG

51 TMN SETIA GOMBAK

52 TMN SURIA SETAPAK

53 TMN / KG TASEK TAMBAHAN

54 TMN AMPANG UTAMA

55 TMN BKT JAYA

56 TMN BKT JUBINA

57 TMN BKT KEMENSAH

58 TMN BKT UTAMA

59 TMN BUNGA RAYA

60 TMN CAHAYA INDAH

61 TMN CEMERLANG

62 DAGANG JAYA / HALAMAN INDAH

63 TMN DANAU KOTA

64 TMN DAR

65 TMN DESA SETAPAK

66 TMN HARMONIS

67 TMN HIJAU

68 TMN HILLVIEW

69 TMN IBUKOTA

70 TMN KAMARIAH

71 TMN KELAB UKAY

72 TMN KOSAS

73 TMN MUTIARA GOMBAK

74 TMN PRAMLEE

75 TMN PERMATA

76 TMN PERWIRA GOMBAK

77 TMN PINGGIRAN UKAY

78 PRIMA MELAWATI

79 TMN RASMI JAYA

80 TMN SETAPAK INDAH

81 TMN SETAPAK PERMAI

82 TMN SETIAWANGSA

83 TMN SRI KERAMAT

84 TMN SRI UKAY

85 TMN TAR

86 UKAY BISTARI

87 UKAY HEIGHT

88 UKAY PERDANA

89 TMN USAHAWAN

90 WANGSA MELAWATI

91 WANGSA UKAY

92 TMN ZOOVIEW

93 KG KEMENSAH

94 TMN BUKIT MAS MELAWATI

95 WANGSA MAJU

96 SELAYANG UTAMA

97 SRI MELATI

98 TMN WILAYAH

99 SRI MURNI

100 BDR BARU SELAYANG

101 BKT DESA

102 SELAYANG PANDANG

103 SELAYANG SEGAR

104 SELAYANG JAYA

105 SELAYANG HEIGHT

106 AMAN SIARA

107 BKT IDAMAN / IDAMAN HILL

108 PRIMA SELAYANG

109 INTAN BAIDURI

110 KG MELAYU FRIM

111 TMN EHSAN

112 TMN DAYA

113 TMN DESA JAYA

114 TMN SRI EHSAN

115 BDR SRI DAMANSARA

116 DESA AMAN PURI

117 WANGSA PERMAI

118 JLN KEPONG

119 JINJANG SELATAN

120 BKT MALURI

121 BDR MANJALARA

122 TMN SRI SEGAMBUT

123 SUNWAY SPK

124 DESA PARK CITY

125 PUSAT KEPONG

126 KIP KEPONG

127 TMN INDUSTRI TAGO

128 METRO PRIMA

129 RIMBUNAN MELATI

130 TMN FADASON

131 TMN BIDARA

132 KEPONG BARU

133 KEPONG ENTERPRENUER

134 KG CHANGKAT

135 KG KOK DOH

136 KG PADANG BALANG

137 MAGNA VILLA

138 ONE SELAYANG

139 PINGGIRAN BT CAVES

140 RESIDEN SRI UTARA

141 KG SRI GOMBAK INDAH

142 SRI EDARAN KEPONG

143 SRI GOMBAK

144 ASTANA GEMILANG

145 INDUSTRI BOLTON

146 JINJANG BARU

147 TMN SELAYANG BARU

148 SELAYANG PERMAI

149 TMN BERINGIN JINJANG

150 DESA BAKTI

151 DESA MINANG

152 TMN GOMBAK JAYA

153 HARMONIS

154 TMN KEPONG

155 TMN KEPONG INDAH

156 TMN WAHYU

157 EHSAN JAYA

158 TMN RAINTREE

159 SELAYANG SEJATI

160 PUNCAK SETIAWANGSA

161 BUKIT SETIAWANGSA

162 DESA HUSSEIN ONN

163 TMN PUNCAK UTAMA

164 TMN BKT MULIA

165 TMN BKT MEWAH

166 VILLA SRI UKAY

167 KG SUNGAI SERING

168 KG PASIR HULU KELANG

169 TMN UDA JAYA

170 TMN AMPANG INDAH

171 KG DATO MUFTI

172 TMN PERWIRA 2 AMPANG JAYA

173 TMN KEMENSAH INDAH

174 PESONA VILLA

175 KG AMPANG INDAH

176 TMN SRI RAYA AMPANG

177 TMN PERMAI JAYA AMPANG

178 AMPANG WATER FRONT

179 TMN BUKIT AMPANG PERMAI

180 DESA LEMBAH PERMAI

181 TMN SRI WATAN

182 TMN SRI AMPANG

183 TMN HALAMAN / KESUMA

184 TMN SRI BAYU

185 TMN BKT AMPANG

186 TMN FAIRUZA AMPANG

187 TMN AMPANG PRIMA

188 TMN GRANDVIEW AMPANG JAYA

