Showing posts with label latest. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

[LATEST] MB Selangor dipecat

Monday, May 6, 2013

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini kerana tidak telus mengendalikan proses pilihan raya umum ke-13 yang berakhir semalam disamping mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan serta-merta.
Tan Sri Abdul Khalid (gambar) menyifatkan SPR tidak menepati janji apabila gagal menjalankan proses pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Prestasi SPR  amat mengecewakan sekali dengan kejadian-kejadian seperti kegagalan dakwat kekal gagal berfungsi seperti mana yang dijanjikan, kehadiran pengundi hantu dan meragukan, kotak-kotak undi yang sering muncul secara tiba-tiba serta melambat-lambatkan keputusan.
“Kami yakin sekiranya proses pilihanraya lebih bersih dan adil, kemenangan Pakatan Rakyat akan lebih besar lagi bukan sahaja di Selangor tetapi juga di peringkat persekutuan,” kata menteri besar sementara itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Selangor kekal di tangan PR selepas memperoleh majoriti besar dengan kemenangan 44 kerusi dewan undangan negeri (DUN), memperbaiki keputusan yang diperoleh pada 2008 sebanyak 34 kerusi.
Selain memperoleh kemenangan besar, PR juga berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.
“Jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular dan undi dari semua kaum dan ini bertentangan dengan dakwaan Dato’ Seri Najib Razak bahawa kita hanya mendapat sokongan kaum Cina. 
“Dengan kekalahan BN di Selangor, kita mendesak supaya Najib Razak meletak jawatan sebagai Pengerusi BN Selangor  kerana  telah terbukti beliau  gagal dan ditolak rakyat Selangor,” tambahnya lagi.
Disamping itu, Abdul Khalid berkata PR akan memastikan khazanah negeri tersebut yang kaya dikongsi secara adil antara semua rakyatnya dan menjemput orang ramai ke Dataran Kemerdekaan pada Khamis malam ini, 9 Mei, untuk satu majlis kesyukuran sederhana dan ceramah.
Keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berakhir semalam menyaksikan BN mengekalkan penguasaan sebagai kerajaan pusat tetapi dengan majoriti lebih berbanding sebelum ini apabila hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding PR sebanyak 89 kerusi.
Malah, usaha Najib untuk merampas negeri terkaya di semenanjung Malaysia tersebut gagal malah lebih teruk pada 2008. 

Abdul Khalid Kecam SPR

Sunday, May 5, 2013

Ok semua rakyat malaysia telah melaksanakan tanggungjawab untuk memilih pentadbiran yang baru, diharapkan perbezaan politik setiap rakyat malaysia tidak menyebabkan perpecahan, kita mestilah bersatu untuk negara, bersama membangunkan negara, mana yang kurang kita sama sama tambahkan, mana yang pincang kita sama sama betulkan, pada yang kalah rakyat masih memerlukan anda untuk menyuarakan hasrat rakyat, bagi yang memerintah selali lah turun padang melihat masalah rakyat dengan lebih serius.... Peace for malaysia

Gambar:- astro arena for ios

Keputusan Parlimen Pilihanraya Umum ke 13

Tuesday, February 14, 2012