Showing posts with label iklan. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

Kisah ini telah berlaku di China, dimana seorang wanita yang disangka mayat terapung didalam sungai oleh orang ramai. Apabila pihak berkuasa tiba, mereka terkejut kerana wanita tersebut masih lagi hidup dan dalam keadaan tertidur.

Apabila diselamatkan wanita tersebut menceritakan semula dimana sebelum kejadian beliau berasa amat mengantuk setelah menelan pil akibat berlaku pertengkaran bersama suami beliau. Setelah menelan pil, beliau berjalan keluar dari rumah sehingga tiba tiba terasa mengantuk dan terjatuh kedalam sungai.

Beliau bagaimanapun bernasib baik kerana masih terapung semasa didalam air, jika tidak beliau pasti akan lemas. Menurut salah seorang saksi mengatakan bahawa wanita itu telah berada didalam sungai tersebut lebih kurang 40 minit sebelum diselamatkan oleh pihak berkuasa.

P/s: ini yang dinamakan berpantang maut sebelum ajal

Wanita tertidur didalam sungai

Saturday, October 12, 2013

Pada beberapa minggu yang lalu Malaysia heboh memperkatakan tentang predator yang pergi ke balai polis. Hahaha aku pun tekejut la juga, tapi sini aku nak share sikit tentang predator ni. Beliau bukan la seorang yang mencari glamur katanya, dia pakai untuk safety je bila ride motor besar. Beliau adalah seorang doktor di Malaysia ni, dia pergi ke balai polis untuk untuk buat laporan polis mengenai sindiket menjual surat MC palsu. Jangan takut ye, dia doktor bukan predator hihihihi.

Predator sebenarnya manusia

Monday, October 7, 2013

Hmm malam ni aku nak share sikit pasal mcdelivery ni, hehehe akibat lapar tapi malas nak keluar dah, aku decide untuk makan fastfood je malam ni. Handphone pun kredit dah tumpul hahaha nak call memang xlepas punya, last last terdetik untuk cuba guna www.mcdelivery.com.my la. Cubaan pertama sangat bagus, mudah bagi semua pengguna. Senang untuk pilih menu just klik klik aje set alamat semua dan kemudian sampai la makanan dirumah ni. Kalo lah kedai tomyam ada perkhidmatan macam ni kompem cukup 3 bulan jutawan dah hihihihi. Ape ape pun selamat mencuba. Aku dah kenyang ni, layan bini jap hihihih

Mc Delivery Malaysia

Sunday, October 6, 2013

Wahhhh topik yang menarik ni, yang disertai oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir dengan Ketua Pakatan Rakyat. Sangat menarik sebab kedua dua mereka mempunyai kredibiliti dan pernah bekerjasama dalam pentadbiran Malaysia sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Pentas Perdana : Selamatkan Kedaulatan Negara, tolak TPPA

Wahhhh topik yang menarik ni, yang disertai oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir dengan Ketua Pakatan Rakyat. Sangat menarik sebab kedua dua mereka mempunyai kredibiliti dan pernah bekerjasama dalam pentadbiran Malaysia sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Sunday, September 29, 2013

Kerisauan kerajaan Malaysia melalai Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula minggu hadapan sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara.

#kumionline

Harga rokok di Malaysia naik 30 september 2013

Friday, September 27, 2013

Hooooyeee ini yang yang kita cari, bangkit bersama sama demi kemanusiaan
#kumionline

Hidup pakcik guard

Hooooyeee ini yang yang kita cari, bangkit bersama sama demi kemanusiaan
#kumionline

Tuesday, September 24, 2013

Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.

Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.

Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.

” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.

” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.

” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini hari ini.

Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.

” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.

” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).

” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.

Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.

“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.

Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.

P/S:- nak pesan sikit, biar muke tak cantik asalkan tau adab sesama manusia apatah lagi orang yang lebih tua, kalau kene kat bapak sendiri macam mana tu....we support u pak guard

#kumionline

Penjelasan Pakcik Guard dimaki Isteri Matyo

Monday, September 23, 2013

Hmm ni gambar yang aku tengok dalam paper utusan, fuhh sungguh dasyat dorang ni mencipta dadah. Ini kesan penggunaan dadah jenis 'Bath Salt' yang akan bertukar menjadi seperti zombie. Ini tiada kena mengena dengan zombi kampung pisang ye.

