Showing posts with label malaysia. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

[LATEST] MB Selangor dipecat

Monday, July 7, 2014

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai "Johan Raja Lawak" dan isterinya.Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah 5% kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah 5% bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.
"Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon," katanya.Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.

Pada 7 Januari lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif. Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai "Halim".Johan, yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh.–  Bernama, 7 Julai, 2014.

[LATEST] Johan menang kes saman

Sunday, July 6, 2014

KUALA LUMPUR - Malaysia menghantar lebih banyak aset ke Selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di lokasi baharu lautan itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang mampu membuat pencarian dengan menggunakan peralatan 'multi beam echo sounder', akan menyertai pasukan mencari dengan memberi bantuan dalam proses batimetrik.
   
"Kapal ini akan memulakan pelayarannya pada 4 Ogos," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Foto MH370 di sini hari ini.
   
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahaya.
   
Mengenai aset komersial, Hishammuddin berkata Petronas serta DEFTECH and Phoenix International akan segera menghantar sebuah kemudahan dikenali sebagai Prosas Side Scan Sonar (Towed Synthetic Aperture Sonar) untuk dipasang pada kapal induk, yang akan dikenal pasti kelak.

Sumber : sinar harian

[LATEST] Malaysia akan tambah lagi batuan mencari MH370

Antara permintaan terakhir binuanita negara allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terlaksana semalam apabila anaknya Aliff Omar Ali sendiri mengimamkan solat jenazah beliau.
Selain itu, beliau juga meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.
Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu.
Aliff mengimamkan solat jenazah Sharifah Aini di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.
Selepas selesai solat, beliau meminta semua pihak menghalalkan kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk allahyarham.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian, hari ini.
Aliff berkata, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi terlalu peribadi untuk dikongsi.
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau kebetulan berada di tanah air kerana sedang bercuti tiga bulan.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat Fibrosis paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu. – 6 Julai, 2014.

Permintaan terakhir Biduanita Syarifah Aini

Saturday, July 5, 2014

Malaysia oh malaysia ku oh ahli politik oh oh oh, dua tiga hari lepas aku dengar pasal orang nak bagi makanan dekat orang gelandangan pun menjadi satu kesalahan. Wow sungguh keras bunyinya. Jangan macam tu tuan, sungguh pun mereka bergelandangan tetapi mereka masih lagi rakyat malaysia (owh ada lagi rakyat kita bergelandangan)????? SEPATUTNYA itu yang harus menjadi tanda tanya kepada tuan pentadbir yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk bekerja menyelesaikan masalah ini. Kalau di nak tarik pelancong bukan begitu caranya tuan.

Saya pun tidaklah pandai mana, hanya belajar takat spm jer, tapi kalo ikutkan tindakan seperti ini kan nampak tidak molek. Lakukan kajian dulu, saya ni hari hari duk lalu masuk Kuala Lumpur tu,  tetap sama aktiviti mereka. Dulu kini dan selamanya. Kenapa mereka masih lagi menghuni disana? Apa punca mereka disana? Tidak ada keluarga? Itu tugasan pihak tuan perlu utamakan.

Saya amat menyokong tindakan saudara KJ mengenai perkara ini, tahniah kepada beliau kerana berani bersuara. U got the ball bro. Hihihihi

Petikan dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook."NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain."Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.Beliau seterusnya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus bekerjasama untuk membantu usaha NGO berkenaan."Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk meneruskan kerja amal mereka.

Petikan dari Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong.""Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya.

[LATEST] Isu Kuala Lumpur kotor KJ vs Ku Nan

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan memberi bonus raya kepada penjawat awam disambut baik oleh pelbagai pihak.

Namun wujud pertanyaan atau permintaan yang mahu kerajaan tidak mengetepikan keperluan insentif kepada pekerja di sektor swasta.

Biro Pekerja Muda tampil dengan cadangan supaya kerajaan menukar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Duit Raya 1Malaysia (DR1M) yang diberikan pada musim perayaan.

Pengerusinya, Dazma Shah Daud berpendapat pemberian insentif ketika musim perayaan mampu meringankan beban golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam membuat persiapan untuk keluarga mereka.

“Mungkin kerajaan boleh mengkaji cadangan agar insentif BR1M ditukar menjadi DR1M bagi mengimbangi keperluan perbelanjaan persiapan hari raya untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam kalangan pekerja sektor swasta.