189 BUKIT WANGSA MAS

190 VILLA WANGSA MAS

191 TMN WANGSA JAYA

192 TMN ANDAMAN WANGSA MAJU

193 RAMPAI NIAGA BUSINESS PARK

194 KAWASAN PERINDUSTRIAN BEBAS H/KELANG

195 KERAMAT HUJUNG

196 WANGSA PERKASA

197 TMN BKT EMAS

[LATEST] Senarai kawasan terlibat gangguan air Julai 2014

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal.

Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), www.pharmacy.gov.my.

"Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus kategori ubat tradisional dan 13 peratus merupakan kosmetik," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) Datuk Seri Prof Dr Saharuddin Awang Yahya.

Beliau berkata produk seperti Candy 193, minuman Catuaba dan Kopi Bagus AAA dikesan mengandungi bahan perangsang seks seperti Tadalafil, Sildenafil, Analog Sildenafil dan Analog Tadalafil yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung.

Katanya penggunaan racun terkawal Sibutramine yang digunakan untuk rawatan obesiti dalam minuman Slimina Slimming Coffee dan ubat tradisional Phytoshape pula boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Dr Ghazali berkata racun terkawal Tretinoin dan Hydroquinone yang dikesan dalam kandungan produk kosmetik seperti Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya dan RZAC White Pearl boleh mengakibatkan kulit kemerahan, ketidakselesaan dan kulit menjadi hipersensitif.

Beliau berkata bagi ubat tradisonal Penawar Sendi Tulang dan Reepo yang dikesan mengandungi racun terkawal Dexamethasone akan menyebabkan kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 435 produk yang mengandungi bahan terlarang membabitkan nilai RM119,828 telah dirampas dalam 223 pemeriksaan rutin dan 42 Ops Sedar yang dijalankan dari Januari hingga 31 Mei lepas di sekitar Melaka.

Saharuddin turut mencadangkan agar hukuman lebih berat termasuk denda yang tinggi perlu dikenakan terhadap penjual dan pengeluar produk berkenaan mengikut Akta Racun 1952. - Bernama

[LATEST] 129 produk kesihatan ada bahan terlarang

KONTINJEN kebangsaan negara bakal menyarung jersi baharu 'Malaysian Heroes' yang baru sahaja dilancarkan hari ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, rekaan terbaru dari Melinda Looi ini mampu menaikkan semangat dan identiti negara.

"Sudah tentu corak baju tidak boleh menentukan kemenangan," tulisnya di laman sosial miliknya.

Namun menurut menteri muda ini, "corak baju boleh menaikkan semangat kita sebagai identiti negara," katanya lagi.

Wira Malaysia atau Malaysian Heroes merupakan hasil buah tangan terbaru pereka fesyen terkenal Malaysia tersebut.

"Selama hampir 10 tahun, atlet kebangsaan menyarung uniform sukan bercorak belang harimau. Corak ini unik dan sekarang sinonim dengan Malaysia.

