Showing posts with label gosip. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai "Johan Raja Lawak" dan isterinya.Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah 5% kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah 5% bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.
"Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon," katanya.Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.

Pada 7 Januari lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif. Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai "Halim".Johan, yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh.–  Bernama, 7 Julai, 2014.

[LATEST] Johan menang kes saman

Thursday, July 3, 2014

MODEL pakaian muslimah terkenal, Felixia Yeap selamat memeluk Islam tepat jam 6.30 petang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Felixia menerusi kemaskini status Facebooknya.

Namun, Felixia masih belum mengumumkan nama baru yang dipilihnya.

"Jam 6.30 petang tadi, saya telah selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di TTDI.

Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi dugaan tambahan hari ini," katanya.

Felixia turut menyatakan kesyukuran atas kehadIran sahabat-sahabatnya pada hari 'kelahirannya'.

Sumber: sinar harian

[LATEST] Felixia Yeap sah peluk Islam

Monday, April 7, 2014

Aduhaiiiii saleha... ehntu lagu Mawi hikhik... saya terkejut bila google2 tadi terkeluar lak pic Shila ni dengan fesyen baru...terkezut.... zzzzttt acam tu... bertudung tapi kain tak mencukupi nya pun adoi... saya tak pasti ini gambar baru atau lama sebab just jenjalan je kat dalam google tadi... tapi tak mengapa saya positifkan diri ini bukan dia... maybe ada yang mengedit gambar ni nampak macam dia, tak kan lah beliau buta sangat bab begini...kan... apa apa pun doakan yang terbaik buat beliau ye... good luck Shila Amzah...yeahhh

[LATEST] Is it true Shila Amzah?

Monday, March 31, 2014

28 Mac – Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Fauziah Sarman menafikan dakwaan kononnya anaknya dikecam peminat di China berikutan insiden pesawat MAS MH370.Shila, 24, yang kini berada di China kerana terbabit dalam pertandingan "I Am A Singer 2014" dikatakan menjadi mangsa keceman pihak tertentu berikutan pengumuman pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi Isnin lalu. "Isu dikecam itu hanya salah faham. Tak ada apa-apa yang serius pun berlaku. Shila okey di sana," ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan. Menurut Fauziah, tuduhan tersebut tidak berasas langsung kerana dia sentiasa mendapatkan perkembangan anaknya dari semasa ke semasa menerusi suaminya, ND Lala dan pengurusan Shila di sana. "Tak ada apalah, setakat ini, bapa dia cakap semuanya okey dan berjalan macam biasa. Berkemungkinan isu itu berlaku di Beijing tapi bukan di daerah-daerah lain. "Setakat ini, dia diterima baik dan disambut dengan meriah oleh peminat. Saya nak komen lebih pun tak berani sebab taka da di sana tapi yang diberitahu semuanya okey." Tambah Fauziah lagi, kecaman yang diterima anaknya itu adalah isu kecil yang mungkin ditimbulkan peminat artis lain yang turut bersaing dalam pertandingan berkenaan. "Biasalah Shila sedang bertanding jadi mungkin kelompok peminat artis lain yang tidak suka dan sengaja menimbulkan provokasi untuk melemahkan semangatnya. "Sebelum tragedy MH370 lagi sudah timbul isu kecaman peminat begini. Cuma kebetulan nak dijadikan cerita kerana kes MH370 ini, ada pihak sengaja kaitkan dengan Shila."

[LATEST] Shila Hamzah nafi dikecam di China

Khabar yang datangnya dari wartawan yang sedang membuat liputan tragedi kehilangan pesawar MH370 yang berada di Lapangan Terbang AntarabangsaKuala Lumpur (KLIA) baru baru dan menyaksikan satu adegan drama seorang selebriti tempatan.Bukan drama apa, menurut wartawan Malaysia Gazette ini beliau dan ramai petugas media lain ternampak seorang selebriti yang sakan melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki persis sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.“Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat,” tulis wartawan itu.Wartawna itu turut menulis mengatakan yang pihak media tidak kisah jika sekadar melihat aksi orang bercinta namun apa yang dipaparkan mereka sedikit keterlaluan dan seakan tidak sensitif dengan orang sekeliling.“Yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun”“Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok,” dedah wartawan itu lagi hari ini.Menariknya, wartawan ini mendakwa para jurugambar sempat merakamkan aksi pasangan ini bermesra dan ianya menjadi rebutan untuk dilihat — bukan untuk disebarkan, tetapi untuk menghilangkan bosan buat sementara waktu

[LATEST] Fazura leka bercium di KLIA

Sunday, February 2, 2014

BARU-baru ini, pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama- sama dengan beberapa teman baik mereka.