“Dalam masa sama kerajaan masih boleh meneruskan bonus raya khas untuk penjawat awam seperti sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman kerajaan yang memberikan bonus raya RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 bermula 15 Julai ini.

Menurut Dazma, pemberian DR1M ini juga mampu menjana ekonomi negara apabila penerimanya akan membelanjakan bantuan itu untuk membeli persiapan hari raya.

“Saya percaya setiap ringgit yang diberikan kerajaan kepada golongan pekerja swasta akan dibelanjakan untuk beli baju, kasut atau kelengkapan menyambut raya, jadi wang itu akan mengalir dalam pasaran negara dan seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau juga percaya, pemberian insentif perayaan kepada pekerja swasta akan menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan kononnya menggadaikan golongan bekerja sebagai kumpulan pembayar cukai.

“Sesetengah pihak terutamanya pembangkang sentiasa mencari peluang dalam memanipulasi apa pun usaha kerajaan membantu rakyat.

“Jadi dengan pemberian DR1M ini akan menunjukkan kerajaan prihatin kerana bantuan diberikan sama rata seperti BR1M,” katanya.

[LATEST] Duit raya pekerja swasta

Thursday, July 3, 2014

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur, sebuah organisasi yang memberikan makanan percuma kepada golongan tak berumah di sekitar ibu kota setiap hujung minggu, akan tetap meneruskan aktiviti mereka walaupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran untuk mengenakan tindakan saman kepada organisasi seperti mereka.

Dapur Jalanan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak berhak untuk menetapkan jarak tertentu untuk aktiviti amal berkenaan kerana setiap aktiviti yang dijalankan mereka bukan hasil daripada dana kerajaan.

"Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Baik kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahu pun DBKL maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami bersedekah."

Kumpulan itu turut memaklumkan aktiviti Dapur Jalanan pada Ramadan akan diadakan pada 10 malam, setiap Sabtu.

"Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting, menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar benar menjejaskan imej banda raya Kuala Lumpur."

Hari ini Tengku Adnan memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tak berumah dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan golongan tak berumah menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai golongan tak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat membeli belah Lot 10," katanya. – 3 Julai, 2014.

[LATEST] Minta sedekah tentu susah, nak bagi sedekah pun lagi susah

MODEL pakaian muslimah terkenal, Felixia Yeap selamat memeluk Islam tepat jam 6.30 petang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Felixia menerusi kemaskini status Facebooknya.

Namun, Felixia masih belum mengumumkan nama baru yang dipilihnya.

"Jam 6.30 petang tadi, saya telah selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di TTDI.

Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi dugaan tambahan hari ini," katanya.

Felixia turut menyatakan kesyukuran atas kehadIran sahabat-sahabatnya pada hari 'kelahirannya'.

Sumber: sinar harian

[LATEST] Felixia Yeap sah peluk Islam

Friday, June 27, 2014

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui dengan tepat.

[LATEST] Anda tahu hati ayam adalah bahaya???

PAGOH: Kerajaan memandang serius kes penculikan membabitkan kanak-kanak dan pelajar yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan tindakan pihak berkuasa menerusi kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berleluasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi itu menjelaskan proses pembelajaran di sekolah sebenarnya sudah menerapkan kepada pelajar mengenai keperluan menjaga keselamatan diri.

Menurutnya, ibu bapa turut tidak terlepas daripada memantau pergerakan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka keluar berseorangan katanya, nasihat secara berterusan dan panduan yang diberikan kepada pelajar dan ibu bapa diyakini mampu membendung kes itu daripada terus berleluasa.

Tugas menjaga keamanan negara tidak seharusnya diletak semata-mata di bahu pihak berkuasa sebaliknya masyarakat umum perlu menggerakkan peranan bersama-sama membanteras jenayah di negara ini, kata Muhyiddin.

Muhyiddin juga meminta pihak pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi peringatan berterusan kepada pelajar berkaitan isu keselamatan.

Beliau merujuk kepada beberapa kes yang berlaku membabitkan pelajar sekolah dan kanak-kanak yang dilihat berpunca daripada aspek kecuaian penjagaan sejak kebelakangan ini.

Sumber: astro awani

[LATEST] Ibubapa dan guru waspada penculik

Thursday, June 26, 2014

KUALA LUMPUR: Pengguna yang tinggal di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan air dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah, kata Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred Dharan.

