Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

BAGI anda pernah tinggal atau belajar atau bekerja di Shah Alam, pasti pernah mendengar mengenai kisah rumah sewa RM50.Bahkan, ada juga mereka yang tinggal di luar Shah Alam mengetahui mengenai kisah mengenai sebuah rumah yang disewakan dengan harga murah kepada pelajar atau pekerja.Dek kerana harga yang murah, ramai yang tertarik untuk menyewa di situ, namun malangnya tidak ramai yang bertahan untuk menyewa di situ selama sebulan.

Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut.Filem yang membariskan M Jamil, Delimawati, Boy Iman, Ery Zukhairi, Amirulshah, Raji Simran, Mayumi Kasuga, dan Yulina itu mengisahkan tentang sekumpulan lima sahabat sekerja bernama Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa.Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah.Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun tuan rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka.Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara lima sahabat dengan tidak sengaja telah membangkitkan ‘mereka’ yang telah lama menghuni rumah tersebut.

Hari pertama mereka mendiami rumah tersebut, Cassandra telah dirasuk.Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan rakan-rakan perempuan mereka?

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/rumah-sewa-rm50-dari-kisah-benar-1.236998

Rumah sewa RM50 dari kisah benar

Saturday, July 27, 2013

Setelah berjaya menarik perhatian peminat menerusi X-Men Origins: Wolverine pada 2009, kini Hugh Jackman kembali mengubati kerinduan peminat setianya, menerusi filem The Wolverine.
Filem arahan James Mangold kali ini  berdasarkan episod dalam buku komik di mana kisah The Wolverine atau Logan (Jackman) bertempur di Jepun.
“Saya cuba untuk mengikut garis panduan antara apa yang saya benar-benar suka tentang siri asal Claremont-Miller dan apa yang telah ditetapkan dalam filem dan buku-buku komik X-Men.
"Saya tidak hanya menyambung mana-mana hasil karya orang lain yang sebelum ini. Saya lebih melakukan apa yang saya ilhamkan, dalam apa jua yang saya lakukan,” katanya.
Oleh itu, bagi peminat setia komik ini, anda pastinya kecewa kerana ia tidak mengikut 100 peratus acuan dari komik asal, sebaliknya filem ini berdasarkan apa yang diilhamkan oleh Mangold selaku pengarah.
Ia berbeza dengan filem X-Men Origins: Wolverine dan The Wolverine bukanlah kesinambungan filem sebelum itu.
Kali ini, ia mengisahkan kehidupan Logan setelah kematian Jean Grey, hidup Logan semakin tidak tenang dan sentiasa mengenangkan kejadian lalu di mana dia terpaksa membunuh wanita yang dia cintai untuk menyelamatkan dunia dalam filem X-Men: The Last Stand.

Namun, setelah beberapa tahun kemudian, seorang wanita misteri, Yukio muncul dan mengajak Logan untuk ke Jepun atas permintaan ketuanya, Shingen Yashida.

Shingen Yashida adalah seorang tentera yang pernah diselamatkan Logan pada zaman dahulu. Oleh kerana insiden itu, Yashida berhajat untuk membalas jasa Logan sebelum dia meninggal dengan menjadikan Wolverine manusia biasa semula.
Bagaimanapun, Logan tetap menolak hajat Yashida kerana mencurigai niat Yashida. Pertempuran berlaku apabila Logan mendapati dirinya tidak lagi abadi dan kini dia perlu bertempur dengan pahlawan-pahlawan Jepun, dan
yang terakhir Samurai Silver yang dikatakan menggunakan pedang samurai yang disalut dengan besi adamantium.

Menurut Jackman, dia sebenarnya sangat gembira kerana watak superhero kali ini adalah filemnya sendiri.
“Jika sebelum ini Wolverine hanya muncul dalam filem X-Men, tetapi kali ini, filem ini menceritakan kisahnya sahaja. Jadi, tumpuan penonton juga diberikan sepenuhnya kepada dia dan cabaran menjadi Wolverine kali ini juga
adalah lebih besar.

“Saya yakin pasti penonton tidak sabar hendak melihat Wolverine beraksi sendiri,” katanya.
Sebagai watak utama dalam filem ini, Jackman telah memastikan tubuhnya nampak lebih tegap dan gagah daripada sebelum ini dan ia sekali gus membuatkan penonton berasa kagum dengan tubuhnya itu.
Malah kali ini, tidak hanya melihatkan Jackman dalam misi pertarungan semata-mata, ia juga memperlihatkan Jackman perlu bermain dengan emosi apabila Logan digambarkan sebagai seorang lelaki yang terpaksa melalui kehidupan dengan kekecewaan dan kekesalan atas kematian orang yang dicintainya iaitu Jean.
Bagaimanapun, segala kekecewaan itu mula terubat dengan kehadiran Mariko dan Yukio yang banyak membantunya, seterusnya memperlihatkan Logan mula jatuh hati kepada Mariko.

Jika di dalam komik menceritakan bagaimana Logan ke Jepun untuk mempelajari skil mengenai samurai, namun dalam filem, Logan dipaksa untuk ke Jepun demi menemui teman lama.

Ia sekali gus memperlihatkan bagaimana Logan perlu berhadapan dengan seorang teman lama yang disangka sudah mati.
Tidak hanya menjadi buruan teman lama, Logan yang berdepan dengan konflik diri sendiri terpaksa menjaga cucu teman baiknya itu, yang sebenarnya menjadi perangkap untuk dirinya sendiri.

Secara keseluruhan, banyak babak-babak menarik di dalam filem ini, bagaimanapun perjalanan cerita yang sedikit perlahan kadangkala membantutkan mood penonton.

Namun, segala babak pertarungan yang berlangsung di dalam filem ini begitu menarik sekali untuk ditonton dan bagi mereka yang baru pertama kali mengikuti Wolverine, ia adalah sebuah filem yang agak menghiburkan.

Perkara paling menarik yang perlu diberi perhatian adalah kemunculan dua individu penting dalam siri X-Men pada penghujung jalan cerita.
Ia sekali gus meningkatkan adrenalin peminat untuk menantikan tayangan filem terbaru, X-Men: Days of Future Past. Apatah lagi, telah tersebar khabar bahawa X-Men akan menayangkan sebuah filem reboot buat peminat setianya.

Jadi, kepada peminat setia X-Men dan Wolverine, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang paling dinantikan pada tahun ini, di pawagam berdekatan anda.

The Wolverine

Monday, December 19, 2011

Sunday, December 18, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Monday, December 12, 2011

Thursday, December 8, 2011

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Thursday, October 27, 2011

Monday, October 24, 2011

Sunday, October 23, 2011

Friday, October 21, 2011