"Saya rasa sudah tiba masa kita memperbaharui corak yang sedia ada. Lebih garang, lebih dinamik, lebih menarik," ujar Khairy lagi.

Design baru jersi Malaysia

Wednesday, June 25, 2014

KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

[LATEST] Berita palsu bonus Khidmat Awam

Friday, June 13, 2014

PETALING JAYA: Permohonan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memohon cuti daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditolak.Khairy  telah memuat naik status di twitter miliknya yang mengatakan bahawa beliau demam panas, tidak dapat bangun dan ingin meminta cuti daripada Perdana Menteri.Status tersebut telah dimuat naik pada 9 jam lalu di twitter miliknya.“@NajibRazak Boss, Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dapat kerja hari ini, esok hantar slip MC #CubaNasib,” tulisnya di laman sosial Twitter.Bagi tempoh 9 jam lalu, twit Ketua Pemuda Umno itu telah di ‘retweet’ seramai 5,300 pengguna laman sosial Twitter.Walau bagaimanapun, permohonan Ahli Parlimen Rembau itu telah ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib telah membalas twit Khairy dengan mengatakan ‘”@KhairyKJ Glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting #MCDitolak,” balas Najib.Balasan Twit oleh Najib itu pula telah di ‘retweet’ seramai 1,600 orang pengguna laman sosial itu.Lantaran tweet yang dibalas oleh Najib itu, Khairy turut membalas bahawa ia sebagai pengajaran bagi semua yang mahu menipu bos masing-masing semasa World Cup 2014 yang diadakan di Brazil.“Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong bos masing-masing semasa ‘World Cup’,” tulis Khairy.

[LATEST] Khairi Jamaludin hantar MC pada Najib melalui tweetnya

Tuesday, January 21, 2014

SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat?

Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang.

Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen.

Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/surat-terbuka-untuk-pm-1.242780

[TERKINI] Warkah terbuka untuk PM

Sunday, November 17, 2013

15 Nov – Berita baik buat peminat games PlayStation kerana Syarikat gergasi elektronik Jepun Sony itu mengumumkan kelmarin bahawa Playstation 4 akan menjengah di pasaran Malaysia mulai 20 Disember ini. 

Menurut sumber, PlayStation 4 ini barangkali dapat mencipta fenomena dan impak kerana dikatakan lebih dua belas kali ganda hebat daripada PlaySation 3 dengan penambahan serta pembaharuan spefikasi, termasuk kebolehan Remote Play dengan menggunakan PS Vita TV, bersama alat kawalan baru. Selain dipasarkan di Malaysia, Sony juga turut memasarkan PlayStation 4 di negara jiran Singapura.

Kepada para pembeli bolehlah membuat tempahan awal mulai 15 November 2013 sehingga 13 Disember 2013 menerusi laman web Sony Store Online dan daripada wakil penjual terpilih seperti Focus Stores. Pembeli terawal untuk set bundle juga berpeluang untuk menerima sistem PS4 berserta langganan PlayStation Plus percuma selama 2 bulan dan PSN Money Voucher sebanyak RM20. 

Sebanyak 23 judul permainan disertai oleh konsol PlayStation 4 ini seperti Watch Dogs, Dynasty Warrior 8 Extreme Legends, MineCraft, Assasin's Creed VI Black Flag, Drive Club, Kill Zone, Shadow Fall Knack, Need for Speed Rivals, dan juga Battlefield 4. Malah, Sony turut memaklumkan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan pembikin kandungan permainan untuk judul-judul yang lebih menarik pada masa hadapan. Harga permulaan PlaySation 4 boleh didapati serendah RM1,799.

Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/playstation-4-dipasaran-malaysia-disember-ini-090939477.html

PS4 dipasaran Malaysia Disember ini

Dakwaan pengkaji dari Perancis mengatakan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia ditubuhkan kerana kuasa dan wang adalah silap, kata presidennya Jamaludin Yusof.