Ini kerana katanya, air di kawasan tidak terjejas itu masih boleh diagihkan ke kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air.

Menurut SYABAS, kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

"Pada masa kini SYABAS hanya boleh bantu dari segi menghantar lori-lori tangki. Keupayaan kami untuk membantu amatlah terhad disebabkan jumlah air yang tidak mencukupi," jelas Priscilla ketika dihubungi Astro AWANI.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, katanya keputusan catuan adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Katanya, SYABAS yang bertanggungjawab mengagihkan air, hanya menunggu keputusan kerajaan negeri.

Sementara itu, SYABAS turut memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah.

Menurut kenyataan oleh Priscilla, ia berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Jelasnya, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun 2014 lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

"Ini berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut. Ia sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu.

"Walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun 2014, disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

"Berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh SYABAS tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan," kata kenyataan tersebut lagi.

Menurut Priscilla, pihaknya menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Katanya bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak SYABAS terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

"Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat.

"Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri," jelasnya lagi.

Tambah Priscilla, pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa menerusi media.

Berikut merupakan antara kawasan yang telibat oleh gangguan air tidak berjadual seperti dibawah

1 AIR PANAS

2 AMPANG JAYA

3 AU1

4 AU2

5 AU3

6 AU4

7 AU5

8 BALAI POLIS GOMBAK

9 BEVERLY HEIGHT

10 BDR BARU AMPANG

11 BDR BARU WANGSA MAJU

12 BKT ANTARABANGSA

13 BKT INDAH

14 BKT LELA

15 DATARAN UKAY

16 KG DATUK KERAMAT

17 DESA MELAWATI

18 JLN GENTING KELANG

19 JLN GOMBAK

20 GOMBAK SETIA

21 JLN HULU KELANG

22 JLN AMPANG

23 JLN CHUNG HWA GOMBAK

24 KEMENSAH HEIGHTS

25 KG AMPANG CAMPURAN

26 KG BARU AMPANG

27 KG KERDAS 28 KG KLANG GATES 29 KG LEE KONG CHIAN 30 KG MELAYU AMPANG 31 KG PUAH

32 KG SETIA JAYA

33 KG SPG 3 GOMBAK

34 KG SG MULIA

35 KG TASEK PERMAI

36 KUALA AMPANG

37 MEGAN SETAPAK

38 TMN MELAWATI

39 PLATINUM VICTORY

40 TMN SRI RAMPAI

41 SELAYANG BARU

42 SERING UKAY

43 TMN SETAPAK

44 SETAPAK JAYA

45 TMN AMPANG MEWAH

46 ANDAMAN UKAY

47 TMN INDUSTRI BOLTON

48 TMN MELATI

49 TMN PANDAN RIA AMPANG

50 TMN PERMAI JAYA AMPANG

51 TMN SETIA GOMBAK

52 TMN SURIA SETAPAK

53 TMN / KG TASEK TAMBAHAN

54 TMN AMPANG UTAMA

55 TMN BKT JAYA

56 TMN BKT JUBINA

57 TMN BKT KEMENSAH

58 TMN BKT UTAMA

59 TMN BUNGA RAYA

60 TMN CAHAYA INDAH

61 TMN CEMERLANG

62 DAGANG JAYA / HALAMAN INDAH

63 TMN DANAU KOTA

64 TMN DAR

65 TMN DESA SETAPAK

66 TMN HARMONIS

67 TMN HIJAU

68 TMN HILLVIEW

69 TMN IBUKOTA

70 TMN KAMARIAH

71 TMN KELAB UKAY

72 TMN KOSAS