Pengantin baharu ini masih bercuti ke luar negara dan terbaharu, mereka memilih Bali, Indonesia  dan berkongsi rasa terujanya untuk hamil lagi.

“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya sudah berusia 16 tahun.

“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.

Che Ta teruja untuk menimang cahaya mata lagi selepas berbulan madu

BARU-baru ini, pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama- sama dengan beberapa teman baik mereka.

Pengantin baharu ini masih bercuti ke luar negara dan terbaharu, mereka memilih Bali, Indonesia  dan berkongsi rasa terujanya untuk hamil lagi.

“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya sudah berusia 16 tahun.

“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.

Tuesday, December 24, 2013

PELAKON terkenal, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab.Memetik laporan mStar Online, Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan."Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, semalam.

Sementara itu, menurut Diyana, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah."Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung."Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna,” katanya.

Isteri Aaron Aziz sudah berhijab

Friday, December 20, 2013

PUTRAJAYA: Kontroversi skandal Adi Putra membahang lagi apabila Amiruddin Othman, 56, mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abdul Rahman, semalam.Amirudin berkata, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu. "Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah. "Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida."Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi.

Akhirnya.... Noraida single kembali "skandel Adi Putra"

Thursday, December 19, 2013

Aktor yang terbunuh dalam kemalangan tragik pada 30 November lalu itu sebenarnya berehat seketika sebelum menyambung semula penggambaran yang dijadualkan bermula beberapa hari sebelum kejadian.

Cody, 25, yang bekerja sebagai pelakon lagak ngeri diminta membantu menamatkan penggambaran filem arahan James Wan itu sebagai tanda penghormatan produksi terhadap abangnya.“Pihak penerbitan membincangkan hal tawaran ini ketika mesyuarat panjang selepas kematian Paul.

Mereka sedar, seseorang perlu menghabiskan pembikinan filem ini dan individu paling tepat ialah saudara terdekatnya yang mempunyai wajah seiras.“Mereka mengambil gambar dari belakang pada jarak jauh. Andai mereka memerlukan wajah Paul, teknik CGI boleh digunakan kemudian.

Bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diperhalusi sebelum hasrat ini direalisasikan,” kata sumber.Universal Pictures selaku penerbit menghentikan penggambaran yang bermula September lalu sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit, namun kemudian mengolah semula skrip terutama bahagian membabitkan watak Walker, Brian O’Conner

Fast and Furious 7: watak Paul Walker diganti adiknya

Friday, December 13, 2013

BEKAS suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya Mac tahun hadapan.Memetik laporan portal Media Hiburan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan  bakal mengahwini  anak bekas Adun Selangor iaitu Zarema Zainal.“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya.“Insya-ALLAH, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinannya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aidil-zafuan-temui-cinta-baharu-1.230545

Aidil Zafuan temui cinta baru

AKHBAR mingguan The Heat dikatakan menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai akibat daripada artikel muka hadapan akhbar itu mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

The Malaysian Insider difahamkan, walaupun surat tunjuk sebab itu tidak menyatakan secara spesifik tentang artikel mana yang KDN maksudkan, dipercayai ia disebabkan laporan muka hadapan The Heat bertajuk “All eyes on big spending Najib” diterbitkan dalam isu 23 – 29 November.Dipercayai juga Ketua Pengarang The Heat, David Lee Boon Siew juga dipanggil oleh KDN ke Putrajaya minggu lalu dan diarahkan agar mengawal laporan wartawannya.

The Heat menerima surat tersebut beberapa hari lalu dan HCK Media yang mengeluarkan penerbitan itu mempunyai 14 hari untuk menjawab.Apabila dihubungi Lee enggan memberikan komen berhubung isu itu.“Kami tidak mempunyai sebarang komen,” katanya.