Jamaludin menegaskan Pekida adalah sebuah pertubuhan yang bebas dan tidak ditubuhkan oleh mana-mana parti politik untuk bertujuan mendapatkan sokongan politik."Pekida tidak ditubuhkan oleh parti politik... kami hanya berdamping dengan pemimpin parti politik."Pekida juga tidak diterajui oleh pemimpin politik ataupun mempunyai ideologi politik tertentu. Malah ahli Pekida juga mempunyai ahli daripada pembangkang, bukan semua terdiri daripada sebelah pihak kerajaan sahaja," kata Jamaludin apabila dihubungi The Malaysian Insider mengenai kajian terbaru yang dibentang oleh pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere semalam.

Lemiere yang dipetik berkata dalam sebuah portal berita semalam berkata, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.Dakwaan mengatakan Pekida ditubuhkan untuk memperoleh dana daripada kerajaan juga adalah terpesong, tegas Jamaludin, sebaliknya menegaskan pertubuhan tersebut memperoleh dana menerusi yuran keahlian dan bukannya daripada kerajaan."Kami tidak pernah diberikan dana oleh kerajaan, itu saya nafikan."Pekida dibiaya menerusi yuran keahlian yang dibayar setiap ahli, tidak ada kerajaan berikan dana secara spesifik ataupun setiap bulan kami terima dana... itu tidak benar," katanya.

Di samping itu, Jamaludin juga berkata ahli di dalam pertubuhannya mempunyai pelbagai latar belakang dan ideologi politik, namun ia bukan menghalang mereka untuk bersatu sebagai sebuah pertubuhan untuk masyarakat Melayu dan juga Islam."Pekida adalah sebuah organisasi bebas, malah ahli-ahlinya juga tidak menjadikan perbezaan ideologi politik untuk bermusuhan  sesama sendiri dalam Pekida."Seperti yang saya katakan dahulu, matlamat kami adalah satu yakni menjaga keselamatan negara dan juga Islam," tegasnya lagi.

Dalam pembentangan di kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia semalam, Lemiere mendedahkan objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.

Pekida sebelum ini dituduh mempunyai kaitan dengan kumpulan 30 dan Tiga Line yang kemudiaan dinafikan oleh Jamaludin, malah pihak polis juga mengesahkan pertubuhan tersebut sebagai sebuah badan yang sah.Jamaludin juga menafikan dua kumpulan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini iaitu Tiga Line dan Geng 30 tidak mempunyai kaitan dengan mereka.Menurutnya, Pekida merupakan sebuah pertubuhan yang sah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sejak 1983.Jamaludin berkata, Pekida yang memiliki 230,000 ahli seluruh negara mahu dikenali dan dihormati oleh masyarakat dan bukan untuk digeruni atau ditakuti seperti yang digambarkan sesetengah pihak dan orang awam. – 17 November 2013.

Sumber: http://my.news.yahoo.com/pengkaji-perancis-silap-kerana-pekida-bebas-daripada-kuasa-102235980.html

Presiden PEKIDA sangkal pengkaji Perancis mengenai pertubuhan itu

Saturday, October 12, 2013

GUA MUSANG - Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, pagi semalam, hampir berlaku kekecohan apabila empat perwakilan dari Cawangan Sungai Paloh tiba-tiba naik angin sebelum seorang daripadanya bertindak melemparkan mikrofon.Kekecohan itu bermula ketika mesyuarat sedang berlangsung dan seorang wakil Wanita bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati kerana senarai 21 calon ahli jawatankuasa Wanita Umno bahagian ditolak pada hari penyerahan pencalonan.Mereka menganggap pemimpin Wanita Umno bahagian keterlaluan kerana menolak pencalonan itu walaupun diserah pada jam 5.01 petang pada 21 September lalu.