73 TMN MUTIARA GOMBAK

74 TMN PRAMLEE

75 TMN PERMATA

76 TMN PERWIRA GOMBAK

77 TMN PINGGIRAN UKAY

78 PRIMA MELAWATI

79 TMN RASMI JAYA

80 TMN SETAPAK INDAH

81 TMN SETAPAK PERMAI

82 TMN SETIAWANGSA

83 TMN SRI KERAMAT

84 TMN SRI UKAY

85 TMN TAR

86 UKAY BISTARI

87 UKAY HEIGHT

88 UKAY PERDANA

89 TMN USAHAWAN

90 WANGSA MELAWATI

91 WANGSA UKAY

92 TMN ZOOVIEW

93 KG KEMENSAH

94 TMN BUKIT MAS MELAWATI

95 WANGSA MAJU

96 SELAYANG UTAMA

97 SRI MELATI

98 TMN WILAYAH

99 SRI MURNI

100 BDR BARU SELAYANG

101 BKT DESA

102 SELAYANG PANDANG

103 SELAYANG SEGAR

104 SELAYANG JAYA

105 SELAYANG HEIGHT

106 AMAN SIARA

107 BKT IDAMAN / IDAMAN HILL

108 PRIMA SELAYANG

109 INTAN BAIDURI

110 KG MELAYU FRIM

111 TMN EHSAN

112 TMN DAYA

113 TMN DESA JAYA

114 TMN SRI EHSAN

115 BDR SRI DAMANSARA

116 DESA AMAN PURI

117 WANGSA PERMAI

118 JLN KEPONG

119 JINJANG SELATAN

120 BKT MALURI

121 BDR MANJALARA

122 TMN SRI SEGAMBUT

123 SUNWAY SPK

124 DESA PARK CITY

125 PUSAT KEPONG

126 KIP KEPONG

127 TMN INDUSTRI TAGO

128 METRO PRIMA

129 RIMBUNAN MELATI

130 TMN FADASON

131 TMN BIDARA

132 KEPONG BARU

133 KEPONG ENTERPRENUER

134 KG CHANGKAT

135 KG KOK DOH

136 KG PADANG BALANG

137 MAGNA VILLA

138 ONE SELAYANG

139 PINGGIRAN BT CAVES

140 RESIDEN SRI UTARA

141 KG SRI GOMBAK INDAH

142 SRI EDARAN KEPONG

143 SRI GOMBAK

144 ASTANA GEMILANG

145 INDUSTRI BOLTON

146 JINJANG BARU

147 TMN SELAYANG BARU

148 SELAYANG PERMAI

149 TMN BERINGIN JINJANG

150 DESA BAKTI

151 DESA MINANG

152 TMN GOMBAK JAYA

153 HARMONIS

154 TMN KEPONG

155 TMN KEPONG INDAH

156 TMN WAHYU

157 EHSAN JAYA

158 TMN RAINTREE

159 SELAYANG SEJATI

160 PUNCAK SETIAWANGSA

161 BUKIT SETIAWANGSA

162 DESA HUSSEIN ONN

163 TMN PUNCAK UTAMA

164 TMN BKT MULIA

165 TMN BKT MEWAH

166 VILLA SRI UKAY

167 KG SUNGAI SERING

168 KG PASIR HULU KELANG

169 TMN UDA JAYA

170 TMN AMPANG INDAH

171 KG DATO MUFTI

172 TMN PERWIRA 2 AMPANG JAYA

173 TMN KEMENSAH INDAH

174 PESONA VILLA

175 KG AMPANG INDAH

176 TMN SRI RAYA AMPANG

177 TMN PERMAI JAYA AMPANG

178 AMPANG WATER FRONT

179 TMN BUKIT AMPANG PERMAI

180 DESA LEMBAH PERMAI

181 TMN SRI WATAN

182 TMN SRI AMPANG

183 TMN HALAMAN / KESUMA

184 TMN SRI BAYU

185 TMN BKT AMPANG

186 TMN FAIRUZA AMPANG

187 TMN AMPANG PRIMA

188 TMN GRANDVIEW AMPANG JAYA

189 BUKIT WANGSA MAS

190 VILLA WANGSA MAS

191 TMN WANGSA JAYA

192 TMN ANDAMAN WANGSA MAJU

193 RAMPAI NIAGA BUSINESS PARK

194 KAWASAN PERINDUSTRIAN BEBAS H/KELANG

195 KERAMAT HUJUNG

196 WANGSA PERKASA

197 TMN BKT EMAS

[LATEST] Senarai kawasan terlibat gangguan air Julai 2014

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal.

Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), www.pharmacy.gov.my.

"Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus kategori ubat tradisional dan 13 peratus merupakan kosmetik," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) Datuk Seri Prof Dr Saharuddin Awang Yahya.

Beliau berkata produk seperti Candy 193, minuman Catuaba dan Kopi Bagus AAA dikesan mengandungi bahan perangsang seks seperti Tadalafil, Sildenafil, Analog Sildenafil dan Analog Tadalafil yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung.