Tiga hari lalu The Malaysian Insider melaporkan dakwaan panggilan telefon Pejabat Perdana Menteri kepada Astro Awani Online berhubung laporan berita memetik tulisan blog bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yang mencadangkan Rosmah dilantik menjadi menteri.Laporan itu dikeluarkan pada Isnin, sehari selepas ianya diterbitkan.Apabila dihubungi, Kadir mengatakan beliau tidak mendengar mengenai arahan sedemikian.Rosmah dikritik hebat oleh ahli Parlimen pembangkang kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan bulan lalu untuk menyertai persidangan wanita di Qatar di atas kapasiti peribadinya.

Sumber: -The Malaysian Insider

The Heat terima surat tunjuk sebab KDN

Monday, December 9, 2013

Gambar ini diambil oleh orang awam yang tidak dikenali yang mengatakan kelihatan seperti mayat semasa sesi menyelamatkan mangsa. Diceritakan semasa bedah siasat juga dokter tidak dapat mengenalpasti keadaan mayat akibat kecederaan yang teruk sehingga terpaksa menggunakan sampel gigi untuk melakukan pengecaman

Latest gambar mayat Paul Walker semasa kejadian

Gambar ini diambil oleh orang awam yang tidak dikenali yang mengatakan kelihatan seperti mayat semasa sesi menyelamatkan mangsa. Diceritakan semasa bedah siasat juga dokter tidak dapat mengenalpasti keadaan mayat akibat kecederaan yang teruk sehingga terpaksa menggunakan sampel gigi untuk melakukan pengecaman

Tuesday, December 3, 2013

Laporan yang mengatakan pemain dram kumpulan rock popular Search, Yazid Ahmad, 52, meninggal dunia hanyalah khabar angin semata-mata.Menurut vokalis Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi bin Abdul Rahman, 55, Yazid sudah mula membuka mata dan beliau menyangkal sama sekali khabar angin yang mengatakan Yazid sudah meninggal dunia.

“Berita terbaru Yazid sudah mula membuka matanya.“Jadi jangan percaya kepada khabar angin,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.Baru-baru ini, Yazid telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor akibat sesak nafas.Menurut anak perempuannya, Shikin, ayahnya telah mengadu sesak nafas sebelum dimasukkan ke ICU sekitar jam 5 pagi.“Menurut doktor, ayah sesak nafas kerana keadaannya yang penat dan sekarang ayah masih lagi di bawah pemerhatian doktor,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/amy-berita-yazid-meninggal-hanya-khabar-angin-1.226955

Yazid Search sakit

Monday, November 25, 2013

PELAKON Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada hari Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat Maghrib.Majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.Sementara majlis berinai pula akan diadakan di Ngah Mahligai pada 10 Disember jam 8 malam.Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/zain-rozita-sah-nikah-11-disember-1.224346

Zain dan Che Ta nikah 11 Disember 2013

Friday, November 15, 2013

KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/murid-cemerlang-upsr-terima-hadiah-kereta-1.221326

P/s: untunglah anak orang kaya, tapi beringatlah pada yang kurang upaya....

5A UPSR dapat mini cooper

Thursday, October 31, 2013

"SAYA letak jawatan bukan kerana tawaran lumayan daripada stesen radio lain!" tegas penyampai radio popular, Hot FM, Faizal Ismail, berhubung isu letak jawatan pada 24 Oktober lalu, menerusi laman sosial miliknya.Menerusi sidang media semalam, di Restaurant Marche, The Curve, Faizal yang lebih mesra dengan panggilan FBI tampil merungkai spekulasi mengenai tindakannya itu."Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM."Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain.

Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar."Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu," katanya yang masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini.Tambah Faizal, selepas tarikh itu, dia masih lagi bersama radio tersebut secara sambilan menerusi segmen khas."Saya masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini. Selepas itu, saya akan sambung secara 'part time' sahaja, mungkin di segmen hujung minggu, Sabtu atau Ahad."Pada 24 Oktober lalu,  notis peletakan jawatan itu, namun saya perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh stesen radio."Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, mereka menerima permohonan saya," katanya yang menggalas tugas sebagai penyampai radio berkenaan hampir tujuh tahun.