Dadah jenis ini dikategorikan sebagai dadah sintetik. Gambar diatas adalah satu kes yang berlaku di Miami, Amerika Syarikat pada tahun lalu. Penagih dadah jenis ini akan meransang manusia menjadi ganas sehingga sanggup membaham manusia.

#kumionline

Bath Salt dadah berbahaya

Sunday, September 22, 2013

Seorang anggota polis yang dipercayai menghidap sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.
Menurut sumber Sinar Harian, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.
Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.
Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

#kumionline

Kes tembak Isteri dan bapa mentua baru baru ini

Ini adalah salah satu perkara yang amat membanggakan rakyat Malaysia khususnya dimana penyanyi terkenal Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai yang mula popular dengan single pertama beliau dalam lagu dan sebenarnya telah membawa beliau naik lebih tinggi hingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Anak kelahiran Alor Star Kedah ini kini telah mengembangkan sayap dan popularitinya dengan lebih tinggi dimana lagu nyanyian beliau yang bertajuk “Live Your Life” telah diberi penghormatan yang begitu bermakna dimana lagu tersebut telah dijadikan sebagai soundtrack didalam salah satu game yang sangat popular didunia iaitu “Grand theft Auto 5″ atau lebih sinonim dengan nama GTA V yang baru sahaja di lepaskan baru-baru ini.

Perkara ini dilihat sebagai salah satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang bakat anak melayu untuk dipandang di peringkat antarabangsa hingga ke tahap ini. Tahniah kepada penyanyi tersebut.

#kumionline

Lagu Yuna dalam GTA V soundtrack

Saturday, September 21, 2013

Haaaa ni semua aku nak share, blackberry sekarang ni dah keluarkan aplikasi bbm kepada pengguna selain blackberry tau. So sebab ramai yang dah tak guna blackberry ini inisiatif dorang untuk mempopularkan semula sistem bbm yang hangat pada zaman dahulu.

#kumionline

BBM untuk pengguna Apple

Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.

Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.

Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.

Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.

Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.

Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

“Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari…tapi kalau tak dapat pun tak apa.”

Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.

Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.

Ketagihan Facebook

“Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan.

“Manusia mudah dipengaruhi oleh faktor psikososial iaitu mengikut arus yang berlaku dan mereka percaya sekiranya mereka tidak terbabit, mereka dianggap kumpulan yang ketinggalan dan membosankan,” jelasnya yang mengganggap sistem itu sebagai tidak rasional.

Tambahnya, penyelesaian ketagihan Facebook boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.

“Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.

“Kaedah psikologi perlu bagi mengurangkan ketagihan individu yang mempunyai pemikiran tidak rasional akibat pengaruh Facebook. Di sini perlunya sokongan individu terdekat seperti keluarga, pasangan dan teman rapat,” katanya.

Kaunseling, bimbingan dan nasihat mampu membantu menyedarkan individu yang ketagihan Facebook supaya mereka tidak berterusan gagal menguruskan masa dan kehilangan kemahiran sosial akibat terikat dengan komunikasi alam maya.

Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

“Facebook membuatkan saya leka dan melekat di depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar. Tetapi, saya menggunakan alternatif lain iaitu iPhone supaya saya dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa membazirkan masa di depan komputer.

“Bagi saya, Facebook dapat meningkatkan komunikasi secara efisien dan tidak patut diharamkan. Tindakan mengharamkan Facebook ibarat menafikan perkembangan teknologi maklumat dan kita akan ketinggalan dalam pelbagai sudut,” katanya.

Tambah Faizal, apa yang wajar dilakukan ialah pemantauan daripada kerajaan supaya menyekat laman-laman Facebook yang mengajak masyarakat menghina atau membangkitkan isu-isu yang boleh mengakibatkan pepecahan.

Pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim berpendapat, masyarakat hari ini memanfaatkan Facebook atas dasar kesibukan dan melaluinya banyak maklumat terkini diperoleh daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

“Facebook penting bagi saya kerana saya tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman rapat dan mengetahui perkembangan diri mereka. Melalui Facebook saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah,” katanya.

Pelakon dan hos, Julie Woon mengatakan dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang berlaku disebabkan Facebook kerana menganggap ia tindakan individu yang mempunyai agenda tertentu.

“Saya sentiasa mengemaskini laman Facebook kerana bidang kerja yang memerlukan saya berhubung dengan teman-teman dan para peminat. Selain itu, banyak ejen mencari saya di Facebook untuk tujuan kerja kerana tidak mempunyai nombor telefon saya,” katanya.

Facebook semakin melalaikan?