Katanya penggunaan racun terkawal Sibutramine yang digunakan untuk rawatan obesiti dalam minuman Slimina Slimming Coffee dan ubat tradisional Phytoshape pula boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Dr Ghazali berkata racun terkawal Tretinoin dan Hydroquinone yang dikesan dalam kandungan produk kosmetik seperti Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya dan RZAC White Pearl boleh mengakibatkan kulit kemerahan, ketidakselesaan dan kulit menjadi hipersensitif.

Beliau berkata bagi ubat tradisonal Penawar Sendi Tulang dan Reepo yang dikesan mengandungi racun terkawal Dexamethasone akan menyebabkan kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 435 produk yang mengandungi bahan terlarang membabitkan nilai RM119,828 telah dirampas dalam 223 pemeriksaan rutin dan 42 Ops Sedar yang dijalankan dari Januari hingga 31 Mei lepas di sekitar Melaka.

Saharuddin turut mencadangkan agar hukuman lebih berat termasuk denda yang tinggi perlu dikenakan terhadap penjual dan pengeluar produk berkenaan mengikut Akta Racun 1952. - Bernama

[LATEST] 129 produk kesihatan ada bahan terlarang

KONTINJEN kebangsaan negara bakal menyarung jersi baharu 'Malaysian Heroes' yang baru sahaja dilancarkan hari ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, rekaan terbaru dari Melinda Looi ini mampu menaikkan semangat dan identiti negara.

"Sudah tentu corak baju tidak boleh menentukan kemenangan," tulisnya di laman sosial miliknya.

Namun menurut menteri muda ini, "corak baju boleh menaikkan semangat kita sebagai identiti negara," katanya lagi.

Wira Malaysia atau Malaysian Heroes merupakan hasil buah tangan terbaru pereka fesyen terkenal Malaysia tersebut.

"Selama hampir 10 tahun, atlet kebangsaan menyarung uniform sukan bercorak belang harimau. Corak ini unik dan sekarang sinonim dengan Malaysia.

"Saya rasa sudah tiba masa kita memperbaharui corak yang sedia ada. Lebih garang, lebih dinamik, lebih menarik," ujar Khairy lagi.

Design baru jersi Malaysia

Wednesday, June 25, 2014

KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

[LATEST] Berita palsu bonus Khidmat Awam

Friday, June 13, 2014

PETALING JAYA: Permohonan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memohon cuti daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditolak.Khairy  telah memuat naik status di twitter miliknya yang mengatakan bahawa beliau demam panas, tidak dapat bangun dan ingin meminta cuti daripada Perdana Menteri.Status tersebut telah dimuat naik pada 9 jam lalu di twitter miliknya.“@NajibRazak Boss, Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dapat kerja hari ini, esok hantar slip MC #CubaNasib,” tulisnya di laman sosial Twitter.Bagi tempoh 9 jam lalu, twit Ketua Pemuda Umno itu telah di ‘retweet’ seramai 5,300 pengguna laman sosial Twitter.Walau bagaimanapun, permohonan Ahli Parlimen Rembau itu telah ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib telah membalas twit Khairy dengan mengatakan ‘”@KhairyKJ Glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting #MCDitolak,” balas Najib.Balasan Twit oleh Najib itu pula telah di ‘retweet’ seramai 1,600 orang pengguna laman sosial itu.Lantaran tweet yang dibalas oleh Najib itu, Khairy turut membalas bahawa ia sebagai pengajaran bagi semua yang mahu menipu bos masing-masing semasa World Cup 2014 yang diadakan di Brazil.“Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong bos masing-masing semasa ‘World Cup’,” tulis Khairy.