Sukar urus masaBaru sahaja menubuhkan syarikat miliknya, FBI Entertainment Sdn Bhd, sejak dua bulan lalu, akui Faizal, agak sukar untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa."Pada awalnya, saya cuba untuk bahagi masa sebaik mungkin untuk urus syarikat dan kerjaya. Namun, saya gagal beri komitmen yang baik untuk kedua-duanya."Jadi, saya perlu korbankan karier saya. Walaupun berat hati, saya terpaksa demi masa depan keluarga. Sejujurnya, saya memang sayangkan karier ini kerana saya bermula dari bawah dan melalui peringkat demi peringkat sehingga berjaya sampai ke tahap ini."Namun, sampai bila saya mahu berada di konti? Saya percaya, populariti kini tidak jamin (kekal populariti) untuk lima tahun yang akan datang. Saya tidak mahu terus terperangkap dalam kepompong ini sehingga sukar untuk pilih cabang lain," katanya yang menghargai setiap pengalaman yang diperoleh bersama radio itu.

Katanya, selama 15 tahun dalam bidang ini, dia berhasrat untuk melakukan perubahan dalam perjalanan kariernya."Saya tidak boleh sentiasa berada di zon selesa kerana sampai pada satu tahap, kita memerlukan pembaharuan."Saya perlu cuba bidang lain dan mencabar diri saya untuk urus perniagaan," katanya yang pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP).Tambah Faizal, walaupun syarikatnya masih baru, tetapi ia menunjukkan perkembangan membanggakan."Alhamdulillah, ada dalam kalangan rakan saya bersedia untuk bekerja bersama dan mereka menunjukkan komitmen yang baik."Menerusi syarikat itu, kami akan terlibat dalam pengurusan majlis, produksi televisyen. Malah, saya juga berhasrat untuk kembangkannya sebagai platform untuk penghasilan drama," katanya yang masih lagi terlibat dengan program pengacaraan televisyen.

Tiada pengganti?
Menurut Pengarah Rangkaian Hot FM, Seelan Paul, mengakui peletakan jawatan Faizal adalah satu kehilangan besar buat radio itu.Katanya, populariti Faizal sepanjang berada di radio itu banyak memberi keuntungan dan kepentingan kepada syarikat."Faizal adalah salah seorang penyampai radio yang memainkan peranan penting dalam peningkatan rating pendengar. Malah, ia adalah satu kehilangan besar buat kami."Mana tidaknya, sehingga kini, dia mempunyai kelompok peminat tersendiri termasuk 500,000 pengikut di laman sosial."Malah, sehingga kini, kami masih tidak jumpa pengganti yang layak untuk menggantikan Faizal. Mungkin kami akan ambil masa selama sebulan dua untuk mencarinya. Sepanjang ketiadaan Faizal, AG dan Fara Fauzana akan menggantikannya," katanya lagi.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/faizal-ismail-bukan-kerana-tawaran-lumayan-1.216119

Faizal Ismail: bukan kerana tawaran lumayan

Tuesday, October 29, 2013

"FIZO adalah cinta pertama saya dan sebelum ini saya tidak pernah bercinta kerana begitu dijaga oleh keluarga," akui bakal isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim,24, kepada media.Sebelum itu, pelakon kacak, Fizo Omar atau sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, melamar bakal isterinya dalam suasana penuh romantis di Cathay Cinneplex, e@Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Mengakui agak terkejut dengan majlis itu Mawar berkata, Fizo mengajaknya menonton wayang sebelum menghadiri sidang media yang dikatakan akan diadakan pada sebelah petang.Bagaimanapun, dia dapat merasakan sesuatu akan berlaku apabila muncul babak lakonan Fizo bersama pelakon cilik, Mia Sara di layar dan turut melibatkan ibunya juga."Fizo kata petang nanti (semalam) ada sidang media untuk umumkan tarikh perkahwinan kami dan dia ajak saya menonton wayang terlebih dahulu."Memang pelik dan terdetik juga, 'biar betul dia ni', tapi saya ikutkan sahaja. Malah selepas masuk dalam pawagam dan dia minta izin untuk ke tandas, saya masih tidak rasa apa-apa sehinggalah muncul video tersebut baharu saya rasa sesuatu," katanya.Berkongsi kejutan yang dibuat untuk Mawar, Fizo berkata, idea berkenaan dirancang dalam masa tiga hari dan dia jugalah yang mengarahkan sebuah video pendek untuk kekasih hatinya itu.