Berikutan itu, seorang daripada mereka merampas mikrofon dan terus melemparkannya ke lantai sebelum mereka dipujuk seorang pemimpin Wanita supaya bersabar kerana keputusan penolak permohonan pencalonan itu diputuskan peringkat Umno Pusat.Selepas 10 minit, keadaan kembali reda untuk memberi laluan kepada Ketua Wanita Umno bahagian itu, Datuk Wan Hazani Mohd Noor, yang menang tanpa bertanding jawatan berkenaan berucap dan menjelaskan perlembagaan Umno yang menetapkan cara baru pemilihan pemimpin tahun ini.Suasana pada mula yang dilihat semakin mencemaskan, namun dapat dikawal dengan dibantu anggota Rela.

Perwakilan terlibat, Rohaya Abdul Gani mengakui membuat bantahan begitu kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan Wanita Umno bahagian berkenaan.Menurutnya, walaupun menyerahkan borang pencalonan itu lewat tetapi ia seharusnya diterima untuk menunjukkan amalan demokrasi dalam parti."Saya tidak setuju dengan penolakan itu kerana kita mahu ada pertandingan secara sihat bagi masa depan Melayu dalam Umno," katanya.Sinar Harian juga cuba mendapatkan maklum balas daripada perwakilan yang melemparkan mikrofon itu namun, beliau enggan memberi sebarang komen.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abd Aziz, yang tampil memberi penjelasan itu kepada pemberita berkata, perkara itu sepatutnya tidak timbul lagi kerana borang pencalonan mereka ditolak sendiri di peringkat Pusat.Beliau mengakui pada mulanya kumpulan seramai 21 orang, termasuk calon pencabar Ketua Wanita Umno bahagian, Siti Khadijah Mohd Noor menyerah borang pencalonan serentak pada jam 5.01 petang selepas ditutup jam 5 petang.

“Ketika menerima borang pencalonan mereka, kita sudah mengadakan mesyuarat membincangkan perkara terbabit dan semuanya memutuskan borang itu terpaksa ditolak kerana melebihi masa. Tetapi kita mengambil borang mereka untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Kelantan.“Selepas itu, borang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, tetapi sebelum keputusan penolakan itu dibuat, Siti Khadijah membuat permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.Katanya, perwakilan Wanita Umno yang masih membangkitkan perkara itu perlu faham perkara sebenarnya dan surat mengenai penolakan mereka juga sudah diterima Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, Tajol Rosli Mohd Ghani.

** sumber sinar harian

P/S:-wahhhhh ni taksub nak jadi ketua ke ape?

Lempar microphone akibat bengang

Monday, October 7, 2013

Sunday, September 29, 2013

Kerisauan kerajaan Malaysia melalai Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula minggu hadapan sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara.

#kumionline

Harga rokok di Malaysia naik 30 september 2013

Saturday, September 28, 2013

GOMBAK - Serbuan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ke atas markas Syiah di Sri Gombak malam tadi menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun ahli Syiah yang berjaya ditahan oleh penguatkuasa.

Seolah-olah mengetahui kehadiran penguatkuasa, markas Syiah itu sunyi sepi tatkala serbuan dibuat.

Sebelum itu, penguatkuasa Jais terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk memecahkan mangga di pintu, sebelum berjaya memasuki markas berkenaan.

Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan.

Turut ditemui 'batu Karbala' serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah.

Semua kitab tersebut disita oleh Jais namun premis berkenaan hanya akan disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Serbuan diketuai oleh Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Jais, Mohd Shahrom Maarof serta dianggotai oleh 25 anggota penguatkuasa.

#kumionline

Syiah di Gombak?

PERNAH dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini, pelakon dan pengacara, Fizo Omar, nampaknya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Adik kepada aktres Noniswara ini juga bakal mengadakan sidang media khas bagi membuat pengumuman tarikh pertunangannya dalam masa terdekat.

Pasti ramai yang sudah tahu, Fizo memilih model tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim, yang juga merupakan anak pengasas kepada tudung jenama itu, sebagai calon isterinya.

Difahamkan 28 Ogos lalu, keluarga Fizo telah menghantar rombongan merisik.
#kumionline

Fizo bakal bertunang