Friday, September 20, 2013

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 3 dan jam tangan pintar Galaxy Gear yang bakal berada di pasaran tempatan bermula 25 September ini.

Kedua-dua produk terbaru itu dilengkapi teknologi canggih yang membolehkan Galaxy Note 3 disambungkan terus dengan Galaxy Gear, iaitu konsep baru diperkenalkan Samsung.

Naib Presiden Perusahaan dan Perniagaan Samsung, Varinderjit Singh berkata, ciri S Voice pada Galaxy Gear membolehkan arahan suara diberi seperti membuat panggilan, menghantar dan menerima pesanan serta e-mel selain mengambil gambar.

"Pelancaran produk ini membawa dunia gajet ke satu inovasi terbaru iaitu telefon pintar dengan skrin besar bersaiz 5.7 inci dan peranti pelbagai guna," katanya pada Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear di Subang Jaya, semalam.

Samsung juga akan memperluas penggunaan Galaxy Gear pada telefon pintar lain iaitu Galaxy S3, S4 dan Note 2.

Sementara itu, Galaxy Note 3 yang direka lebih nipis dan ringan turut memiliki ciri keselamatan bagi melindungi perisian daripada virus dan cubaan digodam.

Samsung Galaxy Note 3 bakal dijual di pasaran tempatan dengan harga RM2,399 dan Galaxy Gear pada harga RM999.

#kumionline

Samsung Galaxy Note 3

Thursday, September 19, 2013

TERDAPAT lebih 30 permohonan termasuk daripada jurulatih tempatan untuk mengisi jawatan jurulatih skuad bola sepak Harimau Malaya, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Kita sedang membuat tapisan memandangkan kita masih menerima (permohonan) daripada calon yang berkaliber dari luar negara," katanya ketika ditemui pemberita sempena pelancaran kad VIP Watsons edisi terhad Piala Malaysia 2013 di sini, hari ini.

Mengenai saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin agar FAM mengeluarkan belanja besar bagi mendapatkan jurulatih terbaik Harimau Malaya, Hamidin berkata ia akan dikaji agar badan induk bola sepak negara itu tidak menghadapi masalah kewangan pada masa depan.

"Kalau itu (pelaburan besar) yang Jawatankuasa (Eksekutif) FAM fikirkan elok untuk bola sepak, saya tidak nampak perkara itu mustahil," katanya.

Khairy turut dilapor meminta FAM meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi memastikan gaji yang dibayar kepada jurulatih baharu berkenaan adalah berbaloi.

Menurut laporan, FAM dikatakan menawarkan gaji AS$18,000 (RM59,000) sebulan kepada bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun, Philippe Troussier, 58, bagi menggantikan Datuk K. Rajagobal kerana percaya jurulatih kelahiran Perancis itu mampu mengembalikan semula maruah Harimau Malaya sebagaimana ketika membimbing skuad 'Samurai Biru' mara ke pusingan 16 ketika Jepun menjadi hos bersama Korea Selatan untuk Piala Dunia 2002.

Troussier, bagaimanapun dikatakan hanya akan menerima jawatan tersebut jika ditawarkan pendapatan tahunan sebanyak AS$1.52 juta (RM5juta) yang menyaksikan dia bakal meraih gaji bulanan AS$126,805 (RM416,000).

Antara nama lain yang disebut-sebut sebagai pengganti Rajagobal ialah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts; pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee dan bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan yang kini membimbing pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Rajagobal, yang masih memiliki kontrak sehingga 31 Disember depan, telah ditetapkan KPI bagi membantu Harimau Malaya layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Perniagaan Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd, Jessica Ng berkata kad VIP itu adalah terhad kepada 5,000 orang terpilih dan akan mula diedarkan hanya di sembilan negeri mulai 24 September hingga 21 Oktober ini.

Negeri berkenaan ialah Johor, Kelantan, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Perak dan Sarawak.

"Mereka yang berminat perlu membeli barangan bernilai RM20 dalam satu resit dan mengepilkan pembelian berkenaan ke dalam kotak yang disediakan di stor Watsons terpilih sebelum cabutan dilakukan untuk memilih mereka yang layak mendapat kad VIP itu," katanya. - Bernama

#kumionline

Lebih 30 pemohon jawatan jurulatih Harimau Malaya

Wednesday, September 18, 2013

Sedikit screenshot perbezaan ios6 dan selepas di update kepada ios7

Lama betul nak selesai update ni, dari malam tadi, pagi ni baru settle.