Katanya, ia adalah sebagai satu tanda ingatan mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan.“Saya pilih untuk membuat kejutan di panggung wayang kerana saya adalah seorang pelakon dan ini adalah kehidupan saya yang ingin saya kongsi bersama Mawar."Malah,  ia juga berkisar mengenai perjalanan hidup kami dan lega rasanya apabila rancangan ini menjadi kerana bimbang juga jika ‘terkantoi’,” katanya.Fizo berkata, dia yakin Mawar akan berkata 'ya' dan perkara itu turut diakui oleh Mawar sendiri :"Sudah tentu saya kata ‘ya’ kerana persiapan telah pun bermula tetapi kesungguhannya amat menyentuh hati saya,” jelasnya.

Kahwin dua minggu lagi

Dalam pada itu, Fizo juga turut mengumumkan akan mengikat tali pertunangan pada 9 November depan diikuti dengan majlis pernikahan mereka pada keesokan harinya, iaitu pada 10 November depan.Kedua-dua majlis itu akan diadakan di kediaman Mawar di Country Heights, Kajang dan disiarkan secara langsung di TV9 menerusi ‘Nasi Lemak Kopi O’."Kedua-dua majlis akan disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi lemak Kopi O di TV9.

Malah pada majlis pertunangan itu nanti akan ada sedikit kejutan manakala majlis pernikahan akan berjalan seperti biasa," katanya.Fizo berkata, mereka mengambil keputusan bertunang terlebih dahulu atas permintaan keluarga yang ingin mengikut adat Melayu.Tambahnya, selepas majlis pertunangan pada sebelah pagi, akan diadakan majlis khatam Al-Quran dan berinai pada sebelah malam yang akan dihadiri sanak saudara Mawar sahaja.“Saya dan Mawar sebenarnya tidak mahu bertunang dan terus bernikah tetapi atas menghormati permintaan keluarga kami bersetuju tambahan pula ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga bakal isteri saya,” katanya.

Bisnes 'burgedung'

Sementara itu, Fizo berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang berjalan walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen.“Walaupun kami jarang berjumpa tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain dan urusan mengenai majlis pertunangan dan perkahwinan tetap berjalan,” jelasnya.Dalam pada itu, Fizo berkata, beberapa perancangan perniagaan sudah dibuat selepas mereka berkahwin nanti."Selepas berkahwin, kami akan terlibat dengan perniagaan 'burgedung' (ketawa), campuran perniagaan burger dan tudung."Seperti sedia maklum saya kini menguruskan perniagaan burger yang sudah mempunyai 50 cawangan di Kuala Lumpur dan Kelantan. Saya merancang meluaskan perniagaan ini ke Johor selepas berkahwin."Jadi saya sarankan pada Mawar  buka ibu pejabat di Johor dan Kelantan selepas ini kerana hanya di dua negeri itu sahaja tiada ibu pejabat Fareeda. Jadi bila saya ke Johor melihat perniagaan saya, Mawar juga boleh jenguk syarikat dia."Sebab itulah saya pilih Mawar kerana kami sama-sama minat dalam  perniagaan. Bagaimanapun selepas berkahwin, saya tetap akan aktif dengan dunia seni kerana itu minat utama saya," katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/fizo-cinta-pertama-saya-1.215383

"Fizo cinta pertama saya"

Wednesday, October 16, 2013

Ini apa cerita sampai singlet kawan tu pun lu orang nak wat isu. Sudah sudah la meroyan tu. Keep focusing to develope our country. Banyak lagi isu isu lain yang belum disimpulkan. Ni aku letak link kalo korang nak baca artikel meroyan ni. Cam kelakar lakaka plak dorang ni. Cube lah korang imagine sendiri, seorang pemain bola yang baru dilanda kontroversi pasal kelancangan bini dia, yang tidak berpolitik sangat, memakai singlet " Allah always with me" nak buat provokasi pasal kalimah Allah. Ade link tak dengan tindakan beliau? Ini memang betul kene pasang lagu matyo tak salah hihihih

Singlet Matyo dipolitikkan "Allah always with me"