[LATEST] Khairi Jamaludin hantar MC pada Najib melalui tweetnya

KEMAMAN - “Waktu tengah seronok mandi tiba-tiba saya rasa tali perut seperti dicucuk-cucuk jarum,” kata Yahya Musa, 12, yang berdepan detik ngeri apabila perutnya dimasuki dua ekor lintah ketika sedang mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Bandar Seri Bandi, dekat sini.Kejadian luar jangkaan itu sekali gus menghancurkan keseronokan musim cuti sekolah bagi mangsa yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bandi II itu.Gara-gara kejadian kira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu itu, mangsa mengalami pendarahan teruk pada bahagian dubur dan nyaris pengsan sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.Yahya berkata, dia berasa sakit yang keterlaluan dalam perutnya selepas kira-kira 10 minit mandi di kolam terbiar itu bersama beberapa lagi rakannya sebelum keluar darah dari punggungnya.“Semasa mandi saya dah perasan ada lintah dalam kolam tu...jadi lepas terasa sakit perut saya syak lintah tu dah masuk dalam perut.“Lepas itu saya terus pulang ke rumah, saya jalan pun dah terhuyung-hayang sebab rasa macam nak pitam dah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Bandi, semalam.Kolam terbiar itu terletak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa dan bersebelahan dengan SK Seri Bandi I.Sementara itu, ibu mangsa, Fuziah Salleh, 38, berkata, ketika Yahya pulang ke rumah dia terkejut melihat seluar yang dipakai anaknya itu dipenuhi darah.“Saya panik seketika kerana secara tiba-tiba dia pulang dalam keadaan begitu. Kemudian saya dan suami hantarnya untuk dapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Seri Bandi sebelum dirujuk di Hospital Kemaman di Chukai.“Sebaik tiba di hospital, doktor beri ubat tahan sakit dan air garam kepada anak saya. Alhamdulillah selepas makan ubat serta minum air garam, dua ekor lintah yang ada dalam perut anak akhirnya keluar,” katanya.Katanya, dia juga bersyukur kerana selepas dilakukan imbasan x-ray doktor mengesahkan anaknya tidak mengalami luka dalaman.

Sumber: sinar harian

[LATEST] Lintah masuk dalam perut

KUALA LUMPUR - Pesalah trafik yang disaman kerana cermin gelap, sebelum undang-undang baharu mengenainya dipinda, masih perlu membayar saman mereka.Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, kesalahan trafik cermin gelap yang lepas tetap dikira salah kerana ia masih lagi mengikut kadar ketelusan cahaya 70 peratus bagi cermin depan dan50 peratus bagi lain-lain cermin."Kerajaan telah memberi perakuan bahawa pindaan kepada ketelusan cahaya itu akan dibuat tetapi apa pindaan itu kita tidak pasti lagi," tambah beliau.  Katanya polis menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan akan menangguhkan operasi cermin gelap ini sehingga mendapat laporan mengenai ketelusan cahaya yang dibenarkan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvoi bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 1Malaysia for Youth (1M4U) di sini, hari ini.Acara itu ialah siri ke-5 selepas Selangor, Pahang, Perak dan Kedah yang dikendalikan oleh Cawangan Trafik Bukit Aman dengan kerjasama 1Malaysia For Youth (iM4U) bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutama golongan muda supaya berdisiplin di jalan raya dan menghormati pengguna jalan raya yang lain.Sebanyak 80 penunggang termasuk 40 anggota polis menyertai konvoi ke Tanjung Mas, Muar, Johor itu. - Bernama

[LATEST] Saman cermin gelap tetap kena bayar

Thursday, April 17, 2014

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini. Pembantu peribadi beliau,  Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung.Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera. 

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.Anak Karpal - Gobind Singh Deo (kiri) yang juga MP Puchong - memberitahuThe Star bahawa bapanya meninggal dunia di tempat kejadian."Adik saya Ram cedera ringan tetapi kita cuba untuk menghubunginya, katanya ketika dihubungi The Star pada jam 3.30 pagi. Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat. Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978. Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'. Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepasdidapati bersalah dalam kes hasutan. Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter. "Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar SuptNg Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.    Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C Selvan, 27, yang merupakan warga India, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu.

Berita penuh

[LATEST] Karpal Singh 1940 - 2014

Monday, April 7, 2014

Aduhaiiiii saleha... ehntu lagu Mawi hikhik... saya terkejut bila google2 tadi terkeluar lak pic Shila ni dengan fesyen baru...terkezut.... zzzzttt acam tu... bertudung tapi kain tak mencukupi nya pun adoi... saya tak pasti ini gambar baru atau lama sebab just jenjalan je kat dalam google tadi... tapi tak mengapa saya positifkan diri ini bukan dia... maybe ada yang mengedit gambar ni nampak macam dia, tak kan lah beliau buta sangat bab begini...kan... apa apa pun doakan yang terbaik buat beliau ye... good luck Shila Amzah...yeahhh

[LATEST] Is it true Shila Amzah?

Sunday, April 6, 2014

"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara,"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah bahawa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.- Bernama

[LATEST] Apa punca budak ni marah sangat pada Rosmah