#kumionline

Before and after Ios 7

Sedikit screenshot perbezaan ios6 dan selepas di update kepada ios7

Lama betul nak selesai update ni, dari malam tadi, pagi ni baru settle.

#kumionline

Sunday, September 15, 2013

Ok semua, berita ni aku dapat dari sahabat di FB siang tadi satu konvoi bermotosikal dari Penang ke Terenganu telah mengalami kemalangan teruk melibatkan peserta dan juga sebuah kenderaan pacuan 4 roda.

Dikhabarkan kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan 4 roda membuat pusingan U dan bertembung dengan peserta konvoi. Ada yang cedera dan ada yang meninggal.

Apa apa pun diharapkan yang lain selamat. Takziah kepada keluarga mangsa. Sayangilah keluarga anda.

#kumionline

Kemalangan konvoi motosikal SYM

Friday, September 13, 2013

Ini ke yang digosipkan? Perempuan tu nampak cam bukan bini orang je? No wonder la i wonder why... Anu?? Yang aku tau anu kumpulan no entry je hikhikhik. Adoi la retis retis... Tetiba lagu Najwa Latif pulak keluar dari radio ni... Kita berkenalan dari laman mukabuku hikhik.

Ape ape pun kurangkan kontroversi tingkatkan pendapatan.... 20 sen 20 sen... #prayfor20sen

#kumionline

Adi putra punye gosip kot....

Thursday, September 12, 2013

Hmmm tajuk gempakkan, ok tajuk tu ambil dari yahoo news sebab aku baru baca sekejap tadi. Tajuk tu mengulas sedikit isi kandungan buku biografi tentang ahli parlimen jelutong ni.

Penulis dari Switzerland telah menamakan judul buku tersebut dengan nama "Karpal the tiger of Jelutong". Telah dilancarkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Tapi ape yang aku nampak sikit kesalahan seperti gambar diatas, penggunaan 'mendiang' keatas Speaker Tun Mohamed Zahir Ismail. Maybe boleh betulkan kot...?? #yahoonews #themalaysianinsider

#kumionline

Karpal bawa video lucah ke parlimen

Wednesday, September 11, 2013

IPOH - Seorang penyelia lelaki di sebuah institusi pengajian tinggi di sini kerugian sebanyak RM800 setelah diperdaya seorang wanita yang menawarkannya untuk mewarisi harta seorang lelaki warga Iraq.

Noor Azlin Zainal, 46, berkata, dia menerima kiriman e-mel dua bulan lepas daripada wanita berkenaan yang bertindak sebagai orang tengah untuk mencari pewaris kepada warga Iraq itu.

"Dia menawarkan 40 peratus dari jumlah USD1.3 juta (RM4.26 juta) sekiranya saya bersetuju untuk menjadi pewaris," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di sini, hari ini.

Katanya, wanita itu meminta dia memberikan butiran peribadi dan membayar sejumlah wang kononnya untuk membayar cukai ke atas wang yang akan diwarisinya itu.

Dia kemudian memindahkan wang berjumlah RM800 melalui dua transaksi ke dalam akaun milik wanita berkenaan.

Noor Azlin berkata, dia curiga apabila tidak mendapat apa-apa wang yang ditawarkan selepas menunggu selama kira-kira dua bulan.

"Saya telah beberapa kali cuba menghubungi wanita itu namun gagal dan akhirnya menyedari telah ditipu dan mengambil keputusan membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, ketua urusetia pusat tersebut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran melalui Internet.

"Sejak dua minggu lalu, sebanyak enam aduan diterima berhubung penipuan siber diterima oleh pihak saya," katanya. - Bernama

P/S:- alahai ada lagi yang tertipu... Baru belajar guna email ke? Senang nooooo orang nak bagi duit ye... Sabor je le

Kumionline

Lelaki terpedaya dengan email scam

Hmmm kalo sekali pandang memang tak nampak apa kesilapan pun, tapi hakikatnya ada sedikit kesilapan pada logo PDRM semasa siaran berita. Biasalah kesilapan teknikal hihi tapi ada juga mata mata yang begitu cepat menangkap kesalahan disitu.

Apa apa pun pihak RTM sudah pun memberi penjelasan berkenaan hal ini, dan telah mengambil tindakan gantung serta menamatkan perkhidmatan individu yang bertanggungjawab diatas kesilapan ralat tersebut.

Pihak RTM juga telah menghantar permohonan maaf kepada Ketua Polis Negara berkenaan ralat yang berlaku.

Kumionline

Ralat logo PDRM di siaran RTM