Monday, October 14, 2013

Penyanyi rock kumpulan Sweet Charity, Ramli Sarip, pelakon, pengarah dan penerbit drama, Rosyam Nor serta jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee merupakan antara penerima darjah kebesaran Melaka hari ini.Mereka sebahagian daripada 427 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran sempena Hari Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob Ke-75 bagi sesi kedua yang berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Ramli dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) Kehormat manakala Rosyam dan Kim Swee menerima anugerah DPSM yang membawa gelaran Datuk.Ketika ditemui pemberita, Ramli berkata, anugerah yang diterimanya itu adalah penghargaan yang tidak pernah difikirkan beliau selama ini."Ini satu penghargaan dan penghormatan atas dorongan peminat yang terus menyokong saya untuk terus berkarya."Terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah mengiktiraf saya sebagai individu yang berkarya di negara ini dalam bidang seni tanpa sempadan serta menyalurkan bahan dan informasi dalam seni menerusi cara tersendiri," katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata, anugerah kebesaran tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha keras beliau sepanjang bergelar anak seni."Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melihat usaha saya dan anak-anak seni tempatan dalam memperjuang bidang seni dan budaya."Status Datuk yang diterima ini merupakan tanggungjawab begitu besar yang perlu dipikul supaya saya dapat bekerja lebih kuat, bukan hanya untuk diri sendiri, malah untuk industri seni tanah air," katanya.

Sementara itu, Kim Swee pula memberitahu, anugerah tersebut amat bermakna, apatah lagi beliau merupakan anak kelahiran Melaka."Sudah tentu anugerah ini akan memberi lebih motivasi untuk saya berusaha demi memajukan bidang bola sepak di negara kita," katanya.Dalam majlis sama, beberapa tokoh turut dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira antaranya Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mortadza Nazarene, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib; Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad dan Pengerusi PT Swift Marketing Sdn. Bhd., Datuk Pua Kim An.Dua individu lain dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Infantri Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan Datuk Cheong Kwee Heng.

Rosyam, Ramli Sarip dan Ong Kim Swee dapat gelaran Datuk

Saturday, October 12, 2013

SELEPAS dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin, seolah-olah "lenyap" dari dunia siber yang menjadi "pemusnah" kepada kehidupan mereka selama ini.

Namun dua hari lalu, pasangan yang menggelarkan diri sebagai Alvivi ini kembali muncul dengan sebuah klip video pendek berjudul "Regret".

Klip video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat itu memaparkan Vivian yang mengenakan gaun putih dengan ekspresi wajah penuh emosi.

Klip video yang ditulis dan diarahkan sendiri oleh Alvin ini seolah-olah menunjukkan kekesalan watak dalam klip ini yang dilakonkan oleh Vivian dengan apa yang telah dilakukan selama ini.

"Saya fikir susah menjadi orang dewasa..., apabila saya mengikut kata hati saya, semua orang mengatakan saya salah," antara skrip yang dilontarkan dalam klip video itu.

Sebelum itu, klip video memaparkan bagaimana kehidupan Vivian ketika dia kecil, di mana dia diajar untuk mengejar cita-cita, yakin dengan diri sendiri, bersuara lantang namun semua itu berbeza apabila usianya menginjak dewasa.

Menurut klip video itu, semuanya berubah dan orang mula membenci apabila dia cuba menjadi dirinya dan melakukan apa yang dia rasakan betul sehinggakan orang yang disayang juga enggan menyayanginya lagi.

"Sebenarnya saya penat, mereka menang, saya kalah....," ujar Vivian dalam nada penuh kesah.

Babak akhir pada klip video itu menunjukkan Vivian mengelar lengannya dan menamatkan "perjuangannya".

"Mungkin ini adalah masa untuk menamatkan perjuangan bermakna saya sekaligus... hanya dengan satu tindakan segera," katanya lagi yang dipetik dalam klip video yang dimuatnaik di YouTube pada Rabu lalu.

Sehingga hari ini video itu sudah disaksikan lebih 60,000 pengunjung YouTube.

Pasangan bloggers seks, Alvivi sebelum ini ditahan selama lapan hari atas kesalahan mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka perlu menyerahkan pasport, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan.

Pasangan Alvivi buat video baru